Jumaat, 16 Julai 2010

USM Dalam Kenangan..


7.8.2010 ni genap enam tahun aku meninggalkan bumi Minden tercinta! Kenangan terindah di bukit HEP,bergambar tak tentu masa..ada-ada sahaja gambar yang nak diambil..cakaplah kat mana-mana..sg dua,gambir,tasik aman,hilton,gerai makan kat pusat racun,kafe fajar bakti yang glamour,rumah tamu..arghh semuanya indah tersusun dalam kotak fikiranku..tahun 2004 aku dikurniakan dalam majlis graduasi,cukup terindah dan kebanggaanku..emm satu rekod peribadiku yang paling baik sepanjang ku melalui kehidupan yang sering rasa pahit dan tawar!

Tiga tahun makan dan minum ayaq penang membuatkan aku tak pernah lupa pada bangunan Komtar,Lebuh Chulia,Padang Kota,Shopping Kompleks Bukit Jambul(go student USM,tempat jln2 hehe..),Sunshine,Gurney,Roadwalk,Bukit Bendera..ish ish tak terkata..nak dikenang-kenang makin menggigit rindu di tangkai hati nih..niat di hati nak kembali tapi sebagai seorang pengembara tapi apakan daya masa merantai aktiviti rutinku sekarang..USM tunggu aku di sana!!!!!!!!!!!

(Nota Diari : Bilalah Nak Sambung Buat Master??)

Khamis, 15 Julai 2010

Melangkah Ke Alam Baru...


Sebelum aku teruskan kata2 adalah lebih baik aku ucapkan tahniah dahulu kepada sahabat yang aku sayang, Pn Bahiyah Tuah yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya..Tahniah,semoga kekal sehingga ke hujung nyawa! Walaupun Bai (panggilan manja kak Bai)lebih tua daripada aku sedikit tapi aku tak rasa pun macam tu sebab kitaorang akan kongsi apa sahaja tentang kehidupan..maksudku sebelum aku dan kak bai berkahwin,kami tinggal serumah dan banyak perkara kita buat bersama; jalan2,tengok wayang,shopping,basuh kereta sama2,makan2 sampai lewat pagi..perhhh memang best alam anak dara yu..almaklum ler dulu2 single tak ada sapa nak kongkong..tapi pada pendapat aku, kak Bai memang lawa,pandai cuma lewat sikit jodoh nak tiba..yang tu pun aku kongsi pendapat dengannya.Walaupun jodohku sampai dulu daripada Bai tapi aku still ambil tahu perkembangannya..aku happy sangat2 bila dengar cerita kak Bai jumpa Mr Right dalam hidup dia.Yang best tu percintaannya berputik di negara Tembok Besar China!! Orang bujang memang langkahnya panjang..aku tahu benar sangat dengan hobi kak bai,suka melancong..setiap kali dia pergi cuti kat oversea,pasti dia tinggalkan mesej untuk aku supaya rajin2 lah tgk kat blog dia sebab dia dah masukkan catatan perjalanan dia!! Emm berkat kesabarannya dalam menanti jejaka pujaan akhirnya Allah menentukan perjalanan hidupnya tanpa disangka-sangka..Tak salah aku Mr Right kak Bai tu pun bercuti gak tp dah mata berkenan,lalu turun ke hati...jeng jeng jeng...hah kak Bai..memang indah andai dikenang..sekarang akak pun dah jadi milik orang..jaga perkahwinanmu seperti mana dirimu menjaga diri sendiri,rumah dan kereta..hehehe..saya mendoakan semoga persahabatan kita juga kekal selama mungkin..Amin.

Jumaat, 9 Julai 2010

Bila Nak Kaya?


Semua orang nak kaya..tanyalah pada orang yang susah,mesti mereka pun nak kaya..tapi dalam zaman sekarang nak2 duduk kat high-land jawapnya memang high-cost la bajet..aku sebenarnya tak adalah bercita-cita nak kaya tapi aku menyimpan hasrat nak berkarya secara serius..mungkin kat sini tempat aku luahkan apa yang terpendam selama ini. Hasil2 karya semua dah ada cuma aku nak cari somebody yg boleh publish jer karya aku..yelah karya aku pun bukan jenis yg macam sasterawan negara buat..biasa2 sajer sebab selama ni aku hanya hantar karya kat Majalah Mingguan WANITA, Berita Mingguan dan UTUSAN saja..aku buat semua ni atas sebab minat sangat2 dan mengisi waktu aktiviti rutinku..ertinya setiap hari aku berkarya (sajak) tapi lepas tuh aku simpan jer..soal rezeki aku berserah saja kepadaNya.Amin...

Luahan lagi..



Wau Wau Wau semakin hari kesibukan pasti mengelilingi rutin tugasku.Kerja semakin menimbun,sampai kadang-kadang dah macam tak ada waktu rehat untuk aku..permohonan semakin banyak.Kerja kat kebajikan macam ni lah gayanya..lambat proses nanti lambatlah jugak dapat jawapannya.Cuma hari ni aku rasa ada ketenangan sikit sebab aku nak cari sebab sendiri.Time rehat kenalah rehat....tapi mustahil aku nak refuse segalanya sebab time berehat macam ni ada jer benda aku nak buat..aku fikir Buletin lagi..boss aku dah nak bahannya..mujurlah separuh berita aku dah buat...part grafik jer yang jadi problem aku sekarang..AJK grafik ada tapi tak gerak2 sebab nak di push sajer..alangkah bagus kalau aku mampu buat semua..adakah aku ni menyusahkan orang dalam opis aku nih?? tapi aku tak sampai hati sebab tak nak lah kaup mata dlm PTK - PKB..ohh tolonglah faham...dalam situasi begini aku betul2 dlm dilema.... :(