Jumaat, 7 Januari 2011

Lima Bulan Berlalu..








Sepi dan kosong lima bulan kebelakangan ini. Mungkin kesibukan waktu bekerja menyebabkan aku tak dapat nak coretkan sesuatu di sini. Ada perkembangan yang mengejutkan! Aku disahkan mengandung kali kedua dan sekarang kandungan aku pun kebetulan nak masuk lima bulan. Due pun insyaAllah bulan Mei..hai main angka lima la pulak..yup aku pun lahir dalam bulan Mei..Inilah rezeki yang Allah nak bagi pada aku agaknya..walaupun hati aku sedih sebab Sakinah semakin membesar,belum setahun dah dapat tahu nak dapat adik..uiskk sebak juga diawal-awal masa tahu aku ngandung..aku terima seadanya bayi yang aku kandung sekarang,insyaAllah kasih sayang aku pada mereka berdua tak akan berbelah!

Tapi aku kekadang tak larat nak 'lawan' keganasan Sakinah yang semakin mengganazz..haha mama tahulah Kina lahir tahun Harimau..mak ai..garang sungguh anak dara aku tu..tapi dia memang mendengar kata bila dah kena marah dengan aku ni..minta2lah Sakinah dapat terima adiknya nanti,bermain dan belajar sama2..huhu..so sekarang aku menghitung hari lagi seperti tahun lepas.

Dulu aku mungkin agak 'blur' dari segi persiapan macam2 mak segilah..haha aku akan kenang sampai bila2 kenangan nan satu ini..semasa aku lahirkan Sakinah, banyak2 persiapan cuma benda alah ni lah yg kami tidak (terlupa kot) sediakan/beli.Masa tu anakku dimasukkan ke NICU sebab ada masalah pneumonia..keesokan pagi tu aku gagahkan diri dengan menyuruh adik aku menolak kerusi roda sebab nak tengok Sakinah..tiba je kat wad seorang misi ni tanya aku: " ada bawa pampers anak tak mak?'' aku ni terdiamlah 1000 bahasa..dalam hati aku, haahlah.....kenapa aku boleh terlupa ek? uppss lupa misi, maaf yg mampu aku ucapkan. Kina pakai pampers wad, besar pulak tu...huhuhu kelakarnya mama masa tu...benda lain boleh tahan ingat lagi sayang..insyaAllah lepas ni mama akan ingat sayang!!

Tiada ulasan: