Selasa, 28 April 2009

Kisah hari ini..

Salam semua...dah lama rasanya aku tak 'mencurahkan' sesuatu dalam laman blog kesayanganku ini..umpama kegiatan harian / rutinku yang wajib setiap hari..emm hari ni aku bekerja seperti biasa walau pun sebenarnya aku masih letih dengan perjalanan semalam..my hubby tak sihat sebenarnya..aku rasa tak adil baginya sebab bulan lepas aku demam dia jaga aku..rushing gila aku semalam bila drive tapi mangkuk gak aku ni..highway pantai timur bawa laju macam mana still aku rasa lama..ntahlah mungkin aku sorang semalam pastu hati seriau je..harap2 hubby sihat hari ni ye!!!

1 Mei ni kita semua yang bernama 'pekerja' akan bercuti gamaknya..so kenalah bermuhasabah semula bahawa kerja yang kita lakukan akan membina diri dan keluarga..dengan kata lain, rezeki yang kita perolehi pastinya membawa berkat jika kita lakukan dengan amanah dan jujur..tapi korang setuju tak bahawa persekitaran di tempat kerja sebenarnya membawa 1001 implikasi kpd kita semua..baik bos dan anak-anak buahnya pasti memainkan peranan penting kepada organisasi..jika kita selalu tension, bosan gak..bebanan tugas jangan cakap..hahaha macam aku ni sambil menyelam minum ayor..wat keja,keja gak...tapi kawan2 penting tau utk buat sesuatu yg boleh meluahkan perasaan kita..jgn buat perkara negatif udah le...ok geng..jumpa lagi..keje dah panggil daaaa..

Jumaat, 24 April 2009

Kasih Ibu Kasih Bapa..

Emm pagi2 ni terasa rindu lak pada mak bapak aku yang jauhnya lebih kurang kalau nak balik adalah makan masa 2 jam..ntah dia org buat apa agaknya..tapi klu pagi2 macam ni selalunya tgh sarap kot..mak abah, terima kasih sebab kalian berdualah yang membesarkan anakmu ini sehingga 'berjaya'.....

isk isk kenapalah aku ni...yg pastinya aku rindukan masa2 zaman kanak-kanak aku yg dolu2..tak kisahlah aku nak ingat gak...walau pun masa tu aku tak ramai kawan pun kat area tmpt tinggal aku tuh..yg best kat sekolah ajelah..

mgkn kwn2 kat tmn aku tu tak sebulu dgn aku wallahualam bissawab.....ehh tak yah lah nak diingat sgt tp yg pastinya memori tetap abadi..lagipun depa tak best pun...kih kih kih..banyak gak episod duka lara,derita menusuk jiwa masa zaman kanak-kanak bodoh tuh....kena herdik,kena maki,kena apatah lagi semua ada..tp bila aku dah besau,dah jauh sikit gi belajar kat utara...hehehe aku rasa 'aman' dan tak der sape leh ngontrol kapla hotak aku nih...

tapi masa tuh aku rasa ikatan famili makin bertaut, seumpama kiambang bertautlah org kata...mak atau bonda yg tersayang aku terutamanya banyak mengebukan perasaan batu aku kepada debu-debu..eh eh...debu2 cinta kot..kasih kepada keluarga kembali sebab aku byk membesar sebagai kanak2 yg sensitif dan pendendam!! kuang kuang kuang bestnya jd pendendam..kah kah kah lepas nangishhhh...

(Nota Diari : Kasih Ayah Selagi Ada, Kasih Ibu Sepanjang Masa..)

Khamis, 23 April 2009

Bila Buah Cempedak Di Luar Pagar...


Percubaan Pertama yang mencabar!!!

Aku ni budak kecik yang baru belajar...orang lain semua dah ke bulan aku lak baru nak merangkak belajar IT..AKU HARAP KEKAWAN SEMUA DAPAT TERIMA HAKIKAT yang aku baru belajar ek...tapi aku selalu ingatkan diri aku nie bila dah jadi blogger ni janganlah nak 'mengancam' dan menjatuhkan maruah kengkawan baik teman sekolah rendah dan menengah dulu, di IPT dan rakan sekerja..mesyuarat tingkap tu al maklumlah aku no komen...maybe cecakap pasal beli make up, tas tangan, baju bla bla bla...ok..aku stop sekarang...jumpa di lain masa...pastinya aku membawa perkhabaran yang lebih menarik dan gila2...keh keh keh perasan kononnya..assalammualaikum..

Kerja..kerja...



Alhamdulillah genap bulan Ogos 2009 ni genap 4 tahun aku berkhidmat di PPUKM, yang dulunya dikenali Hospital UKM..1001 kenangan yang aku tak leh lupa di mana tahun 1997 aku apply jawatan staf nurse kat tempat yg sama..pergh tak tahan beb..kelulusan tak tinggi mana tapi ada hati nak pegang jarum...keh keh keh...kelako pun ada..tapi aku dapat gak sokongan padu dan batu daripada famili aku masa tu..namun dukacita permohonan aku tak dijawab pun...erti kata yg lain..tak layak kot...pepaham sendiri..haha masa tu bermulalah episod dula lara aku berkelana dalam mencari identiti diri, kerjaya tetap...dan sehingga ke satu tahap pada tahun yang amat2 bermakna aku telah mengambil keputusan yg aku rasa tak salah2 lagilah katakan, masa tu umo dalam 22 tahun, gagahkan diri panjant tangga menara ilmu di Bukit Minden...hahhhhh...korang jangan tak jemu dengan stori giler aku nih...nanti aku sambung ek..

Aku Ada BLoG?

Hai kawan2...

Rasanya inilah percubaan pertama sulung aku dalam membina laman blog sendiri..bukanlah nak membuang masa sebab banyak lagi kerja yang melambak dan terpaksa giler dibereskan...huah huah huah..aku kerja kat hospital bahagian kebajikan...

pergh maap le kekawan rasa2nya klu sesaper yg kenal aku secara tak sengaja, hahh ni lah aku ek..aku tak kira...bosan dengan keje yang tak kan beres sampai mati da.....tapi aku pasti lepas ni aku makin bertambah semangat wat keje.aminnnnnn...

Untuk pengetahuan kekawan, keje kebajikan kat sepital ni lain sikit dengan JKM kat luar sana tuh...keje aku ni liason jer..pencari bantuan bukan pemberi dana..letih den wohhh..tapi aku respek kat senior2 dan junior2 aku kat sini, keje tanpa jemu walaupun kdg2 datang pesakit dan waris yang bambu kitaorg...tapi nak wat camner cari rejeki katakan...sabau ajelah..nanti sesenang aku citer lagi ek..adios......

Salam Ukhuwah Pembuka Bicara

Salam Perkenalan Buat Sahabat Sekalian..


" Andai cinta itu bukan milikku, aku relakan ianya pergi namun jika sememangnya sudah ditakdirkan untukku jangan biarkan aku ditinggalkan sepi"