Jumaat, 13 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi


Alhamdulillah hari ini dah tiga hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Terkenang aku masa Ramadhan yang lepas, preg tapi aku gagahkan juga berpuasa tapi disebabkan terlalu lapar yang manic maka kenalah aku ganti puasa selama 20 hari,wau...harap-harap tahun ini aku dapat berpuasa penuh. Tapi ada orang kata jika breastfeed piriod mungkin tak datang..entahlah kan. Oklah, serasa aku ini masuk tahun kedua aku menulis blog sebab tahun lepas aku ada coretkan sesuatu di ruang maya kesayanganku ini. Semoga amal ibadah kita semakin berlipatganda di bulan yang mulia ini. InsyaAllah..

Jumaat, 16 Julai 2010

USM Dalam Kenangan..


7.8.2010 ni genap enam tahun aku meninggalkan bumi Minden tercinta! Kenangan terindah di bukit HEP,bergambar tak tentu masa..ada-ada sahaja gambar yang nak diambil..cakaplah kat mana-mana..sg dua,gambir,tasik aman,hilton,gerai makan kat pusat racun,kafe fajar bakti yang glamour,rumah tamu..arghh semuanya indah tersusun dalam kotak fikiranku..tahun 2004 aku dikurniakan dalam majlis graduasi,cukup terindah dan kebanggaanku..emm satu rekod peribadiku yang paling baik sepanjang ku melalui kehidupan yang sering rasa pahit dan tawar!

Tiga tahun makan dan minum ayaq penang membuatkan aku tak pernah lupa pada bangunan Komtar,Lebuh Chulia,Padang Kota,Shopping Kompleks Bukit Jambul(go student USM,tempat jln2 hehe..),Sunshine,Gurney,Roadwalk,Bukit Bendera..ish ish tak terkata..nak dikenang-kenang makin menggigit rindu di tangkai hati nih..niat di hati nak kembali tapi sebagai seorang pengembara tapi apakan daya masa merantai aktiviti rutinku sekarang..USM tunggu aku di sana!!!!!!!!!!!

(Nota Diari : Bilalah Nak Sambung Buat Master??)

Khamis, 15 Julai 2010

Melangkah Ke Alam Baru...


Sebelum aku teruskan kata2 adalah lebih baik aku ucapkan tahniah dahulu kepada sahabat yang aku sayang, Pn Bahiyah Tuah yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya..Tahniah,semoga kekal sehingga ke hujung nyawa! Walaupun Bai (panggilan manja kak Bai)lebih tua daripada aku sedikit tapi aku tak rasa pun macam tu sebab kitaorang akan kongsi apa sahaja tentang kehidupan..maksudku sebelum aku dan kak bai berkahwin,kami tinggal serumah dan banyak perkara kita buat bersama; jalan2,tengok wayang,shopping,basuh kereta sama2,makan2 sampai lewat pagi..perhhh memang best alam anak dara yu..almaklum ler dulu2 single tak ada sapa nak kongkong..tapi pada pendapat aku, kak Bai memang lawa,pandai cuma lewat sikit jodoh nak tiba..yang tu pun aku kongsi pendapat dengannya.Walaupun jodohku sampai dulu daripada Bai tapi aku still ambil tahu perkembangannya..aku happy sangat2 bila dengar cerita kak Bai jumpa Mr Right dalam hidup dia.Yang best tu percintaannya berputik di negara Tembok Besar China!! Orang bujang memang langkahnya panjang..aku tahu benar sangat dengan hobi kak bai,suka melancong..setiap kali dia pergi cuti kat oversea,pasti dia tinggalkan mesej untuk aku supaya rajin2 lah tgk kat blog dia sebab dia dah masukkan catatan perjalanan dia!! Emm berkat kesabarannya dalam menanti jejaka pujaan akhirnya Allah menentukan perjalanan hidupnya tanpa disangka-sangka..Tak salah aku Mr Right kak Bai tu pun bercuti gak tp dah mata berkenan,lalu turun ke hati...jeng jeng jeng...hah kak Bai..memang indah andai dikenang..sekarang akak pun dah jadi milik orang..jaga perkahwinanmu seperti mana dirimu menjaga diri sendiri,rumah dan kereta..hehehe..saya mendoakan semoga persahabatan kita juga kekal selama mungkin..Amin.

Jumaat, 9 Julai 2010

Bila Nak Kaya?


Semua orang nak kaya..tanyalah pada orang yang susah,mesti mereka pun nak kaya..tapi dalam zaman sekarang nak2 duduk kat high-land jawapnya memang high-cost la bajet..aku sebenarnya tak adalah bercita-cita nak kaya tapi aku menyimpan hasrat nak berkarya secara serius..mungkin kat sini tempat aku luahkan apa yang terpendam selama ini. Hasil2 karya semua dah ada cuma aku nak cari somebody yg boleh publish jer karya aku..yelah karya aku pun bukan jenis yg macam sasterawan negara buat..biasa2 sajer sebab selama ni aku hanya hantar karya kat Majalah Mingguan WANITA, Berita Mingguan dan UTUSAN saja..aku buat semua ni atas sebab minat sangat2 dan mengisi waktu aktiviti rutinku..ertinya setiap hari aku berkarya (sajak) tapi lepas tuh aku simpan jer..soal rezeki aku berserah saja kepadaNya.Amin...

Luahan lagi..



Wau Wau Wau semakin hari kesibukan pasti mengelilingi rutin tugasku.Kerja semakin menimbun,sampai kadang-kadang dah macam tak ada waktu rehat untuk aku..permohonan semakin banyak.Kerja kat kebajikan macam ni lah gayanya..lambat proses nanti lambatlah jugak dapat jawapannya.Cuma hari ni aku rasa ada ketenangan sikit sebab aku nak cari sebab sendiri.Time rehat kenalah rehat....tapi mustahil aku nak refuse segalanya sebab time berehat macam ni ada jer benda aku nak buat..aku fikir Buletin lagi..boss aku dah nak bahannya..mujurlah separuh berita aku dah buat...part grafik jer yang jadi problem aku sekarang..AJK grafik ada tapi tak gerak2 sebab nak di push sajer..alangkah bagus kalau aku mampu buat semua..adakah aku ni menyusahkan orang dalam opis aku nih?? tapi aku tak sampai hati sebab tak nak lah kaup mata dlm PTK - PKB..ohh tolonglah faham...dalam situasi begini aku betul2 dlm dilema.... :(

Isnin, 28 Jun 2010

Sampai Bila..



Satu pertanyaan yang aku sendiri tak tahu bila kesudahannya akan terjawab..my husband belum lagi dapat jawapan berkenaan pertukarannya ke KL..letih gak menunggu sebab rasanya dah tak larat nak pikul.Belanja dapur dan 2 kepala..belum lagi tol dan minyak..anak lagi punyer maintenance..hehe apalah mama ni..nasiblah aku boleh bersabar kalau tak dah lama aku naik lif kat TIMA menuntut apa yang patut..walaupun famili aku dok sekali dgn aku tapi yg tu berstatus sementara sahaja sebab depa pun ada rumah dan famili aku pun seriau kalu aku tinggal berdua dengan Kinah selagi ketua keluarga tak dapat pindah..Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku lagi untuk menempuh hari-hari mendatang...Amin!!

Rabu, 16 Jun 2010

Jangan Ganggu Saya!!!




Hehehe bang bang booo...sketsa semasa Sakinah tengah breastfeed..aku tengan berpantang lagi waktu tu..seronok tengok keletah Kinah..macam2 possing..lagak macam orang dewasa,tak mahu diganggu gugat..

Pic Kakianakku




Huhu mama Sakinah sajer nak appear pic my leg baby...cute kan leg seorang bayi..kuasa Allah yang Maha Pencipta..di sini mama abadikan salah satu kaki Sakinah..very sweet.....

Pic...huhuhu




Ini dia tali pusat Ainur Sakinah yang dimaklumkan hari kedua telah tanggal..terkejut kepalanglah mama&papa Sakinah..tak apelah lagipun mama akan simpan 'barang' Sakinah..nanti kalau Kinah nakal mama rebus tali pusat,bagi Kinah minum..wakaka!!!

Merah-Merah Semarak Api

Jika hati ini tak bisa menipu
satu dunia akan kuluahkan
jeritan batin pasti memecah dinding-dinding langit
biar kontang dasar hati

Marahku juga bukan syaitan
hanya mampu kupendam lagi
namun hatiku tetap ditebak
dengan warna-warna polos kehitaman
kusimpan dan kusemat
biar marak
membakar menyala-nyala

Merah-merah semarak api
tak akan kubiarkan diriku terbakar lagi

Jumaat, 11 Jun 2010

Momen-Momen Terindah





Semenjak menjadi ibu aku rasa lengkap sebahagian pakej hidup seorang wanita.Alhamdulillah..inilah rezeki namanya.Apa yang aku harapkan semoga hidup ini akan terus dirahmatiNya dan yang paling utama tunas kebahagiaan menjadi tunggak dalam kehidupan keluargaku..mungkin aku dalam kategori ibu-ibu yang lebih mengutamakan anak-anak daripada diri sendiri. Maksudku bukanlah tidak menghiraukan kebajikan diri tapi apa-apa hal jua, anak tetap diutamakan! Kini aku melalui hari-hari terindah kerana Ainur di sisiku..

Khamis, 27 Mei 2010

Cuti Yang Panjang




Nampaknya tak lama lagi aku akan memulakan semula tugas-tugasku di JKSP setelah dua bulan bercuti (hehe sebenarnya dua bulan 20 hari).Rasa beratnya hati pun ada sebab mental aku macam belum bersedia meninggalkan Ainur Sakinahku selama 8 jam kelak.Aku cuba utk mengumpul susu perahan tapi aku tetap serahkan pada AS sebab dia minum macam tak puas2..hehe kelakar pun ada, frust pun ada..tak sempat mama nak kumpul buat stok cayang......namun aku tetap bersyukur sebab setiap minit dan saat aku tak pernah berenggang dengan AS buat masa ni. Seboleh-boleh aku bagi susu ibu sebab aku yakin inilah makanan terbaik untuknya kecuali kalau dia dah macam kemaruk sangat nak susu formula barulah aku bagi tapi secara psikologi memang aku kadang2 tertipu bila kadang2 aku rasa susu badan dah kehabisan! Dalam masa yang sama aku tak lepaskan cuti 'berehat' ni untuk aku studi tentang breastfeeding,baca majalah Pa&Ma dll..aku pun tak sangka baru2 ni jiran depan rumahku ada berkunjung dan aku secara tak langsung menerima ceramah percuma (kakaknya doktor O&G di Hospital Sri Manjung, Perak) yg cukup aku hargai ttg kebaikan susu ibu..syukran2...apapun selagi ada daya aku akan bagi yang terbaik utk puteriku..insyaAllah..namun jauh di sudut sanubariku tetap bertunas kebimbangan ttg penyusuan utk anakku sekiranya aku kembali bekerja kelak...tunggu dan lihat...

Khamis, 29 April 2010

Wajah Putri Hamba





Inilah dia..Ainur Sakinah bte Mohamad Aziz

Kelahiran yang Dinantikan..




Dah lama jugak aku meninggalkan tulisanku di laman blog ni.Bukannya aper..aku sekarang cuti bersalin dan kini menghabiskan masa-masa berharga dengan anak yang baru kulahirkan..alhamdulillah walaupun secara csr namun berkat kuasa yang Maha Esa aku dapat melihat wajah puteri yang kunanti-nantikan..tarikh 2 April 2010 jam 1337 adalah tarikh dan waktu yang keramat kerana aku sendiri tak terjangka dek pemikiran manusia biasa yang aku ditolak ke labour room,kiranya emergency OP pada masa tu..jangkaan atau rancangan doktor aku OP pada 12 April tapi disebabkan bb aku nak kuar sangat maka terjadilah insiden yang membuatkan perut aku betul2 sakit pada jam 0950 pagi..takut,tertanya-tanya apakah aku akan bersalin juga pada saat itu? Aku dah tak kisah agaknya sebab aku kena 'tahan wad' sejak 16 Mac 2010 atas sebab masalah placenta previa type II..aku bersyukur sebab banyak hikmah dan pengajaran disebalik penahanan aku tu..lari dari dunia yang penuh kekalutan baik tempat kerja(tapi aku sempat bereskan kerja2 hampir 90% sebelum dpt tahu admitted)mahupun di rumah..tapi dalam masa yang sama aku kesian jugak pada suami dan famili aku yang terpaksa berulang alik jenguk aku kat hospital hampir 3 minggu!! Kini semuanya tinggal monumen yang terindah untuk aku kenang di saat-saat aku bersendirian,kini.

Jumaat, 5 Februari 2010

Persiapan..(ada-ada saja..)



Emm...ala2 pagi Jumaat ni macam2 perkara yang berlegar dalam kotak fikiran aku..kerja,rumahtangga...tapi yang pasti aku nak berkongsi dengan satu blog yg dah aku singgah beberapa hari sebelum ni..yelah member aku yg perkenalkan, Pn Azura..nanti saper2 yg berminat singgahlah www.butikafrina.blogspot.com........sajer nak kongsi maklumat dgn para pembaca..mcm aku belum ada pengalaman tp bakal nak alaminya tak lama lagi jika tak ada aral mendatang..

Sabtu, 16 Januari 2010

Ala-Ala Deko...







Hahhhh inilah hasil hiasan aku & husband..penat jangan cakap tapi bila dah pindah ke rumah baru letih pun rasanya hilang!!! InsyaAllah aku akan download part2 yang lain pulak..tunggu...

Jumaat, 15 Januari 2010

Rumahku Syurgaku..



Rasa2nya kata2 keramat ni dah berkurun kita dengar..yelah macam dah klise dalam kehidupan..kali ini aku paparkan dulu 'sign' utama nak entry ke pangsapuri aku..letaknya di Kajang Utama, Selangore(amacam ada macam Singapore tak?)..tapi yg latest pemaju MRCB katanya tak boleh letak 'Laman' sebab MPKj tak luluskan..ntah kenapa aku pun tak pasti..tp jwpn yg aku dengar2 ada lak kata tak der dalam kamus DBP..apa lah tanya aku lah lain kali..hehehe..tu lah kalau bahasa asing lain nak digunapakai tapi frasa dalam bahasa Melayu pun tak nak dikaji..jadilah sekarang Pangsapuri Suria/PS...kalau kita semua nak tahu PS pun asalnya daripada bahasa Sanskrit (bukan air limau sunquick yer)..seronok juga tengok gelagat org2 atasan menentukan nama sesuatu tempat atau bangunan kan?? Fikirkan...

Inilah Novel Kesayanganku!



Salam pagi Jumaat!! Bukan sengaja nak promosi Novel/majalah orang pagi2 nih cuma nak berkongsi minat dan rasa sahaja..yg latest aku terbeli buku yg berjudul Lentera Mustika..asal2nya aku baca dalam majalah Aniqah tp masa tu aku dah target habis sirinya mesti akan keluar kat market nih!! Betul gak...kat Warta aku terjumpa, kat UNIKEB pun terjumpa lagi last2 aku beli gak sebelum novel ni kehabisan! isinya sangat padat dengan bahasa2 sasteranya..bukan minah bunga ek tapi aku rasa LM ni telah mengangkat nilai budi kemelayuan dan jati diri bangsa melalui hasil garapan novelis Nisah Haron..mungkin kalau ada saper2 yg perhatikan kebanyakan penulis dari UKM emm mungkin dari IPT yg lain ada cuma tak berkembang kuntumannya..harga buku LM ni taklah mahal sangat tapi isinya dah boleh buat aku kenyang sekejap sebab mungkin aku suka plot dalam LM...yelah kisah pensyarah lewat 30 an yang berada dalam dunia pengajian Persuratan Melayu memperjuangkan pantun2 Melayu selain kisah cintanya yang bersemi tanpa terlalu diprovok cinta2 picisan bersama seorang duda yg berkerjaya dlm bidang undang2..endingnya aku melangkau jap tapi...ada yg menduga di akhir jln ceritanya..kisah dalam novel ni juga aku rasa menutup sebuah kisah yg boleh membuka mata seorang wanita! Kalau ada yg terjumpa novel ni jangan teragak-agak utk membelinya..selamat membaca!

Khamis, 14 Januari 2010

Tahun Baru Azam Lama

Cakap fasal azam aku rasa saper2 ada 'target' tersendiri..tak kiralah azam baru ke azam lama ke yang penting biarlah ianya terlaksana..macam aku ni kira dalam TBAL la kot tp sepanjang tahun 2009 ada juga yang dah tercapai..alhamdulillah..amin!.Nak cakap bab azam pun dah dua minggu berlalu untuk awal minggu tahun 2010.Tapi kan...untuk 1st list aku sebenarnya nak kembali saving macam sebelum2 tahun ni..yelah gayanya sebelum ni ada kebocoran yang tidak disengajakan!! Hehe...pikir pasal duit memang tak habis..tapi tu lah keje dgn gomen gaji takat tu jugak..gaji tak naik satu hal,bonus nak dapat lebeh pun susah..tapi kan kita2 ni patut bersyukur bekerja @ dah ada jawatan tetap..yelah aku masih sedau diri lagi..dolu2 aku pernah rasa dari sebelum masuk U dan selepas keluar U..keje toksah peleh la wa cakap..hehe saja aku nak memerah kepala supaya pikir2 jap waktu2 gini..ntah la yer, bincang topik azam atau kerja??? gamaknya skop ni luas..dah dapat kerja tetap bersyukur,tapi bila tak dapat pun kena lagi bersyukur! Cuma sekarang ni tengah pikio cara nak membaiki kualiti hidup sebab aku pernah terbaca artikel org besar bursa saham KL, dalam satu2 keluarga tu kena ada satu perniagaan untuk 'backup' selepas bersara...emm ada betulnya kan..so mulai hari ni kita kena buat sesuatu perubahan tak kisahlah walaupun baru dalam perancangan..ok kan??

Isnin, 11 Januari 2010

Sepi Itu Indah...

Wau...salam..salam..dah lama aku tak jenguk ke 'diari maya' aku nih..betul bangat, sepi tu kan indah nian tapi tengok2 keadaan jugak..kesibukan masa menyebabkan aku tak dapat nak masukkan ape2 stori yg boleh dishare..(ada pakar bahasa mati aku,maap ya!)..dah 10 hari berlalu, tahun baru dah menjelma dan esok bakal mewarnai jalur-jalur kehidupan kita..pahit dan manis pasti tersurat..yg penting keazaman sentiasa ada tanpa menunggu di awal tahun! Penanda aras kena adalah org kualiti cakaplah..ok, berbalik pada kisah aku...akhir tahun lepas memang agak memenatkan sebab berpindah ke rumah baru..alhamdulillah walau pun apartment je tapi ni lah hasil titik peluh yg takat ni mampu kubeli utk dijadikan aset kelak..lega jangan cakap sebab aku dgn ajiz agak tutup mata sebelah nak keluarkan belanja semata-mata utk keselesaan kami di rumah Laman Suria!! Tapi dalam masa yg sama aku rasa bertuah dan syahdu jugak sb ajiz mampu buat kerja2 pertukangan yg dia tahu kat rumah kami tu..hahh nanti esok2 aku try download gambarnya yerk..agak dua bulan jugaklah aku menunggu renovation siap kat rumah aku tu..hasilnya sekarang sampai saat ni rasa letih lagi tp jauh sudut hati aku gembira dan teramat syukur sangat2..dalam masa yang sama jugak aku rasa tak sabar nak menanti penghujung bulan April ni,insyaAllah satu kelahiran yg dinanti-nantikan oleh aku, suami dan ahli keluarga yg lain..tak kisahlah bayi lelaki @ perempuan..tp dah 3 kali scan katanya girl..naluri aku lak katanya boy..tak kisahlah...janji sihat2 dlm kandungan!! kelengkapan bb blm beli lagi,nantilah satu masa yg indah nanti yer...korang2 yg ada pengalaman jd ibu @ bapa mesti teruja kan?? Gembira tak terkata tp dalam hati Allah saja yg tahu..