Rabu, 22 Julai 2009

Demam Bola!!



Jumaat lepas,17 Julai 2009 aku dengan Mr A pergilah Stadium Bukit Jalil semata-mata nak tengok latihan bola pasukan Manchester United dengan Malaysia..urghh sungguh berbeza corak latihan pasukan kegilaan ramai tuh..tapi pengalaman yang cukup menarik dari sudut peribadi aku sendiri..dari saat aku menanti train kat Bandar Tun Razak,aku tengok merah saja kat luar dan dalam..apa taknya majoriti yg ada dlm gerabak tuh berpakaian merah siut...termasuklah aku sebab konon2 nak sepadankan dengan Mr A..apa lagi eden nak kater sebab gelagat demi gelagat kita orang tengok dlm train..walau pun dlm dah sesak berasak,aku tengok tak der sape muka2 yg masam mencuka sebab kena himpit..percayalah sebab depa semua tengah gila bola!!! Perjalanan aku dlm train menuju ke stesen Bukit Jalil pun transit satu tempat je..perghhhh kat Bandar Tasik Selatan pun haru gak...tak nampak sangat kelibat 'Harimau Malaya'..ada2 tapi sembunyi kot..hah sudahnya bila stesen yg dituju telah tiba keluarlah kami beramai-ramai...mak ai....nasiblah simen LRT stesen BJ kuat dan utuh kalau tak mau runtuh dibuatnya..lautan manusia berbaju merah dengan bunyi trompet masing2 memecah suasana petang jumaat tuh...apalagi aku dgn Mr A berlari-lari anak terus ke tangga atas..bila pandang belakang memang padat,terlalu ramai penyokong MU! Memang happining beb.....Panjang kisahnya..belum lagi perlawanan esoknya tapi memang gempak walaupun Malaysia kalah 3-2 tapi Malaysia kalah bermaruah..aku sendiri pada hari Sabtu tu pakai baju Malaysia (lambang Harimau Malaya lagi)..jujur aku akui tak ramai yg nak pakai baju ni..bilangannya sgt kecil tapi ada gak yg pakai baju Malaysia,kat leher pakai mafla MU..tp yg best tu aku dengan Mr A memang berbeza..dia MU aku lak Malaysia..ramai yg pandang..hahaha biasalah..mimpi lain2 walaupun tidur sebantal (hehehe tidur pakai bantal sendirilah..)

Rabu, 15 Julai 2009

Adus Gembiranya Hati!

Emm...hari ni aku rasa gembira sangat2 sebab novelis Anis Ayuni membalas dlm ruangan chaternya..aku ni bukannya kaki novel tapi boleh tahanlah buku yg aku beli asal nampak novel terbaru daripada air tangan kak Anis pasti aku beli..yang manisnya 1st time aku beli masa aku studi kat kampus USM tahun 2003.Aku siap pesan pada kwn aku beli kat kedai buku Popular Komtar..adushh sampai terkesan aku baca novel tu yg tajuknya Yang Terindah..buku tu pun dah lunyai,kekuningan bukan sebab tak dijaga tapi aku baca berkali-kali! mengalahkan baca buku 'u'..nak buat macam mana dah hobi..yg latest aku beli Sungguh Aku Cinta..emm buku ni pun best sebab kronologi citer dlm keluaran kali ni tak membosankan..aku tak leh citer panjang2 nanti marah pengulas yg lain..hehe aku akan terus membaca blog kak Anis sebab aku boleh tahu perkembangan novelnya yang akan datang..hehehehe.....

Jumaat, 10 Julai 2009

Wanita

Wanita

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. ..
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok.. .
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. ..
Tapi binalah kepimpinan.. .
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Muhasabah Diri- Rahsia Surah Al-Kautsar

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Rabu, 8 Julai 2009

Buletin 2009




Alhamdulillah sebab aku baru boleh tarik nafas lega sikit sebab 90% dah ada dalam tangan..sebabnya Buletin JKSP untuk tahun 2009 ni dah pun sampai ke tangan Sierra Focus..harapnya biarlah si Fairus tu buat yg cantik2 sebab bahan2 semua aku dah bagi..targetnya Buletin JKSP akan diedarkan tak lama lagi, insyaAllah sempena Seminar Kanak-Kanak sekitar awal bulan Ogos ni kot..bukannya ape, my big boss nak sangat PKSP hospital2 lain dapat masa time pelancaran..bagiku senak jugak buat sorang2 sebab aku ni tak reti nak meminta-minta pada kekawan yg lain khususnya kalau ada artikel2 tambahan..tapi aku setidak2nya nak buktikan kerja sesibuk mana aku boleh 'curi' masa utk dapatkan bahan,perah idea utk keluaran buletin tahun ni....amin!

Awalnya

Yup semangat nak bekerja apalagi yang aku nak cari kalau itu yang menjadi rutinku setiap hari.Tapi hari ni aku keluar 6.20 pagi beb sebab nak tengok KL dah 'bangun' ke belum..emm nampaknya tepat sangkaan aku..haha keje gila beb bangun awal lagi tapi pada aku tak mengapa..apa lagi aku park awal kat tempat keje jam 6.45 pagi! Cuma aku berlegar-legar kat PAC sebab takut nak naik tingkat 3 sorang2..hehehe boleh tahan pengecut aku nihh..jangan wat memain kat hospital sebab dari tak sangka jadi betul2 payah nanti..yg tak nampak jgn diganggu, yg nampak terang2 muka bukan pecah rumah pun boleh songlap zaman ni jam..emm aku rasa hari ada sesuatu yg kurang tapi biarlah kupendam menjadi rahsia hati......

Selasa, 7 Julai 2009

Keteguran..

Pagi nan indah, 4 Julai yang lepas hal ni berlaku kat kampung hasburn aku..waktu tu aku nak amek air sembahyang.Tergerak hati aku lalu aku ambillah baju2 aku dgn Mr A untuk direndam..hehe dlm ingatan aku terus ada sign 'ingat' sebab masa zaman gadis sunti dan ms dok kat kampus dulu, hujung mgu nak cuci baju rendam dulu tapi kena buat sebelum gi solat suboh..mungkin dah terbiasa tapi budaya berbeza sebenarnya..lepas solat kat luar rumah dah terang tapi angin2 sejuk dah terasa...perghh bessh la kan sebab kat kampung.Aku pun keluar rumah lepas solat tetiba nak jadi stori aku terdengar 'sound track' kat bilik air (mostly bilik air di Bt Pahat di luar rumah yerrrr)..jengjengjeng..mak ai suara mak mentua aku daaaa..ala2 jawa gitu panggilnya aku ni zila...'zila!!!! ngapanyer direndam bajuh ini..nanti dibilang susah mau bersalin!!!!!' aku nak sampuk mak ngomel lagi..habis2 aku tersengih sebab mak salah faham..mak mentua aku bilang baju jgn direndam semalaman..tak elok tu!!! Tapi aku tak sampai 15 minit punnnn..emm dengarlah aku masa tu sebab telinga aku leh lagi dgr mak punyer sound track..hehehe....aku pun balas ckp mak sebab nampak sangat dia harapkan agar aku jgn buat lagi lps ni..aku ckplah aku tak rendam mlm td..baru mak diam..pastuhh mak cakap tak nak cuci tak per kumpul saja jgn direndam..emmm..satu pengajaran yg amat berguna :)

Mabuk Baju

Emm...tajuk kali lebih memualkan kot..ntah dah seminggu aku berhabisan hampir RM 200 untuk beli baju blaus, tambah lagi dengan bayar upah jahit 2 helai baju kurung batik kat adik ipar aku..bila termenung jap takut gak aku dibuatnya..nak kata nafsu tak gak sebab pronyer aku dah dua tahun tak berganti baju..kekekeke ye tak yer je kan.tapi hakikatnya memang aku beli/upah sekali lum sum..haru jugak..make it planning..gasak lah..'luahan' ni sementara jari jemari aku ni dah tergerak klik kat mouse.apa lagi 'lencong' ar jap :)