Jumaat, 28 Ogos 2009

Ramadhan Datang Lagi

Hu2 dah 'gersang' jugak blog ni sebab agak kesibukan punya fasal so tak sempat nak update..apapun Salam Ramadhan,Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada bloger2 yg beragama Islam dan tersinggah jap kat my site..puasa tu puasa gak tp bab kerja kenalah jalan..he2 utk permulaan 1st day aku dah kiok sebab almaklumlah ada situasi yg tidak dapat dielakkan..al-maklumlah 1st Ramadhan aku dapat berita yg begitu mengujakan hati dan seluruh jasadku! kuang2...harap2 aku mampu menanggung..(?)..he2 tak maw cakap lebeh...pose...ok,semoga bertemu lagi yer..salam..

Rabu, 19 Ogos 2009

Andalus dan Berstatus Bini Orang..

Wah2 sound check kot..emm biasalah dah banyak baca buku yg repek kepek, nonton 'gossip girl'..actually aku saja letak tajuk ni sebagai 1st entry hari ni..well bukanlah nak menghentam sesaper tapi waima dah tertulis sekalipun di sini aku mengharapkan agar kenalan taulan tidak menjadikan yg 'topix' ni sebagai sesuatu yg mengaibkan peribadi individu yg dikenali @ tidak dikenali..dolu2 aku sendiri tak terfikir nak kahwin usia berapa, dengan saper, bla2..yelah mungkin masa tu maseh main masak2 kot..ihikk taklah..cuma ranjau kehidupan dlm meniti sisa usia remaja aku lewat semusim yg lalu aku jumpa mcm2 'type' lelaki. yezzer...ada org kemaruk nak kahwin cepat tapi klu org yg kenal aku mgkn dia kata aku yg tak laku sebab tak lawa mcm Fasha Sanda (sekadar contoh..jgn marah )..

kuang2..best2 ayat aku kan..hakikatnya perjalanan hidup seseorang berbeza-beza,ada yg berliku,ada yg lurus,ada yg kelam,ada yg kelabu ashap..tak kurenglah dgn aku nih..tp aku tahu, bukan semua org boleh terima jodohnya lambat..tp tgk pada situasilah kot..tapi tulah aku, dapat merasai sekarang.. berkelananya hati seorang isteri apabila ada sang andalus @ bini org yang cuba bertakhta indah berseri di hati lelaki yg juga berstatus suami org..

pada aku ek, tak kiralah sapa diri kita bini org ke, tak kahwin lagi ker baik laki @ pmpn perlu ada jurang sikit dlm membina dan meneruskan perhubungan..dulu mgkn aku tak kisah sgt hal mcm ni tp bila aku kenang2 semula pengalaman bekerja dulu, banyak juga hubungan terlarang di antara mereka2 yg kebanyakannya dah beranak pinak..well kena beringat sendirilah..kalau betul kawan apalah salahnya jadi kawan kepada suami@isteri kita kan..tak der lah gossip di lain hari..tanyalah HATI ok..dahhhh...


Hidup Tak Selalu Indah..Hak Wanita Muslim Yang Wajib Tahu!

Hak Muslim: Empat syarat untuk suami mohon berpoligami

SEKSYEN 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan cara permohonan untuk berpoligami yang boleh diberikan oleh Mahkamah Syariah. Seksyen ini digubal bertujuan mengelakkan penyalahgunaan poligami sehingga menyebabkan kezaliman wanita.

Mengikut seksyen itu, sesuatu permohonan kebenaran berpoligami, suami perlu membuktikan empat perkara sebelum mahkamah dan mengeluarkan kebenaran berpoligami.

Empat perkara itu ialah:

a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada antara lain hal keadaan yang berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan; atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, seperti dikehendaki oleh hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak hukum syarak; dan

d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri sedia ada.

Keempat-empat syarat di atas hendaklah dibuktikan oleh suami secara satu persatu dan bukan salah satu.Selepas mahkamah berpuas hati keempat-empat syarat di atas sudah dibuktikan, barulah mahkamah akan mengeluarkan kebenaran kepada suami untuk berpoligami.Ini bermakna suami bukan saja perlu membuktikan kemampuan beliau menanggung keluarga, malah membuktikan patut atau perlunya perkahwinan yang dicadangkan itu, keupayaan memberi layanan yang adil dan perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menjejaskan isteri atau isteri-isteri sedia ada.

Bagi memuaskan hati mahkamah di dalam membuktikan keempat-empat perkara di atas, menjadi tanggungjawab suami memanggil si isteri ke mahkamah bagi memberi pandangan si isteri sama ada bersetuju atau tidak kepada permohonan itu. Si isteri boleh membantu mahkamah membuat keputusan yang adil dengan membawa bukti mencukupi bagi menyokong pandangan si isteri itu. Suami juga hendaklah memanggil calon isterinya itu jika kebenaran diberikan serta wali kepada bakal isterinya. Ini bagi memastikan mereka tahu kedudukan suami si isteri yang telah berkahwin. Begitu juga kesediaan suami menanggung bakal isteri mengikut syarat yang ditetapkan oleh mahkamah sekiranya kebenaran untuk berpoligami diberikan.

Mana-mana orang lain yang boleh membantu mahkamah dalam membuat keputusan yang adil juga boleh dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka termasuk majikan, kawan rapat dan sebagainya. Si isteri juga boleh memohon untuk mendapat suatu perintah menghendaki suami membuat pembayaran nafkah kepada si isteri dan memerintahkan segala harta yang diperoleh secara bersama dibahagikan di antara si isteri dan suami.

Perkara ini diperuntukkan di dalam seksyen 23(10) Enakmen Undang-Undang keluarga Islam (Negeri Selangor) 2005. Daripada tujuan yang diyatakan, suami berhasrat untuk berpoligami kerana telah jatuh cinta dengan rakan sekerjanya dan tidak mahu melakukan maksiat dengan perempuan itu. Berdasarkan peruntukan undang-undang di atas, alasan itu saja mungkin tidak dapat memuaskan hati mahkamah bagi membuktikan keempat-empat perkara yang dinyatakan di atas. Tambahan pula, Islam mempunyai caranya sendiri untuk mengelak daripada melakukan maksiat. Nasihatkan suami supaya meminta bimbingan guru agama cara mengelakkan maksiat. Berpoligami saja mungkin tidak dapat mencegah maksiat.

Seperkara lagi, jika suami sudah meninggalkan si isteri dan tidak berlaku adil lagi, si isteri sebenarnya boleh memohon kepada mahkamah supaya perkahwinan mereka difasakhkan mengikut seksyen 52(h)(iv) enakmen yang sama. Seseorang perempuan berhak mendapatkan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak.

Jika disabitkan aduan si isteri di mahkamah, maka mahkamah akan memfasakhkan perkahwinan si isteri dengan suami. Berfikirlah dengan rasional dan minta pandangan orang yang boleh dipercayai sebelum membuat keputusan sama ada bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan suami. Si isteri perlu hadir ke mahkamah bagi membantu mahkamah membuat keputusan yang adil. Sekiranya tidak hadir, maka mahkamah akan terus membuat keputusan tanpa menilai keterangan yang isteri sepatutnya berikan.

(Petikan : Daripada Penulis Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan boleh dihubungi pada admin@pgsm.org.my, faksimile 03-80259495 atau layari http://www.pgsm.org.my/v2 )

Selasa, 18 Ogos 2009

Cikgu Oh Cikgu...

Emm kononnya tajuk ni menjadi entry aku pagi2 ni harap2 ada respon dari saper2 yg bergelar 'cikgu'..he2 bukan aper sebab aku skrg tgh mengumpul bahan2 cerpen bekas guruku yg sekarang saban minggu cerpennya tersiar di akhbar Metro..

Tajuknya memang dasssat tapi biasaklah kisah siswi yg sedang menyiapkan tesisnya dan kajiannya kini tertumpu di Batam..memang menarik tapi Cikgu Maskiah Masrom ni kaya dengan rencah2 liku miku untuk menyedapkan lagi bacaan pembacanya..emm apalah khabar cikgu ku ni kan?? Bulan Julai lepas aku terlepas sesi kuliah/ceramahnya sebab aku tak sangka cikgu dijemput khas dari Kulai ke UKM Bangi untuk bagi 'talk' pada student2 yg amek corse Kesusasteraan Melayu..nama dah meningkat naik dan aku rasa cikgu sekarang dah sebaris dengan angkatan2 penulis yg tersohor di Malaysia!

He he seronoknya klu dapat jumpa tapi apakan daya masa cikgu dtg aku tak leh gi sebab masa tu waktu bekerja,jumaat memang tak leh 'skip'! InsyaAllah aku akan terus 'memburu' setiap hasil/buah tangan cikgu tak kiralah cerpen atau novel...emm sesungguhnya 'Jalan Seribu Liku', 'Dia Menantu Pilihanku','Surat Dari Kampus' adalah sisa kenangan yang banyak mewarnai lewat zaman bangku sekolahku,hasil garap daripada guru yang amat kusayangi..Cikgu Maskiah, terima kasih...jumpa di lain masa di waktu yang terindah!

(Nota Diari: Kalau tak pindah ke bidang sastera, mungkin aku tak kenal sangat dunia penulisah..ho ho)

Khamis, 13 Ogos 2009

Come Back..

Salam..hehe macam nak kembali 'menyanyi' lak sebab ada 'come back'..pening2..dah lama gak tak ketuk papan keyboard yg berhabuk ni.almaklumlah ada masa sikit bolehlah curi2 masa on jap..tapi selalunya masa yg sempat ms lunch ajer..aharks lunch dlm bilik jexx..tak ke mana pun gayernya...ok 'come back' ni pun sebab nak wish pada yg terbaca blog yg sakit mata bila membacanya, Selamat Menyambut Ramadhan' yang bakal menjengah kita tidak lama lagi..adus sayu hatiku..berazam nih klu boleh nak bersolat tarawikh kat masjid 'full' tanpa uzur syarie..ihieee ala2 gaya pegawai syarak pulak beb bila 'berkata-kata'..takper2 aku yg fhm sendiri..ok,jumpa lagi yer..

Mee Sanggul Muar & Bahulu Lapis Parit Sulong

PENGUMUMAN

Salam Satu Malaysia Kepada Rakan2!

Apa itu Mee Sanggul????
Bahulu Lapis????
Ciri-Ciri Mee Sanggul :

* Sedap dan ranggup
* Senang digoreng
* Made in Muar, Johor
* Harga yang berpatutan ; seunit RM 5.00 *24kpg
* Sedap dimakan dengan kuah/sambal kicap + sambal lada


Ciri-Ciri Bahulu Lapis :

* Berintikan nenas
* Saiz A4 (menggunakan dulang loyang)
* Produk orang kampung ; Parit Sentang, Johor
* Harga yang berpatutan ; RM 10.00

Interested to buy?

1.You can order through:

Email: laven_22@yahoo.com
Phone: 019-384 7793

2. Payment can be made to:

Siti Zaila Husin
MBB - 1623 5728 1454

3. Delivery will be made upon receive payment.

- For Semenanjung Malaysia= RM 5
- For Sabah/ Sarawak = RM 10
- We use Pos Laju