Selasa, 18 Ogos 2009

Cikgu Oh Cikgu...

Emm kononnya tajuk ni menjadi entry aku pagi2 ni harap2 ada respon dari saper2 yg bergelar 'cikgu'..he2 bukan aper sebab aku skrg tgh mengumpul bahan2 cerpen bekas guruku yg sekarang saban minggu cerpennya tersiar di akhbar Metro..

Tajuknya memang dasssat tapi biasaklah kisah siswi yg sedang menyiapkan tesisnya dan kajiannya kini tertumpu di Batam..memang menarik tapi Cikgu Maskiah Masrom ni kaya dengan rencah2 liku miku untuk menyedapkan lagi bacaan pembacanya..emm apalah khabar cikgu ku ni kan?? Bulan Julai lepas aku terlepas sesi kuliah/ceramahnya sebab aku tak sangka cikgu dijemput khas dari Kulai ke UKM Bangi untuk bagi 'talk' pada student2 yg amek corse Kesusasteraan Melayu..nama dah meningkat naik dan aku rasa cikgu sekarang dah sebaris dengan angkatan2 penulis yg tersohor di Malaysia!

He he seronoknya klu dapat jumpa tapi apakan daya masa cikgu dtg aku tak leh gi sebab masa tu waktu bekerja,jumaat memang tak leh 'skip'! InsyaAllah aku akan terus 'memburu' setiap hasil/buah tangan cikgu tak kiralah cerpen atau novel...emm sesungguhnya 'Jalan Seribu Liku', 'Dia Menantu Pilihanku','Surat Dari Kampus' adalah sisa kenangan yang banyak mewarnai lewat zaman bangku sekolahku,hasil garap daripada guru yang amat kusayangi..Cikgu Maskiah, terima kasih...jumpa di lain masa di waktu yang terindah!

(Nota Diari: Kalau tak pindah ke bidang sastera, mungkin aku tak kenal sangat dunia penulisah..ho ho)

Tiada ulasan: