Jumaat, 14 Januari 2011

Sembang Sastera



Lewat musim yang lalu, aku kira dah banyak suara-suara bisu di dada akhbar, media elektronik ; menghentam karya AH-INTERLOK!. Sat tadi aku singgah jap kat blog Puan Nisah (lect.UKM ; penulis muda tersohor), pun turut membangkitkan isu ni..aku sangat2 setuju dengan bual bicara mereka nih..yup aku pun rasa ada tangan-tangan ghaib yang cuba menghentam karya2 tempatan & sengaja mempolitikkan berkenaan perkauman dalam novel tuh..apa kes ni..banyak lagi yang boleh diperdebatkan,kenapa isu yang tak relevan nak dibising-bising..maaf cakaplah...orang2 yg kalut supaya jgn dijadikan teks bacaan sekolah tu sebenarnya dia ada 'masuk' ke zaman Form Six beb?? Bukan aku nak cakap besarlah..aku cakap nih sebab aku menduduki Tingkatan 6 la sampai habis dan berjaya dapat 4 Prinsipal (lulus penuh dlm subjek Kesusasteraan Melayu, Bhs Melayu, Pengajian Am & Sejarah)..Tahu tak...betapa kami2 yang menduduki Form Six ni utk subjek KM bukan sahaja kena baca dan kaji satu teks sahaja tapi kena ambik taw juga novel-novel dan cerpen-cerpen penulis-penulis lain..bahkan genre lain pun kena ambil berat ma! Nak berjaya, mana boleh senang ma! Kata orang tak kenal maka tak cinta!! Pokoknya aku merasakan orang yang cepat melatah ni supaya novel INTERLOK 'dihapuskan' adalah org yg paling cetek ilmunya..mungkin dia 'pandai' dalam bidang yg sebahagiannya sahaja..apapun jangan dijolok sarang tebuan beb..dangerezzz...

Isnin, 10 Januari 2011

Angan-Angan Sebelum Bersara





Wau...bunyi ni agak dasat..apa taknya 2035 masa tuh baru aku di ambang pencen..InsyaAllah kalau umur aku masa tuh panjang..cakap pasal bersara, emm macam2 yg terlintas dalam kotak fikiran aku nih..baru2 ni aku ada terbaca dalam artikel akhbar (ntah tahun bila &  telah pun dibuat alas laci kabinet dapur..huhu).Tajuk macam mengingatkan mereka yang kadang2 terlalai..ok..disebabkan ni sedikit ilmu dan pengetahuan,meh kita kongsi bersama tentang "tip merancang persaraan;bersediakah kita?"

a) Menjalankan perniagaan kecil-kecilan (makanan/minuman)
b) Menghasilkan buku motivasi
c) Menjalankan perniagaan daripada rumah
- Mencipta cerpen/puisi/novel
- Membuat seni kraftangan/cottage
d) Menjalankan pertanian di kampung
e) Membuka pusat mini tuisyen/kelas mengaji/membaca Muqaddam
f) Menjalankan perniagaan/perusahaan dobi
g) Membuka perusahaan 'car wash' mesra pelanggan dan alam
h) Menjalankan perniagaan kedai pastri
i) Mengusahakan perniagaan andaman
j) Mengumpulkan barang2 terpakai (tin/akhbar lama/buku2 terbuang dll)

Ini antara 10 tip merancang apakah aktiviti yang ingin kita jalankan semasa bersara kelak..aku rasa tak salah kita merancang namun dalam masa yang sama eloklah kita perkemaskan persiapan kita dengan menghadiri mana2 kursus bersesuaian dengan aktiviti yg kita minat..selamat mencuba!

Jumaat, 7 Januari 2011

Lima Bulan Berlalu..








Sepi dan kosong lima bulan kebelakangan ini. Mungkin kesibukan waktu bekerja menyebabkan aku tak dapat nak coretkan sesuatu di sini. Ada perkembangan yang mengejutkan! Aku disahkan mengandung kali kedua dan sekarang kandungan aku pun kebetulan nak masuk lima bulan. Due pun insyaAllah bulan Mei..hai main angka lima la pulak..yup aku pun lahir dalam bulan Mei..Inilah rezeki yang Allah nak bagi pada aku agaknya..walaupun hati aku sedih sebab Sakinah semakin membesar,belum setahun dah dapat tahu nak dapat adik..uiskk sebak juga diawal-awal masa tahu aku ngandung..aku terima seadanya bayi yang aku kandung sekarang,insyaAllah kasih sayang aku pada mereka berdua tak akan berbelah!

Tapi aku kekadang tak larat nak 'lawan' keganasan Sakinah yang semakin mengganazz..haha mama tahulah Kina lahir tahun Harimau..mak ai..garang sungguh anak dara aku tu..tapi dia memang mendengar kata bila dah kena marah dengan aku ni..minta2lah Sakinah dapat terima adiknya nanti,bermain dan belajar sama2..huhu..so sekarang aku menghitung hari lagi seperti tahun lepas.

Dulu aku mungkin agak 'blur' dari segi persiapan macam2 mak segilah..haha aku akan kenang sampai bila2 kenangan nan satu ini..semasa aku lahirkan Sakinah, banyak2 persiapan cuma benda alah ni lah yg kami tidak (terlupa kot) sediakan/beli.Masa tu anakku dimasukkan ke NICU sebab ada masalah pneumonia..keesokan pagi tu aku gagahkan diri dengan menyuruh adik aku menolak kerusi roda sebab nak tengok Sakinah..tiba je kat wad seorang misi ni tanya aku: " ada bawa pampers anak tak mak?'' aku ni terdiamlah 1000 bahasa..dalam hati aku, haahlah.....kenapa aku boleh terlupa ek? uppss lupa misi, maaf yg mampu aku ucapkan. Kina pakai pampers wad, besar pulak tu...huhuhu kelakarnya mama masa tu...benda lain boleh tahan ingat lagi sayang..insyaAllah lepas ni mama akan ingat sayang!!