Rabu, 30 September 2009

Beberapa Hari Syawal Yang Ditinggalkan..

Selepas beberapa hari masuk kerja (setelah bercuti rayer), nak mencari mood bukanlah satu perkara yg mudah..suasana berhari raya seadanya masih ada bahangnya..tapi bagi aku dengan usia yg semakin meninggi (cehh dah ala2 tua gitur), berhari raya adalah sambutan biasa sahaja tetapi masih terasa kesayuannya..aku tak sempat bertemu dengan guru2 dan sahabat taulan..ntahlah mana silapnya..mungkin kekangan masa dan keadaan aku yg tak kurang hebat tak oknya menyebabkan langkah aku menjadi pendek belaka..ada setengah org bila dah berkahwin boleh saja ke sana sini mengheret isteri/suami dan anak-anak berkunjung ke rumah-rumah kenalan utk beraya..ikut dan kata org penang..ceh2ini hali punya stori macam nak luah apa2 yg terbuku jer ek..takpala nanti aku balik lagi aku pi la kunjung rumah cikgu2 aku ka..bestfrend aku ka..tapi apapun kenangan berhari raya di Parit Sulong tak kan kulupakan sampai bila2..biasalah 1st time..teruja jgn ckp sebab aku berada dlm kelompok jawanese yg pekat2 telo bahasanya..seronoklah dan selebihnya aku hanya diam dan mendengar sahaja..best2..hujan emas di negeri orang,sama2 lah hujan emas di negeri kita..hi2..

Khamis, 17 September 2009

Coretan Hari Ini..

Emm sementara menanti waktu 'lunch' untuk berehat, aku saja on jap blog nie..dua tiga hari ni tak sempat nak belek lama2 sebab lagi nak cuti banyak lak kes yg dirujuk..klu boleh memang nak siapkan sebelum cuti raya ni..so naik kerje nanti tak leh bertimbun kes yg dirujuk ke luar..esok adalah hari yg paling aku tencen gak sebab ada lawatan ke rumah pesakit kat Kepong..sebenarnya ni adalah kes mangku tp disebabkan request drpd MO Child Psy utk kali kedua aku terpaksalah pi..agak haru biru jugaklah bila baca report yg lepas sebab dikatanya ibu dan anak ni tgl dlm rumah yg dipenuhi tikus..aku kenalah tengok esok macamana..family skill telah diberi tp mak pt ni still perangai lama..slow learner kot,kesian2.yg aku haru tu najis tikus ada kat kepala anaknya yg umur 4 tahun pon maknyer tak sedau..ade ke ek..tunggu jelah esok..harap tak termuntah aku esok..

Selasa, 15 September 2009

Mampukah Aku?


Malam2 terakhir dalam Ramadhan kali ni bukanlah aku terfikir di saat2 akhir..sebenarnya lebih kepada muhasabah diri..banyak kekurangan aku sebagai anak dalam keluarga dan isteri kepada seorang suami! antara anak yang baik,isteri yang muslimah..bukan senang untuk aku merubah sesetengah sikap aku yg kadangkala ego,degil dan 'hangin' tp bila ada tikanya saat aku bersendirian,aku rasa ada sesuatu yg boleh aku jadi berubah..emmm kiranya anjakan paradigma! Macam kenal je ayat ni kan..yup ayat2 bekas TPM kita dulu Dato' Seri Anwar Ibrahim..

Salam Aidilfirti


Nampaknya bahangnya semakin tiba! Moga2 Aidilfitri kali ini mengeratkan silaturrahim sesama kita..Maaf dan salah silap sekiranya ada 'bicara sepi' yang mengguris hati dan perasaan kalian..ampun yerk!

Rabu, 9 September 2009

09.09.09

Wah sangat menarik tarikh hari ni maaa..apapun hari ini adalah hari ini dan semalam adalah kenangan..semoga amal ibadah kita di dalam bulan yang mulia ini mendapat ganjaran dan syafaat daripadaNya.Amin..


Mungkinkah..

Lebaran akan menjelma tak lama lagi..perghh tidaklah berayer sakan macam zaman kanak-kanak dolu..masih aku terkenang sampai lani sampai rumah nenek,kita org sepupu sepapat nih lepas salam,cepat2 gi rayer rumah kwn2 nenek..gi rumah nek enon,tuk ghafur,nek minah,Cikgu Badul,yg dekat sebelah rumah nek salamah (arwah dah org tua tu..)..tapi yg best tu ada di rumah2 yg kami kunjung nih bukan dihidang ayor sirap @ oren tp ayor kopi! ki2 bebudak pon namanya kami masa tuh..tatak helan..bukan nak duit pun ada..tapi ada gak yg bermurah hati walaupun 50 kupang..eii best2..apa yang penting seronok dpt jumpa sepupu2 ms rayer..sambil2 makan kuih dan ketupat rendang, nenek2 dan laki2 dia org akan tanya 'kau ni semua cucu si Nyonya ek?,bila mak2 korang nak dtg pulak?' he2..lebih kuranglah ayat2 basi depa...adus..mungkinkah berulang memori ni..rindu mengajak aku pulang ke kampung tercinta! Yelah aku lahir pun kat kampung bukan kat sepital..bidan kalbi yg sambut,kata mak aku lah..isskk..

Selasa, 8 September 2009

Semalam Yang Ditinggalkan..




Tajuk macam tak bermotivasi langsung early morning nih..well i must do it something,just for me! ha2 sebenarnya lebih kepada teringat kepada kenangan lalu yg tetiba aku rasa tersinggah jap sebelum aku mula 'serius' nak wat kerja pagi ni..ho2 kononnya..yes,belajar dan kemudian bekerja..emm semua org akan melalui fasa yg sama tapi tak semua org juga akan belajar dan terus bekerja..seingat aku masa umur 22 thn barulah aku dapat mengecapi nikmat kemanisan hidup iaitu dengan 'belajar' sebabnya masa tu aku dpt pi jauh sikit di utara,undur sikit ha tu dia pi pulau mutiara no...mungkin kira lewat ar usia aku masa tu sebab member2 aku masa tu ada yg dah final pun kat U,ada yg dah kerja penolong pegawai kastam,imigresen bla2,tak kurang pon jd surirumah tangga sepenuh masa membelai anak2 dan suaminya..kdg2 aku bebel gak kat hadiq aku yg sorang tu yg ada nun di melaka..selagi muda jgn padamkan minat nak belajar..aku bertatih dari bawah sebelum apa yag aku 'dapat' sekarang..seingat aku lagi, aku belajar kelas malam untuk ambil STPM di GPMS Melaka dari jam 6 petang sampai 9 malam..dasat gak ar sebab pagi aku kerja malam belajar..berapa jam sangat ar dalam kelas, yg lain studi sendiri ler..arwah Cikgu Jaafar banyak bagi motivasi kat aku dgn kwn2 yg belajar kat GPMS,Cikgu Rahim,Cikgu Ya'ama,ada sorang cikgu pengajian am tapi aku lupa dah namanya sebab handsome sgt,sape2 lagi ar,pun banyak menyumbang kepada kejayaan yg kukira catatan rekod peribadi yg terbaik aku pada tika tu..yelah saper yg tak de kenangan silam..pada aku semua org ada..aku tinggalkan dunia remaja yg bekerja di 7E,tak kurang jadi kerani syarikat percetakan,telekom,juruukur..bukan aku tak leh jd kerani tp aku tak 'puas' dengan apa yg aku nak,tambah2 dengan sikap org2 yg pandang cengeng kat aku yelah budak SPM grade pun nak tertonggeng..aku tak salahkan kehidupan aku yg lepas sebab nikmatnya Malaysia eh nikmatnya mengenangi semula tatkala kesunyian..ha2..itulah realiti kehidupan aku..buat hadiq aku..go, go and go..life must be go on..aku secara paranormal,jenis nak berjaya dulu terpaksa repeat manyak kali klu membaca,buat note kaki tak macam sesetengah otak org lain yg bijak lagi pandai..tapi ingat, kecemerlangan bukan penanda aras seseorang itu telah berjaya sepenuhnya dlm hidup sebabnya realiti hidup adalah medan sebenar perjuangan hidup kita..renung2 kan dan selamat beramal..jumpa lagi..

Isnin, 7 September 2009

Kemalasan Melanda..




Emm memang memboringkan bila virus malas ni mula masuk dalam urat sendi aku hari nie..kalau tak ada vaksin yg sesuai jawapnya dah lama aku pejamkan mata, relakskan minda lupakan segala masalah dan hal2 yang dtg hari ni!! Ntahlah..ketuk2 jugak pintu hati ni, kalau bab kerja memang aku kdg2 nak dah sampai tahap nanar sebab keboringan yg kadangkala mengulit tak tentu masa..pelik gak sebab sejak akhir2 ni je aku dah rasa malas teramat sangat! Ya Rabbi..bukan niat nak membuta sebab takut makan gaji buta..hati teruja nak sambut Aidilfitri tidaklah pula sebab aku bukannya org yg berlebih2 dalam membuat persiapan..kalau difikirkan masa zaman studi genap 3 @ 4 tahun dah pun grade sedangkan la ni kerja dah pun baru melepasi 4 tahun aku dah setat rasa 'terancam'...mampukah aku ek??