Rabu, 22 Julai 2009

Demam Bola!!



Jumaat lepas,17 Julai 2009 aku dengan Mr A pergilah Stadium Bukit Jalil semata-mata nak tengok latihan bola pasukan Manchester United dengan Malaysia..urghh sungguh berbeza corak latihan pasukan kegilaan ramai tuh..tapi pengalaman yang cukup menarik dari sudut peribadi aku sendiri..dari saat aku menanti train kat Bandar Tun Razak,aku tengok merah saja kat luar dan dalam..apa taknya majoriti yg ada dlm gerabak tuh berpakaian merah siut...termasuklah aku sebab konon2 nak sepadankan dengan Mr A..apa lagi eden nak kater sebab gelagat demi gelagat kita orang tengok dlm train..walau pun dlm dah sesak berasak,aku tengok tak der sape muka2 yg masam mencuka sebab kena himpit..percayalah sebab depa semua tengah gila bola!!! Perjalanan aku dlm train menuju ke stesen Bukit Jalil pun transit satu tempat je..perghhhh kat Bandar Tasik Selatan pun haru gak...tak nampak sangat kelibat 'Harimau Malaya'..ada2 tapi sembunyi kot..hah sudahnya bila stesen yg dituju telah tiba keluarlah kami beramai-ramai...mak ai....nasiblah simen LRT stesen BJ kuat dan utuh kalau tak mau runtuh dibuatnya..lautan manusia berbaju merah dengan bunyi trompet masing2 memecah suasana petang jumaat tuh...apalagi aku dgn Mr A berlari-lari anak terus ke tangga atas..bila pandang belakang memang padat,terlalu ramai penyokong MU! Memang happining beb.....Panjang kisahnya..belum lagi perlawanan esoknya tapi memang gempak walaupun Malaysia kalah 3-2 tapi Malaysia kalah bermaruah..aku sendiri pada hari Sabtu tu pakai baju Malaysia (lambang Harimau Malaya lagi)..jujur aku akui tak ramai yg nak pakai baju ni..bilangannya sgt kecil tapi ada gak yg pakai baju Malaysia,kat leher pakai mafla MU..tp yg best tu aku dengan Mr A memang berbeza..dia MU aku lak Malaysia..ramai yg pandang..hahaha biasalah..mimpi lain2 walaupun tidur sebantal (hehehe tidur pakai bantal sendirilah..)

Tiada ulasan: