Sabtu, 16 Januari 2010

Ala-Ala Deko...







Hahhhh inilah hasil hiasan aku & husband..penat jangan cakap tapi bila dah pindah ke rumah baru letih pun rasanya hilang!!! InsyaAllah aku akan download part2 yang lain pulak..tunggu...

Jumaat, 15 Januari 2010

Rumahku Syurgaku..



Rasa2nya kata2 keramat ni dah berkurun kita dengar..yelah macam dah klise dalam kehidupan..kali ini aku paparkan dulu 'sign' utama nak entry ke pangsapuri aku..letaknya di Kajang Utama, Selangore(amacam ada macam Singapore tak?)..tapi yg latest pemaju MRCB katanya tak boleh letak 'Laman' sebab MPKj tak luluskan..ntah kenapa aku pun tak pasti..tp jwpn yg aku dengar2 ada lak kata tak der dalam kamus DBP..apa lah tanya aku lah lain kali..hehehe..tu lah kalau bahasa asing lain nak digunapakai tapi frasa dalam bahasa Melayu pun tak nak dikaji..jadilah sekarang Pangsapuri Suria/PS...kalau kita semua nak tahu PS pun asalnya daripada bahasa Sanskrit (bukan air limau sunquick yer)..seronok juga tengok gelagat org2 atasan menentukan nama sesuatu tempat atau bangunan kan?? Fikirkan...

Inilah Novel Kesayanganku!



Salam pagi Jumaat!! Bukan sengaja nak promosi Novel/majalah orang pagi2 nih cuma nak berkongsi minat dan rasa sahaja..yg latest aku terbeli buku yg berjudul Lentera Mustika..asal2nya aku baca dalam majalah Aniqah tp masa tu aku dah target habis sirinya mesti akan keluar kat market nih!! Betul gak...kat Warta aku terjumpa, kat UNIKEB pun terjumpa lagi last2 aku beli gak sebelum novel ni kehabisan! isinya sangat padat dengan bahasa2 sasteranya..bukan minah bunga ek tapi aku rasa LM ni telah mengangkat nilai budi kemelayuan dan jati diri bangsa melalui hasil garapan novelis Nisah Haron..mungkin kalau ada saper2 yg perhatikan kebanyakan penulis dari UKM emm mungkin dari IPT yg lain ada cuma tak berkembang kuntumannya..harga buku LM ni taklah mahal sangat tapi isinya dah boleh buat aku kenyang sekejap sebab mungkin aku suka plot dalam LM...yelah kisah pensyarah lewat 30 an yang berada dalam dunia pengajian Persuratan Melayu memperjuangkan pantun2 Melayu selain kisah cintanya yang bersemi tanpa terlalu diprovok cinta2 picisan bersama seorang duda yg berkerjaya dlm bidang undang2..endingnya aku melangkau jap tapi...ada yg menduga di akhir jln ceritanya..kisah dalam novel ni juga aku rasa menutup sebuah kisah yg boleh membuka mata seorang wanita! Kalau ada yg terjumpa novel ni jangan teragak-agak utk membelinya..selamat membaca!

Khamis, 14 Januari 2010

Tahun Baru Azam Lama

Cakap fasal azam aku rasa saper2 ada 'target' tersendiri..tak kiralah azam baru ke azam lama ke yang penting biarlah ianya terlaksana..macam aku ni kira dalam TBAL la kot tp sepanjang tahun 2009 ada juga yang dah tercapai..alhamdulillah..amin!.Nak cakap bab azam pun dah dua minggu berlalu untuk awal minggu tahun 2010.Tapi kan...untuk 1st list aku sebenarnya nak kembali saving macam sebelum2 tahun ni..yelah gayanya sebelum ni ada kebocoran yang tidak disengajakan!! Hehe...pikir pasal duit memang tak habis..tapi tu lah keje dgn gomen gaji takat tu jugak..gaji tak naik satu hal,bonus nak dapat lebeh pun susah..tapi kan kita2 ni patut bersyukur bekerja @ dah ada jawatan tetap..yelah aku masih sedau diri lagi..dolu2 aku pernah rasa dari sebelum masuk U dan selepas keluar U..keje toksah peleh la wa cakap..hehe saja aku nak memerah kepala supaya pikir2 jap waktu2 gini..ntah la yer, bincang topik azam atau kerja??? gamaknya skop ni luas..dah dapat kerja tetap bersyukur,tapi bila tak dapat pun kena lagi bersyukur! Cuma sekarang ni tengah pikio cara nak membaiki kualiti hidup sebab aku pernah terbaca artikel org besar bursa saham KL, dalam satu2 keluarga tu kena ada satu perniagaan untuk 'backup' selepas bersara...emm ada betulnya kan..so mulai hari ni kita kena buat sesuatu perubahan tak kisahlah walaupun baru dalam perancangan..ok kan??

Isnin, 11 Januari 2010

Sepi Itu Indah...

Wau...salam..salam..dah lama aku tak jenguk ke 'diari maya' aku nih..betul bangat, sepi tu kan indah nian tapi tengok2 keadaan jugak..kesibukan masa menyebabkan aku tak dapat nak masukkan ape2 stori yg boleh dishare..(ada pakar bahasa mati aku,maap ya!)..dah 10 hari berlalu, tahun baru dah menjelma dan esok bakal mewarnai jalur-jalur kehidupan kita..pahit dan manis pasti tersurat..yg penting keazaman sentiasa ada tanpa menunggu di awal tahun! Penanda aras kena adalah org kualiti cakaplah..ok, berbalik pada kisah aku...akhir tahun lepas memang agak memenatkan sebab berpindah ke rumah baru..alhamdulillah walau pun apartment je tapi ni lah hasil titik peluh yg takat ni mampu kubeli utk dijadikan aset kelak..lega jangan cakap sebab aku dgn ajiz agak tutup mata sebelah nak keluarkan belanja semata-mata utk keselesaan kami di rumah Laman Suria!! Tapi dalam masa yg sama aku rasa bertuah dan syahdu jugak sb ajiz mampu buat kerja2 pertukangan yg dia tahu kat rumah kami tu..hahh nanti esok2 aku try download gambarnya yerk..agak dua bulan jugaklah aku menunggu renovation siap kat rumah aku tu..hasilnya sekarang sampai saat ni rasa letih lagi tp jauh sudut hati aku gembira dan teramat syukur sangat2..dalam masa yang sama jugak aku rasa tak sabar nak menanti penghujung bulan April ni,insyaAllah satu kelahiran yg dinanti-nantikan oleh aku, suami dan ahli keluarga yg lain..tak kisahlah bayi lelaki @ perempuan..tp dah 3 kali scan katanya girl..naluri aku lak katanya boy..tak kisahlah...janji sihat2 dlm kandungan!! kelengkapan bb blm beli lagi,nantilah satu masa yg indah nanti yer...korang2 yg ada pengalaman jd ibu @ bapa mesti teruja kan?? Gembira tak terkata tp dalam hati Allah saja yg tahu..