Khamis, 29 April 2010

Wajah Putri Hamba





Inilah dia..Ainur Sakinah bte Mohamad Aziz

Kelahiran yang Dinantikan..




Dah lama jugak aku meninggalkan tulisanku di laman blog ni.Bukannya aper..aku sekarang cuti bersalin dan kini menghabiskan masa-masa berharga dengan anak yang baru kulahirkan..alhamdulillah walaupun secara csr namun berkat kuasa yang Maha Esa aku dapat melihat wajah puteri yang kunanti-nantikan..tarikh 2 April 2010 jam 1337 adalah tarikh dan waktu yang keramat kerana aku sendiri tak terjangka dek pemikiran manusia biasa yang aku ditolak ke labour room,kiranya emergency OP pada masa tu..jangkaan atau rancangan doktor aku OP pada 12 April tapi disebabkan bb aku nak kuar sangat maka terjadilah insiden yang membuatkan perut aku betul2 sakit pada jam 0950 pagi..takut,tertanya-tanya apakah aku akan bersalin juga pada saat itu? Aku dah tak kisah agaknya sebab aku kena 'tahan wad' sejak 16 Mac 2010 atas sebab masalah placenta previa type II..aku bersyukur sebab banyak hikmah dan pengajaran disebalik penahanan aku tu..lari dari dunia yang penuh kekalutan baik tempat kerja(tapi aku sempat bereskan kerja2 hampir 90% sebelum dpt tahu admitted)mahupun di rumah..tapi dalam masa yang sama aku kesian jugak pada suami dan famili aku yang terpaksa berulang alik jenguk aku kat hospital hampir 3 minggu!! Kini semuanya tinggal monumen yang terindah untuk aku kenang di saat-saat aku bersendirian,kini.