Selasa, 20 Oktober 2009

Menunggu Esok...


Keh2 rasanya tak sabar nak tunggu esok hari..bukannya bersemangat nak work tapi nak past kan kembali tugas yang dipangku kepada tuan yg empunya diri!!!! Dua bulan yg sangat panjang dan kemarau gersang aku dibuatnya....yuhuuuuu...

Isnin, 19 Oktober 2009

Semalam Dalam Kenangan

Hari raya Aidilfitri dah semakin meninggalkan kita,bererti Syawal 1430 bakal menutup tirai dan bermulalah satu bulan yang baru dalam umat Islam..aku sebenar2nya amat terkilan sebab memang tak berkesempatan untuk menghabiskan masa2 yg ada di kampung halaman ku sendiri terutama masa hari raya yg lalu..ntahlah mungkin aku dah luah dalam entry yg lalu tapi aku masih lagi menjeruk rasa macam buah mangga yg telah dijerukkan oleh mak cik tua di hujung kampung Limau Manis, Masjid Tanah tuh...org tua yg tak seberapa lebat ubannya kata, hidup ni jgn terlalu memendam rasa nanti semua makanan tak berasa! tawaq habiaq org utara kata!! hah aku peduli hapa...tempat2macam ni yg boleh aku dok terkenang menangkan (jadilah daripada aku tak terkenang langsung kan...)segala memori2 yg aku ada..letih nak balik tiap2 minggu melaka @ johor jgn habaq klu ada org tak faham ckp 'macam dia sorang ada masa elah'..aku hrp2 sgt fmli aku yg dah berstatus warga emas paham benau kudrat aku laki bini nih..

ader rejki kami balik..tapi aku kenalah paham situasi laki aku..sebulan je duit utk tol dan minyak mau dekat RM 500 beb..ini yg dikatakan pengorbanan..tak kan nak citer kat horang lain..sendiri mau paham lah kan..rejki masing2 tapi berkat kesabaran yg baru nak mengulit rumah dan tangga kadang2 teruji dibuatnya..so aku tak leh la nak rungut nak balik tiap2 minggu tapi aku rindu sgt2 masa bujang aku dolu2..mujurlah aku puas menjalani kehidupan aku yg serba long ranger masa tuh...cuma aku sedeh ajelah sebab status skrg aku kena pikio banyak kali sebelum buat keputusan...

wah kali ni aku rasa tak taulah sebab dlm masa yg sama kdg2 hati aku jahat mahat gak sebab time ni lah aku nak belajar 'jauhkan' diri tanpa kabar berita..bukan egois tapi perlu sesekali..ada saudara aku pun tak kisah sebab dia punya patern balik utara sahaja,mungkin aku dia pun tak kenal..aku pun tak heran sebab rayer tak rayer famili dia macam dah dalam album;kaku tak bergerak..ha2 pada aku sapa2 pun..aku pun pelik,knp bila dah berkahwin mesti ikut 'pengaruh' isteri atau suami sahaja?? kecian kat anak2 sebab mgkn anak2 akan lebih kpd fmli ibu sahaja sb sebelah bapaknya tak ngam dan tak best atau lebih kpd sebelah bapa sahaja sebab alasan yg sama?? bosan kan klu difikir2??? ha2 pikio yg lain.....


Rabu, 14 Oktober 2009

Tahniah..tahniah..tahniah..

Hi2 dari hari ke hari aku nak sangat tulis 'artikel' dlm blog nih tapi tak berkesempatan..anyway berita yg sangat mengujakan perasaan aku dan kengkawan kat pjbt JKSP PPPUKM..yelah apapun, aku nak ucapkan tahniah bebanyak walaupun keputusannya dah dikeluarkan pada 8 Oktober lepas..Yahoo!! memang zon Yahoo dah tertulis utk menjadi Johan kategori pengurusan pejabat dalam Amalan 5S sempena Minggu Kualiti yang dianjurkan peringkat PPUKM minggu lepas..Zon Royal pun terima kasih sebab menyumbang bakti dan khidmat kepada JKSP,kita kan kawannn...tahniah2..sayangnya aku tak dapat nak download replika cek dan piala pusingan yang dimenangi sebab masalah teknikal..nantilah, akanku download jugak utk tatapan kekawanku di sepital2 KKM yg lain..yelah kita kena buktikan kerja kebajikan tak semestinya kita tak leh manage opis kiter ek..lagi satu, JKSP juga memenangi pameran terbaik sempena hari Minggu Kualiti jugak...berganda-gandalah gembira big bos kami..jangan tak cayer bos,kerja last minute boleh wat punyer..tapi ni semua berkat kerjasama staf2 JKSP yg selama ni masuk bukan nak menang tapi inginkan penyertaan sahaja (he2 sebab arahan boslah...)..semoga JKSP terus maju di masa-masa akan datang..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Sujud..

Lagu ni amat bermakna pada aku..semoga kita semua mendapat manfaat daripada senikata lagu Mawi Feat KRU ni yer..

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
Hanya mampu sujud..

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya