Ahad, 30 Disember 2012

Shila Amzah Naik Pelamin!



mau berdenyut kepala dapat bergaya sebelah si 'Shila Amzah' semalam kaw...hewhewhew..aharksss inilah dia, adik sepupuku yang boleh dikatakan sejibik ala-ala shila tekno..sedari dari kecik sampailah saat nak dinikahkan mukanya asek menyengih jer..kalau masam atau marah pun stay cute gitew..apapun yang mama bebel, tetap MR ucapkan selamat pengantin baru dan semoga Zatul 'Iffah dan Fendi berbahagia dan sejahtera melayari alam rumah tangga..tapi mama nampak kazenku itu agak control ayu gitew semalam, ke cuba menjadi lebih dewasa dari sekarang! aharksssss..sikap keanakannya ada, lagipun dia anak tunggal..emmm biasalah..

sekali lagi, Selamat Pengantin Baru Iffah!

Khamis, 27 Disember 2012

sepetang di permaisuri



inilah pic yang selamat mama ambik semasa berada di tasik permaisuri. huuuu dengan cuaca yang agak mendung buat mood mama pun terasa sore gitew..
wooo sirap darah mama sebabnya toleh kanan dan kiri dak cerap tak ada..kita sibuk dok arah akaknya berpossing, dak cerap lak main nyorok kat bangku duduk..kang aku bagi pang lah kalau hilang tak niaya dibuatnya. fuhhhh sabau jer hati bawak bebudak ni jalan. yelah masa cuti macam nilah mamanya nak bersama..huk huk huk
letih dan puas tengok panorama petang, mama terus entry dalam blog kesayangan mama nih..kifs ni pun macam tak boleh tenteram lagi fizikal dan mentalnya..ada jer buat mama dia menjerit! geramnya............

Rabu, 26 Disember 2012

Akhirnya...



23 Disember 2012, satu catatan yang amat bersejarah bagi diriku..mana taknya, MR berurusan selama 12 hari sahaja untuk dapatkan swift..mak ai, tak tidur malam MR dibuatnya. ini yang dikatakan, bercinta dengan  yang lain, bertunang dengan yang lain lak dan lebih parah berkahwin dengan yang lain lagi pulak tuh. hu hu

dulu cakap macam berkenan kat preve, tapi mahaplah..sudden terminat kat kereta compaq lak..back to MyVilah..harapnya dapat bertahan macam toh puannya guna dahulu, 6 tahun ma!

apapun, cik hasben MR hanya tersenyum lebo..wooo duit gaji MR jugak yang bayau..yelah dia pun ada kereta yang perlu dilangsaikan jugak..yang pasti kedua-dua anakanda MR sangat bergembira bagai dapat berjalan lebih 24 jam dengan kereta baru bondanya! huah huah huah

syukur, harapnya ada rezeki lebih dan berpanjangan hendaknya selepas ini...ni nak jaga baik-baik, hati pun nak kena 'jaga' daripada anasir-anasir negatif..

apapun yang pasti, 2205 menjadi angka keramat dalam ledakan mendepani 2013! 



Kalau Aku Suri Rumah?


hujung tahun, makin sibuk namun diri ini akan memastikan jari-jemariku terus menari sambil hati meluah dan terus meluah di alam maya..bukan nak menyewelkan diri apatah lagi meroyan..huah huah..

kalau yang bekerja, sebelum 2013 nak pastikan PENCAPAIAN sepanjang 2012 diupgradekan dalam sistem majikan. almaklum, barulah dapat tengok hasilnya..woooo

tapi, hari ini 26 Disember 2012..mama tak hengin nak bebel pasal kerja di pejabat tapi mama nak berangan apa yang mama nak lakukan ANDAI jadi suri rumahtangga sepenuh masa!! apa akan BERLAKU dan TERJADI jika MR tak kerja?

Apa yang akan saya lakukan jika jadi suri rumahtangga sepenuh masa..

* bekerja dari rumahlah! 
bestnya...time ni segala cerpen dan nukilan akan segera disiapkan!!

* akan memastikan rumah langsung 'clear' tak dak habuk..hui hui hui..
setiap 1 jam akan kupastikan tiada habuk di dalam rumah. wooo

* belajar memasak dan terus belajar!
boring ar kalau lauk yang sama..al-maklum kita ni bekerja. tunggu hujung minggu baru nak masak..tapi tak tentu jugak sebab hari bekerja pun kena masak!! sobsobsob...penat  mak nyah...

* 2 kali dalam sebulan akan memanjakan diri di SPA atau lakukan facial muka
ceh ceh ceh..no komen

* akan 'cipta' tumbuhan hidroponik kat belakang rumah
selain dapat menjimatkan wang saku, dapatlah juga beriadah sekeluarga..

* drive thru ke masjid atau ke perpustakaan bersama my kids!
2 tempat ni saat bermanfaat kepada diriku sebab bebudak nih boleh melepak sesama dengan mak dia...tidaklah memerap kat rumah, sekurang-kurangnya dapat hilangkan boring..

*


*


*


apa lagi arrrrrrrrrrrrrrrrrr

Isnin, 24 Disember 2012

Dajalnya Facebook

orang kata, pasal mulut santan binasa
pasal FB punyal hal hubungan jadi kecoh..boleh jadi cerai berai..tapi bukan pada diriku lah..simpang kawww

insiden ni, memang terjadi pada diriku..
nak buat macam mana, kalau dah TERLUPA nak log out jawabnya daripada tak berlaku, nak berlaku jugak..kecoh betul (mungkinlah kot)..

mujur encek suami tak berFB mungkin sebab dia pun ada alasan terbaik kenapa tak aktifkan akaunnya semula..faham benar dengan perangainya dan apatah lagi dengan kerjanya..terlalu tipis untuk on FB..wooo..wajar dicontohi..hihi

apalah erti 'unfriend'? terasa ke kau? nak buat macam mana? dah komputer aku kena hackers, jo on dah meniarap masuk bilik ni wei!!!!

sebab FB kita nak terasa atau sensitif..tak apalah..sama ada kita 'like' ke, 'tag' orang jadi sahabat kita ke..terpulanglah sama ada kita menerima atau diterima..yang pasti sejak beberapa bulan yang lalu MR tak setegar macam dulu-dulu on berwalking FB..cukuplah saluran dalam blog ni..he he..

cuma itulah...tergerak nak on, late friday..my list friend why short ar??? why? why?

sesiapa yang di luar sana, terimalah hakikat..FB ni hasil permainan tangan yahudi..ada pro dan kontra kalau kita memandang sudut ukhuwah atau hubungan silaturahim..buruk kita lakukan padanya, buruklah hasil yang kita dapat. contohnya, kekasih lama pun boleh cari semula dalam FB..pastu terbit rasa hati untuk saling hubungi, kendian timbul lak rasa ingin mencintai dan dicintai semula..kan tak haru biru institusi rumahtangga! contohlah.....

takpalah, kalau tak friend dalam maya secara realiti kita semua boleh keep in touch, terpulang! mama tak kisah.....

Nota Diari : Menulis lebih baik, hilang tension!!

Jumaat, 21 Disember 2012

Lagi Stori Sanggar Kerja JKSP 2012


sempat berpossing semasa perlawanan bowling..


hanya mampu di tempat ke-5 sahaja..apapun MR tak sangka!
tak reti main pun sebab kaki bangku..dah bekerja baru nak berjinak-jinak..ha ha..


lagi interframe..


iron-iron lady JKSP PPUKM beraksi di sanggar kerja..caiyok...

Wall Wisher Untuk U oL

memandangkan hari ni hari yang penuh mulia, saya nak mencurahkan beberapa kad motivasi kepada sesiapa yang terajin menjenguk blog saya ni..saya ni taklah pandai berkata-kata tapi suka berkongsi apa yang saya jumpa dalam blog kawan-kawan yang lain..sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi bersama!

Jom Tengok


*
*
*






Khamis, 20 Disember 2012

Future Studi Or Preg?

Penghujung hari waktu bekerja, untuk hari Khamis ni..serasa macam satu semangat memanggil! masih dalam vakum normal ketika ini..

impian manusia tak pernah berakhir..cita-cita sang pemburu tak pernah padam..begitulah ibaratnya daku..harapnya sebelum usia 35 tahun dapatlah seluruh jasad ini menjejakkan sekali lagi ke menara gading dan menyarungkan jubah graduan, insyaAllah..entahlah, dunia akademik serasa begitu dekat di hati sekarang..yup mungkin doa mak pernah terukir ; sangkanya yang MR ni bekerja sebagai pensyarah satu masa kelak..woooo

namun, dilema juga menyelubungi diri..35 tahun merupakan satu usia yang kira agak 'matang'..MR punyai seorang sahabat, Puan Azah..bercita-cita dan berharapan yang sama untuk memiliki anak yang ketiga (wuhihi..) sebelum usia 37 tahun!!! 

Jadinya..antara akademik dan anak, wajarkah diseiringkan dalam tuntutan kehidupan sekarang? Kalau betul rezeki dan seru MR sambung belajar 2 tahun lagi (kalau tiada 'saingan' di jabatan..he he) pastinya sibuk dengan kuliah bagai..kalau buatnya terpregnennya masa tuh..adoyai..kena exten ler studi sebab kena berpantang! emmm..sabar-sabar..boleh difikirkan lagi..anak tak jadi masalah, belajar pun tak jadi hal..wooo

Mini Library




dulu masa MR kecik-kecik, sangat mengidamkan sebuah perpustakaan kecil di rumah..mungkin disebabkan arwah abah merupakan seorang guru, pastilah menimbun buku-buku kan...perpustakaan kecil atau orang putih cakap mini library ni tidaklah sebesar macam kat perpustakaan negara tuh hah..ni cukuplah memuatkan koleksi bagai yang ada di rumah..yelah daripada bertaburan di sana-sini kat rumah tuh, baik mungkin diwujudkan satu zon membaca...perghhh dah macam 5S lak..patut pun, aplikasikan di rumah..

tapi MR memang dah terdidik daripada kecik, pantang mak datuk tengok buku bersepah-sepah..kat rumah sekarang MR belum habis 'kemas' lagi sebab kami combinekan rak mini suami isteri (haha..sorang beli kat KL yang sorang lagi bawak dari Maran..)

jenis rak open ni memang menyakitkan mata..ikut sempat jer MR susun..macam librarian pulak setiap kali dak Cerap ambik buku yang sama rendah dengan ketinggiannya..apa yang ada dicapainya, kendian muncung  bebel, last sekali soyattttt...hahaha

tak kisahlah tengok gelagat bebudak nih..cuma seawal pagi tadi MR termenung songsorang kat bilik nih..masih mencari idea untuk menghilangkan kesakitan mata akibat susunannya yang masih membosankan MR..boleh ajer MR beli rak buku yang lebih besar dan berkaca atas tapi belum sampai seru lagi..bukan senang nak pilih rak buku ni..cerewet sudah ;(

Layan Crepe Durian Jap..


kat luar sana dah banyak mulut mengata tentang crepe ni..kat blog pun berebut-rebut para blogger mengulas dan mengongsi resipi ni..hebat memang terhebat..mencipta kelainan!

ni bukan MR yang buat tapi MR menempah kat Cik Azuni, rakan sekerja di sini..wau, boleh tahan rasanya..lebih sedap dan terasa keranggupannya berbanding kali pertama dulu MR beli dari Kajang..mana taknya, dua air tangan orang yang berbeza..belum lagi MR yang buat..wooo

so sambil layan kes, sambil mengunyah..jangan jeles ekkk ;)

Nota Diari : Masih rindu kuih koci..hi hi

Isnin, 17 Disember 2012

Detik Waktu Hari Ini..



kredit untuk diri sendiri kerana berjaya menginterframekan wajah sendiri sekali lagi!

dari minggu lepas, sentiasa membizikan diri dengan aktiviti-aktiviti peringkat jabatan mahupun peringkat hospital..mama suka..mama suka..hi hi 

hadir dalam konvensyen sebagai tanda sokongan kepada rakan staf di jabatan yang telah terpilih ke final dalam Konvensyen Amalan 5S..

tunggu ajelah keputusan petang nanti...semoga sejarah kembali berulang!

Sabtu, 15 Disember 2012

Berkampung di Negeriku!




alhamdulillah saya dan kawan-kawan seJKSP yang lain selamat tiba di bumi Melaka!
hari ni merupakan hari kedua kami di sini..tujuan kami datang ke sini adalah untuk bersanggar kerja ; melakukan penilaian semula dari segi pelbagai aspek yang menyentuh tentang kerja bagai..ada penambaikan untuk kebaikan mutu dan hala tuju  jabatan..woooo macam serius, tapi santai..

Rabu, 12 Disember 2012

Tak Salah Untuk Berbakti!



Hewhewhew..entri macam angkut bakul sendiri wehhh..lantaklah, anggap sabagai cabaran dan betullah, tak salah untuk berbakti kepada keluarga sendiri..masalahnya, dah memang salah MR sendiri letak parking kendiannya lupa nak ambik kupon letak kat dashboard kereta arwah ayah MR..huihuihui....

memang dah terfikir malam tadi, apa akan berlaku pada 12/12/2012????

tup-tup dapat panggilan daripada adik kat Melaka nun..katanya surat saman parking daripada MBPJ dah  tiba tadi!!! sakit siottttttt

MR tanyalah berapa? emmm tak banyak, katanya kompaun RM100 itu pun dah kurang daripada asal RM150..sabau ajelah..insiden 27/9/2012..yelah perot dah lapau, zupppp ambik parking kat berhampiran kedai mamak Jamal kat Kelana Jaya..ending, ambik kau...............tersentap jantung MR lepas makan, nak ke arah kereta dah terselit kat waiper, sehelai kertas putih yang agak panjang...faham dah.....dusshhhh...

jarang MR berputus asa...sekali lagi, doa apalah yang ada, segala mak doa MR baca..yakin keberkatannya..ALLAH dah janji! memang doa solat Dhuha yang MR terlebihkan baca!!!! tak apalah janji aku berdoa..kendiannya, MR terus on website MBPJ..cek status samanlah!!!!

eh eh eh..ada promo untuk pembayar kompaun parking ler..dalam surat RM100 tapi ada tawaran jadi RM90..TAPI disebabkan MR konpiden nak bayau hari ni jugak, MR pun log in ler dalam website dia orang..kawwww..bersyukur sesangat mak nyahhhhh

memang rezeki nyah...dari RM100 turun RM90, turun lagi jadi RM50!!!! ni lah berkat nak bantu ringankan beban sedarah sedaging aku tuh..walaupun adik MR cakap, tak apalah nanti aku yang bayau tapi MR cakap eh, apa lak..aku yang bawak akulah yang bertanggungjawab bayau!

SYUKUR ALHAMDULILLAH..tak salah untuk berbakti..

Nota Diari: Berhati-hati Cari Parkir..

Isnin, 10 Disember 2012

Unsangkarable



Sumber: Google
Pemandangan kekampungan di Magelang, Indonesia

Hidup ini so unsangkarable

*
*
*
Hari ini kita di atas
Esok lusa kita di bawah

*
*

Setiap apa ujian yang mendatang
harus terbuka dan berlapang dada mengharunginya

*
*
aku yang masih dalam mood antara sedih dan bangkit
*
*
Pujangga ada berkata :

"Orang yang berjaya bukan dilihat berapa banyak yang dia gagal, tetapi orang yang berjaya dilihat bagaimana dia berusaha untuk bangkit daripada kegagalan"

InsyaAllah, ALLAH sentiasa bersama dengan makhluk yang sentiasa mengingatinya..

*
*



Hidup Tak Indah Kalau Tiada Cabaran


memang tugasan di pejabat tak akan habis..sampai pencen, jadi balaci orang..bukan cengeng dengan orang atasan, tapi kalau ijazah berlambak kat dalam fail keras dan dinding rumah atau pejabat, mengarah orang dek hidup tak keruan jugak..bukan senang nak senang oi..

saja nak kaitkan 'nyanyi sunyi' dengan kehidupan 'panjang' MR sekarang..yup SEKARANG..apa hal SUNYI lak kan??

nama penulis novel ini, sempatlah kami berkenalan sekejap walaupun tak sampai setahun..kenal atas 'tugas rasmi' di bawah bumbung Munsyi Abdullah..lewat musim yang lalu, penuh bebunga sakura!

yup, MM yang 'bertugas rasmi', bukan MR..Maskiah yang MR kenal adalah seorang pendidik yang berjiwa sastera yang begitu tinggi..kalau bintang di langit boleh digapai, dah berkalung agaknya bintang-bintang tu kut kat tudung labuhnya..memang best sesangat saat-saat kowang berada dalam kelasnya. tak ngantuk, tak hangap. sayangnya MR tak kenal dengan lebih jauh lagi!

bukan nak mengulas kisah NS dalam entri kali..benar kata orang, kalau ko susah..taim tu ALLAH  tempat kita mengadu..memang kita solat 5 waktu sehari semalam..selain orang tua yang masih ada, dialah pulak tempat kita mengadu canda..

sedar tak sedar, kalau belajar degree dulu 3-4 tahun dah 'cukup' belajarlah..saat mencecah 'baru bekerja' hampir menginjak 8 tahun, cabaran dalam dunia pekerjaan MR rasa inilah saat kemuncak kesabaran MR dalam berdepan dengan 1001 SIKAP MANUSIA di sekeliling MR baik pesakit dan keluarga, rakan-rakan sekerja dan seangkatannya. 

ko senyumlah macam mana sekalipun, ko duduklah semeja makan minum sambil tergelak-gelak dan ko buatlah apa saja untuk mereka yang berada di sekeliling.......tapi sampai satu ketika, bila kau ditimpa ujian musibah..adakah mereka yang berada di sekeliling SEKARANG menolong dan sama-sama mengatasi masalahmu? 

jarang MR menulis kisah peribadi di pejabat terutama di ruang maya ini..teramat jarang! hanya stori happy dan yang 'duka' MR simpan kemas selagi belum terasa rimas!

hujung minggu, saat di penghujung maghrib terasa sayunya hati..hiba sungguh denyut nadi..masih bertelekung MR memegang tangan suami sendiri, mungkin meraih kekuatan dan semangat daripadanya. bukan nak 'menjual' kesedihan di SINI tapi MR hanya mampu lakukan dengan cara sebegini. siapa manusia yang mempertikaikan ibadah hamba ini yang masih camping dengan ketinggian ibadahnya sendiri? sekadar ingat-mengingati tidak apa, MR sedar! dek kerana hanya satu kes yang dah tiba penghujungnya, tiba-tiba MR disentap dengan arahan untuk 'menjawab' secara bertulis oleh timbalan pengarah di sini..wauuuu..sentap mak nyahhhh

setiap permulaan, ada pengakhirannya..kes yang agak berat dan telah pun mendapat pelbagai bantuan hasil daripada permohonan MR yang tidak seberapalah sangat dan kebanyakannya tidaklah membuatkan hati donor menangis sambil lap hingus yang meleleh kot..

kerja kebajikan memanglah tak memilih bulu atau dengan bahasa terhormat, tak memilih agama dan bangsa..kau kalau nak bercakap BERSYUKUR tak semestinya melayu sahaja yang reti bersyukur, bangsa lain pun tak kurang juga untuk mengucapkan kalimat suci itu..tapi kalau dah TERKENA nasib dapat kes bangsa non MALAY yang depan lain, ditambah lagi dengan campur tangan dan kaki anasir-anasir lain, kes yang kecil akan menjadi besar-besaran!

aku, dapat kes hari ini kalau boleh nak settle hari ini jugak! siapa terfikir dan siapa menduga kes yang diterima dapat pula bantuan penuh daripada pihak pemberi bantuan..tipulah MR cakap dapat hari yang sama, jangan fikir jahat pula. maksud MR dah lengkap dokumen dan lengkap laporan dari MR barulah MR hantar ke agensi bantuan. 

mungkin niat nak menolong pesakit mengatasi segalanya dan dalam masa yang sama memikirkan MR akan bercuti 3 bulan pada masa itu (2011)..dek kerana kasihan pada rakan sekerja yang lain, sedaya upaya MR siapkan segala permohonan baru! mudah kata, kejau masa selagi terdaya! orang yang kenal MR memang berbulu dengan kerja MR. kau lambat, aku tinggal..macam tu jugak dengan pembekal..kau fikir kau pembekal terkenal, rapat dengan pakar ke tapi bila aku mintak quot barang lambat makanya jangan harap MR nak tunggu tau! melambat kerja aku nyah....

uhhh kisah yang panjang, terus menjadi memori pahit untuk dipadam..bukan untuk diingati dan bukan pula mudah untuk terus dilupakan.. saat dan ketika ini, kau merasa diri sendiri tiba-tiba menjadi KESEORANGAN, sepi..kosong..benar cakap seorang rakan sepejabat aku ; jangan mendengar sebelah pihak..ya, hanya diri sendiri yang tahu cara kita bekerja! selama MR di sini, MR ligat dengan kerja yang MR suka malah memang kena dengan studi MR dulu di USM! 

buat kes, ada noted..bukan sekadar tulis 'case noted'..that's why panjang berjela dalam rakaman kes MR sebab cakap mulut lain, cakap di kertas lain! tambah-tambah MR memang jenis cepat pelupa selain nak mempraktis menulis agar kekreatifan menulis tidak tinggal begitu sahaja..cakap pasal MENDENGAR, sejak setahun yang lalu MR dihentam hebat baik ORANG DALAM PEJABAT sendiri mahupun pihak doktor pakar, MR sedaya upaya menahan takungan air mata agar tidak bah! 

sedar dalam tak sedar, dalam baik ada lawan..dalam lawan jangan jadi kawan terus! bersyukur kepada ALLAH sebab diberikan kesedaran agar tahu dan kenal manusia yang bukan dari sedarah sedaging keturunanku. bukan nak bermusuhan tapi kalau hidup KAU nak menilai belakang aku, serupa jangan tegur atau senyum dengan MR terus..

sedari setahun yang lalu pun tidak pula MR kompangkan doa berkurun agar kes terhangat ini diselesaikan cepat, ada pula yang minta agar MR tunaikan solat hajat. bukan ego atau meninggi diri..salah benar ke MR dalam hal ini? tak cukup pertikaikan doa dan ibadah kenapa disumpitkan pula dengan cara kerja MR di pejabat? memang MR rasa gelihati dan cengeng dengan statement verbal si polan yang mengatakan rakaman kes panjang melaut tapi dah terkena aduan tahu nak jawab macam mana? 

ini luahan, maaf ruangan dan blog MR..tak rasa pula selama ni hebat macam si Teja atau secantik primadona melayu dahulu kala..cukuplah..dek kerana berani, MR akan berdepan sendiri dengan COO kalau itu yang dimahu..dengan fail kes juga MR akan bawa..biarlah bersendirian..tanpa ditemani oleh atasan dan kanan serta kiri jabatan sendiri! sekali lagi, bukan ego tapi tiada siapa yang sudi bersuara menamatkan kes yang telah selesai menerima bantuan!

nyanyi sunyi menemani MR sekarang..sebelum menjelang 2013
satu kes yang panjang, penuh bergolak 
kenapa aku memilih pembekal BB, ya hanya aku yang tahu
jawapan aku sama, aku nak CEPAT kerana aku pekerja CEKAP (harus aku sedar, ini diri aku!)

Kesimpulan:

setelah 'selesai' urusan bapa/waris pesakit termasuk sikap degil/keras kepala pembekal yang tidak mahu memulangkan semula alat yang telah dimodifikasi-aku semakin TERSEDAR, setiap yang berlaku ada hikmahnya..setiap penghujung ada pengakhirannya.

Inilah cabaran sebagai PEKERJA SOSIAL PERUBATAN..
bukan senang ada title PEGAWAI
segalanya terletak di bahu sendiri
so, kalau dah tersurat berkerjaya waima PENOLONG PEGAWAI, belajar daripada susah dahulu
belajar daripada susahnya menjadi pegawai
dan kalau dah rezeki kau jadi PEGAWAI ATASAN
ada masa terluang
jenguklah hati orang di bawah
buanglah jawatan ke tepi
kalau kau sendiri pandai cakap daripada mengambil tindakan berani membela anak buah sendiri!

Epilog : 5/12/2012 
BAPA PESAKIT TELAH MEMBATALKAN ADUAN MENDAPAT KERUSI RODA BERMOTOR MURAH DAN KURANG STANDARD


Nota Diari :

Hidup Tak Indah Kalau Tiada Cabaran

Selasa, 4 Disember 2012

Tau Naik Sedap..

Esok MR akan cuti, untuk dia eh..untuk dia eh..untuk kereta aku la oi...siaplah kang saper yang jadik mangsa carian MR hahaha untuk ganti MR esok..kenalah servis baik punyer untuk kenderaan MR nih sebab kang minggu depan nak pi sanggar kerja pulak..tak pasal-pasal kang tersedak lak kat tepian atau tengahan highway..dahlah PLUS sekarang lambat benau serbis dia memusim cuti sekolah ni (eh..ye ker?)

Sebagai pemandu terhebat, kenderaan mestilah dijaga dan dibelai tanpa mengira status kereta tersebut..ater nak sedap kan? cukup taim, pi lah serbis bagi licin sikit minyak gear box tuh..tau sentel je tahap melampau ar sengal! Fuhhh kaw MR..taim gaji belum tiba lagi dah sekarang poket berdenyut..nyut..nyut..mujurlah semalam MR dan sesebelumnya amalkan zikrullah, ayat seribu dinar dan selawat murah rezeki..

Allah itu MAHA MENDENGAR..dan MR pula bukan jenis meminta sesama manusia..rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..tekan ATM mesin, alhamdulillah..ada rezeki untuk kami dan anak-anak..
-SYUKUR ALHAMDULILLAH-

tu lah yang MR kena buat esok, ada ongkos bolehlah..kena arrange time kalau ada ongkos!

Nota Diari : Beringat Cepat Selepas Teringat

Isnin, 3 Disember 2012

Syukur Nikmat Allah!


Hari ni seribu patah kata tak terzahir dari bibir MR..SYUKUR yang teramat sangat dan bukanlah selama ni tak bersyukur sangat kepada pencipta alam semesta ni..ya Allah..syukur alhamdulillah..pertamanya sebab MR diberi segala kelapangan dan dijauhkan dari kebejatan dan kekusutan manusia yang penuh dengan selingkar putar alam..

MR bersyukur dikurniakan rezeki, walaupun tak tinggi melangit tapi memang cukup untuk diri dan anak-anak..jika hasben nak bagi itu dah kira bonus, lebih pula dari cukup..kalau dia tak bagi, ada hal yang dah diberitahu awal-awal..bukan nak cakap kita ni baik sangat tapi sendiri ingat tangggungjawab di dunia mahu pun di akhirat kelak..berdosa pula kalau si isteri mendiamkan diri kalau tak tolong mengingatkan suami akan nafkahnya waima untuk belian tang dalaman..wooo

dan lain pula situasi, susah nak cakap dalam zaman sekarang..setiap isi rumah berbeza dengan isi rumah yang lain..so kowang kat luau sana tok sah nak bangga bangat kalau laki kowang doktor ke, bapak segala bisness ke, keje kat luau Malaysia ke..lupakan..lupakan..kini WANITA harus berdikari sambil tak lupa berdoa agar insan yang menjadi dalam ketua keluarga kita sentiasa dalam lingkaran redha ALLAH..

MR dan kowang semua..meh kita baca sama-sama ayat seribu dinar banyak-banyak..nak-nak lepas waktu solat sekarang..banyak kelebihannya..jumpa lagi!

Jumaat, 30 November 2012

Macam Kau Sorang Pandai Toch up!


he he
seronok gak main tochup tochup
habis gambau MR godek
wooo juling jap mata dak kakak
alah nak..olok-olok jew..

today rasa mood kureng
sebab demam selesema masih belum tunjuk simpati untuk kurang
ok, fine..
please back to work MR!

noTA DiAri : Kejap dah penghujung November..hujan lagi..

Semaian Untuk Diri


Dalam diam dan berharap, setiap hari yang kulalui bersama si budak kecil agar rumahtangga yang dibina dilindungi Maha Esa..
Memang aku wanita yang tak berdaya, namun walau tak berdaya kadangkala selalu inginkan yang terbaik untuk diri, suami, anak-anak dan keseluruhan alam rumah dan tangga kami..
Hampir menginjak ke ulang tahun yang keempat, jarang sekali aku bersikap getik dan romantik..(konon..)

Tidak suka berdalih dan beralasan sibuk kerana ANAK
dalam segala hal, kepenatan dan keletihan menjadi berganda
aku perlukan SUAMI untuk segala-galanya dalam syurga rumahtangga
bertuah dan amat BERSYUKUR ditakdirkan berjodoh dengannya
itu yang selalu kuucap dalam diam 
walau sekurang mana pun dia
bapa kepada anak-anakku sedaya upaya menjadi BAPA

fasa pertama melayari rumahtangga
masih dalam atmosfera menyesakkan dada
sabar..sabar
demi Ainur yang baru nak bergaya
demi Aysraf yang baru nak tumbuh gigi banyak

Terima kasih ALLAH
Terima kasih suami


Rabu, 28 November 2012

Jom Baca..Rileks dan Santai


Woooo..dah keluar siut edisi Disember!!! Majalah Lisa nih seingat aku aktress lelaki takat nih yang pernah jadi cover shoot ialah abang Aaron Aziz (abang? ") ho ho ..)

Harus carik nih beb..fotogenik! MR tengok dan belek wajah si Shila nih, sungguh tatariasnya begitu terserlah..

Harga pun tak mahal dan tak lah selalu MR beli..ikut mood dan mood..

Nota Diari : Baca Ikut Kelapangan


Plastik Sangat Ke Aku Ni?


Dah musim lebat sekarang
sana sini, dari kampung, dari bandar
bau dah menusuk hidung
awal pagi masuk opis, harum semerbak mengalahkan perfume incanto charms
tersangat mengusai ruang udara 
dari Semenyih raja buah datang
menyatukan hati-hati di sini untuk duduk semeja
sambil berbual bicara kisah semalam yang tak sudah-sudah

cukup-cukup sudah
aku hanya sental 3 ulas
dah cukup banyak, barangkali
selama ni nak menyentuh pun payah
depan keluarga dan anak-anak
tidak pulak aku teruja!

dah nak sangat rasa
tiada salah, tiada pula berdosa
plastik sikit-sikit kot
ha ha

Nota Diari: Sokong Buah Malaysia..

Isnin, 26 November 2012

Pulang Tak Kembali


Hari ni blue monday
aku pulak pakai baju dan tidung biru..(turkois..)
rasa kadang-kadang ada mood
kejap ada mood, kejap tak ada mood

Malas nak work lah tuh..
woooo
nak naik semangat
search gambar
cukuplah mencuri kenangan lalu
masa dan insan
ada yang pulang tak kembali
kalau ada insan yang kembali, akulah yang cabut lari!

inilah gambar yang ada dalam simpananku
nak harap orang lain simpan
toksah diimpi
tapi aku juga bukan penyimpan gambar sebenarnya
dah ternampak bersepah, aku songlap ler..

gambar lama
ditenung lama rasa nak nangis
dipandang sekejap rasa nak pandang lagi
simpanlah gambar simpanlah dikau
kalau aku rindu
aku tengok lagi...


Ahad, 25 November 2012

dah cuBa baRu tAu



Salam petang minggu
ni dah kira tiga minggu MR telan benda alah tuh, kapsul minyak zaitun (waktu malam) dan kapsul minyak habbatus sauda' (waktu siang)..minyak atau olive lotion tuh lak MR sapukan kat muka..pengganti masker..setakat ni dah guna alhamdulillah, rasa juga perubahannya..nih semua cadangan power daripada kak Asmawati dari jabatan Maxillo..sis ni jual 3 barang nih semuanya RM40..try ajelah..nak gi spa bila ke zaman aku nih..buat sendiri dululah kat rumah..
yang penting, badan ringan..kurang la letih muka pun tak kusam lagi..terbukti..hihi..
Alhamdulillah..

Kami dan Astro



Alkisah petang semalam kami sefamili ronda-ronda dengan motor..MR dengan takder helmetnyer..bebudak apatah lagi..free hair jew..muehihi..tak jauh melangkah tapi tersinggah jap ke leisurre mall..suasana santai tapi group famili keturunan cina yang ramai..tetiba mata cik hasben nampak kiosk astro..emm upgrade super pack nampaknyer..just add recording service..kira rugi ar sebelum ni bayar rm130 tapi tak on service rekod..cuma tambah rm50 sekali seumur hidup, pay on the dot ms staf dia orang datang..

kelebihan rekod ni bagus pada mr ni yang kadangkala dah terlelap awal dan ada masa sibuk dengan kerja rumah!siap berurusan, kami posing bergambau..free lagi untuk pengunjung kiosk astro!
So Sweet..





Sabtu, 24 November 2012

jom jamu bekfes..



salam sejahtera semua!
korang-korang semua dah bekfes ke pagi nih? wau..cuaca kat cheras la ni sejuk sebab masih lagi dalam gerimis..nak-nak kat sini viewnya menghadap bukit..kabus masih tebal lagi walau nak hampir jam 10 pagi..
okeh..pagi ni mr dan bebudak ni bekfes kopok,wejes dan mini muffin..nyummi..sempat lagi mr berkecah kat dapur untuk siapkan muffin..emm guna cup kecil dapatlah 30 biji..
oklah meh kita sental..bismillah..

Jumaat, 23 November 2012

Gurindam Tengahari


Daun teh dipetik-petik
Dipetik-petik si anak kampung
Hati siapa tidak terjentik
kita senyum dikata sombong

Petang-petang minum teh
minum teh di kedai mamak
hati siapa tidak letih
dikata sombong sungguh tergamak

Pagi-pagi bancuh teh
bancuh teh dengan gula
jangan pilu jangan sedih
hilang duka entah bila

Nota Diari : Selamat Menjamu Minuman Petang..

Rabu, 21 November 2012

Rindu Zaman Student


Terima kasihlah kepada insan yang mencampakkan gambo ni kat internet..buat pengubat rindu kat MR..inilah pemandangan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) tempat MR studi dolu-dolu, kira-kira 8 tahun yang lepas..


Ini laluan ke bilik pensyarah-pensyarah PPSK..kalau petang dan malam memang sonyi gilers..jangan berdua lalu, harus bertiga atau lebeh yer!! Hengat lagi MR, ada satu ketika, pepohon yang menghijau ni kadangkala mengeluarkan bunga-bunga kekuningan..sweet sesangat..nak-nak lagi lepas hujan..bertaburan atas jalan bunga-bunga tuh..sayang MR masa tuh tak ada gajet yang boleh zoom gambo..sedehhh


Yang nih pulak Rumah Tamu USM..betul-betul kat atas bukit..hehe Bukit Minden student-student ni panggil..pon sonyi kalau lalu pepetang..lupakan pasal sunyi sepi, Rumah  Tamu nih yang pastinya mengadap jambatan Pulau Pinang..kalau malam lip lap lip lap la lampu neon kat jambatan tuh..so romantik la kaw..


Pintu masuk ke USM ni bukan dari arah Sungai Dua atau Gambir tapi dari arah Gelugor..


Pemandangan ni kalau tak silap boleh tengok dari arah HBP (School Housing, Building and Planning)..

Ntahlah..sewaktu MR lakukan entri-entri ini semua, rasa jiwa dan hati ni ada dah kat sana..rindu menggigit jantung ni wehhh..insyaAllah, MR kalau boleh dan sesangat berharap andai kata dapat sambung belajar satu masa nanti memang USM pilihan hati yang pertama..kalau tak dapat, cukup-cukup sudah..ada duit lebih, baik aku rezain dari worklah!!!

Selasa, 20 November 2012

Emosi Si Biru


Fuhhh..selamat sudah tugasanku untuk pra penghujung malam hari..hero dan heroinku memasing mamai dengan gentelan penghujung bucu-bucu kain yang mR berikan..ini tabiat sejak kecik bebudak nih..tak dibagi diselongkaunya sendiri kat gobok..wooo

Sebelum MR menutup tablet comel nih..sukew sesangat MR nak abadikan karya ciptaan iaitu puisi yang tetiba terlintas untuk diluahkan semasa MR transit jap kat masjid Saidina Osman, Bdr Tun Razak petang tadi..mungkin puisi nih MR nak selitkan dalam projek sayembara kelak (insyaAllah dah lengkap dan bereh projek baru MR cetuskan rasa di ruangan pojok nih kalau tak nanti,hampeh!)