Jumaat, 20 Januari 2012

Abah Dalam Kenangan



Puas aku cari dalam Folder komputer aku, nah terjumpa gak gambar antara aku dengan arwah abah. Gambar ni diambil masa kami jalan-jalan makan angin kat Pulau Pinang akhir tahun 2008. Bukan senang aku nak bergambar dengan abah sebab abah tak suka bergambar. Kira sampai juga hajat aku menunaikan hasrat abah dengan mak nak menjejakkan kaki semula ke Pulau Pinang sebelum aku mendirikan rumahtangga. Abah,dirimu akan kukenang selalu..Amin.

Jumaat, 13 Januari 2012

19.10.2011-Dalam Kenangan

Tarikh ini tak akan kulupa buat selama-lamanya dalam kamus hidupku. Ayahku telah pergi buat selama-lamanya dari dunia yang penuh dengan sementara..aku tidak tangisi pemergian arwah abah tapi aku terkilan abah genap dua minggu 'menginap' di hospital Melaka tiada seorang pegawai Jurupulih Anggota pun yang hadir untuk menunjuk ajar arwah abah tentang apa yang perlu dilakukan. Para pegawai perubatan yang 'ward round' pun sudah memberikan 'service' terbaik namun aku redha dengan keputusan daripadaNya. 'Acute Pulmonary Embolism', diagnosis yang tertulis dalam sijil kematian arwah abah..pergilah abah..zela tak ralat pemergian abah asalkan abah pergi dengan meninggalkan kesakitan yang abah tanggung selama ini. Zela mendoakan abah tenang dan aman serta dirahmati di sana!.Selaju mungkin aku bawa kenderaan dari KL menuju ke Melaka,ya sejam! Demi menghampiri dengan arwah abah selagi nyawanya di kandung badan!. Aku langkahi dengan lajunya setiba di hospital. Aku pedulikan dengan mata-mata yang kehairanan melihat kelam kelibatku pada masa itu. Longlai saat itu aku melihat para doktor membuat CPR ka atas arwah abah..halus dan lembut nafas arwah abah kala itu!. Langit bumi Melaka pada masa itu turut rundum, sayu lalu hujan membasahi bumi. Aku redha dan pasrah,aku kehilangan abah yang selama ini tempat kawan dan lawan tutur bicaraku!.Abah,zela kini hanya ada isterimu iaitu ibuku..aku akan menjaga ibuku sebaik mungkin selepas ini. Semoga rohmu tenang bersemadi di sana. Al Fatihah. Amin.

Khamis, 12 Januari 2012

Ceritera Di Ambang 2012

Salam Tahun Baru 2012..setahun lebih aku tak menjenguk diari maya kesayangan aku nih..syukur alhamdulillah,aku masih diizikanNya untuk terus meluahkan apa yang tersimpan, terbuku dan tersembunyi dalam sanubariku ini..Tahun berubah, namun usiaku kini juga bakal menjejak ke 33 tahun..apa impianku sama juga sang pengggemar menyimpan cita-cita! Antara impian yang kuangan-angankan untuk tahun 2012 ialah..

1. Segera berpindah ke rumah baru (milik suamiku..eii tak tahan menanggung kos minyak & tol)
2. Dapat penyewa rumah yang baik & boleh menjaga rumah apartmentku..
3. Anak-anak (Ainur & Asyraf) dikurniakan tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas
4. Nak hantar anak-anak belajar swimming
5. Nak simpan duit tabungan lebih
6. Nak simpan emas lebih (zakat pun kena bayar jugaklah kannnn)
7. Yang penting mahu keluarga bahagia..

Kalau boleh aku pun tak mahu duka-duka lagi macam tahun lepas..selamat datang tahun baru!!!