Jumaat, 15 Januari 2010

Inilah Novel Kesayanganku!



Salam pagi Jumaat!! Bukan sengaja nak promosi Novel/majalah orang pagi2 nih cuma nak berkongsi minat dan rasa sahaja..yg latest aku terbeli buku yg berjudul Lentera Mustika..asal2nya aku baca dalam majalah Aniqah tp masa tu aku dah target habis sirinya mesti akan keluar kat market nih!! Betul gak...kat Warta aku terjumpa, kat UNIKEB pun terjumpa lagi last2 aku beli gak sebelum novel ni kehabisan! isinya sangat padat dengan bahasa2 sasteranya..bukan minah bunga ek tapi aku rasa LM ni telah mengangkat nilai budi kemelayuan dan jati diri bangsa melalui hasil garapan novelis Nisah Haron..mungkin kalau ada saper2 yg perhatikan kebanyakan penulis dari UKM emm mungkin dari IPT yg lain ada cuma tak berkembang kuntumannya..harga buku LM ni taklah mahal sangat tapi isinya dah boleh buat aku kenyang sekejap sebab mungkin aku suka plot dalam LM...yelah kisah pensyarah lewat 30 an yang berada dalam dunia pengajian Persuratan Melayu memperjuangkan pantun2 Melayu selain kisah cintanya yang bersemi tanpa terlalu diprovok cinta2 picisan bersama seorang duda yg berkerjaya dlm bidang undang2..endingnya aku melangkau jap tapi...ada yg menduga di akhir jln ceritanya..kisah dalam novel ni juga aku rasa menutup sebuah kisah yg boleh membuka mata seorang wanita! Kalau ada yg terjumpa novel ni jangan teragak-agak utk membelinya..selamat membaca!

2 ulasan:

Nisah Haji Haron berkata...

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi memberi komen pada LM. Semoga Allah terus memberkati hidup sdr, insya-Allah.

Mama Rocky! berkata...

Salam..huhu..bacanya dah beberapa kali, baru sekarang nak 'balas' ulasan..terima kasih juga menyediakan novel yang bernas..masih ada yang sudi membacanya! Selamat berkarya saudari!