Khamis, 15 Julai 2010

Melangkah Ke Alam Baru...


Sebelum aku teruskan kata2 adalah lebih baik aku ucapkan tahniah dahulu kepada sahabat yang aku sayang, Pn Bahiyah Tuah yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya..Tahniah,semoga kekal sehingga ke hujung nyawa! Walaupun Bai (panggilan manja kak Bai)lebih tua daripada aku sedikit tapi aku tak rasa pun macam tu sebab kitaorang akan kongsi apa sahaja tentang kehidupan..maksudku sebelum aku dan kak bai berkahwin,kami tinggal serumah dan banyak perkara kita buat bersama; jalan2,tengok wayang,shopping,basuh kereta sama2,makan2 sampai lewat pagi..perhhh memang best alam anak dara yu..almaklum ler dulu2 single tak ada sapa nak kongkong..tapi pada pendapat aku, kak Bai memang lawa,pandai cuma lewat sikit jodoh nak tiba..yang tu pun aku kongsi pendapat dengannya.Walaupun jodohku sampai dulu daripada Bai tapi aku still ambil tahu perkembangannya..aku happy sangat2 bila dengar cerita kak Bai jumpa Mr Right dalam hidup dia.Yang best tu percintaannya berputik di negara Tembok Besar China!! Orang bujang memang langkahnya panjang..aku tahu benar sangat dengan hobi kak bai,suka melancong..setiap kali dia pergi cuti kat oversea,pasti dia tinggalkan mesej untuk aku supaya rajin2 lah tgk kat blog dia sebab dia dah masukkan catatan perjalanan dia!! Emm berkat kesabarannya dalam menanti jejaka pujaan akhirnya Allah menentukan perjalanan hidupnya tanpa disangka-sangka..Tak salah aku Mr Right kak Bai tu pun bercuti gak tp dah mata berkenan,lalu turun ke hati...jeng jeng jeng...hah kak Bai..memang indah andai dikenang..sekarang akak pun dah jadi milik orang..jaga perkahwinanmu seperti mana dirimu menjaga diri sendiri,rumah dan kereta..hehehe..saya mendoakan semoga persahabatan kita juga kekal selama mungkin..Amin.

Tiada ulasan: