Jumaat, 14 Januari 2011

Sembang Sastera



Lewat musim yang lalu, aku kira dah banyak suara-suara bisu di dada akhbar, media elektronik ; menghentam karya AH-INTERLOK!. Sat tadi aku singgah jap kat blog Puan Nisah (lect.UKM ; penulis muda tersohor), pun turut membangkitkan isu ni..aku sangat2 setuju dengan bual bicara mereka nih..yup aku pun rasa ada tangan-tangan ghaib yang cuba menghentam karya2 tempatan & sengaja mempolitikkan berkenaan perkauman dalam novel tuh..apa kes ni..banyak lagi yang boleh diperdebatkan,kenapa isu yang tak relevan nak dibising-bising..maaf cakaplah...orang2 yg kalut supaya jgn dijadikan teks bacaan sekolah tu sebenarnya dia ada 'masuk' ke zaman Form Six beb?? Bukan aku nak cakap besarlah..aku cakap nih sebab aku menduduki Tingkatan 6 la sampai habis dan berjaya dapat 4 Prinsipal (lulus penuh dlm subjek Kesusasteraan Melayu, Bhs Melayu, Pengajian Am & Sejarah)..Tahu tak...betapa kami2 yang menduduki Form Six ni utk subjek KM bukan sahaja kena baca dan kaji satu teks sahaja tapi kena ambik taw juga novel-novel dan cerpen-cerpen penulis-penulis lain..bahkan genre lain pun kena ambil berat ma! Nak berjaya, mana boleh senang ma! Kata orang tak kenal maka tak cinta!! Pokoknya aku merasakan orang yang cepat melatah ni supaya novel INTERLOK 'dihapuskan' adalah org yg paling cetek ilmunya..mungkin dia 'pandai' dalam bidang yg sebahagiannya sahaja..apapun jangan dijolok sarang tebuan beb..dangerezzz...

Tiada ulasan: