Jumaat, 13 Januari 2012

19.10.2011-Dalam Kenangan

Tarikh ini tak akan kulupa buat selama-lamanya dalam kamus hidupku. Ayahku telah pergi buat selama-lamanya dari dunia yang penuh dengan sementara..aku tidak tangisi pemergian arwah abah tapi aku terkilan abah genap dua minggu 'menginap' di hospital Melaka tiada seorang pegawai Jurupulih Anggota pun yang hadir untuk menunjuk ajar arwah abah tentang apa yang perlu dilakukan. Para pegawai perubatan yang 'ward round' pun sudah memberikan 'service' terbaik namun aku redha dengan keputusan daripadaNya. 'Acute Pulmonary Embolism', diagnosis yang tertulis dalam sijil kematian arwah abah..pergilah abah..zela tak ralat pemergian abah asalkan abah pergi dengan meninggalkan kesakitan yang abah tanggung selama ini. Zela mendoakan abah tenang dan aman serta dirahmati di sana!.Selaju mungkin aku bawa kenderaan dari KL menuju ke Melaka,ya sejam! Demi menghampiri dengan arwah abah selagi nyawanya di kandung badan!. Aku langkahi dengan lajunya setiba di hospital. Aku pedulikan dengan mata-mata yang kehairanan melihat kelam kelibatku pada masa itu. Longlai saat itu aku melihat para doktor membuat CPR ka atas arwah abah..halus dan lembut nafas arwah abah kala itu!. Langit bumi Melaka pada masa itu turut rundum, sayu lalu hujan membasahi bumi. Aku redha dan pasrah,aku kehilangan abah yang selama ini tempat kawan dan lawan tutur bicaraku!.Abah,zela kini hanya ada isterimu iaitu ibuku..aku akan menjaga ibuku sebaik mungkin selepas ini. Semoga rohmu tenang bersemadi di sana. Al Fatihah. Amin.

Tiada ulasan: