Khamis, 27 Mei 2010

Cuti Yang Panjang




Nampaknya tak lama lagi aku akan memulakan semula tugas-tugasku di JKSP setelah dua bulan bercuti (hehe sebenarnya dua bulan 20 hari).Rasa beratnya hati pun ada sebab mental aku macam belum bersedia meninggalkan Ainur Sakinahku selama 8 jam kelak.Aku cuba utk mengumpul susu perahan tapi aku tetap serahkan pada AS sebab dia minum macam tak puas2..hehe kelakar pun ada, frust pun ada..tak sempat mama nak kumpul buat stok cayang......namun aku tetap bersyukur sebab setiap minit dan saat aku tak pernah berenggang dengan AS buat masa ni. Seboleh-boleh aku bagi susu ibu sebab aku yakin inilah makanan terbaik untuknya kecuali kalau dia dah macam kemaruk sangat nak susu formula barulah aku bagi tapi secara psikologi memang aku kadang2 tertipu bila kadang2 aku rasa susu badan dah kehabisan! Dalam masa yang sama aku tak lepaskan cuti 'berehat' ni untuk aku studi tentang breastfeeding,baca majalah Pa&Ma dll..aku pun tak sangka baru2 ni jiran depan rumahku ada berkunjung dan aku secara tak langsung menerima ceramah percuma (kakaknya doktor O&G di Hospital Sri Manjung, Perak) yg cukup aku hargai ttg kebaikan susu ibu..syukran2...apapun selagi ada daya aku akan bagi yang terbaik utk puteriku..insyaAllah..namun jauh di sudut sanubariku tetap bertunas kebimbangan ttg penyusuan utk anakku sekiranya aku kembali bekerja kelak...tunggu dan lihat...