Khamis, 12 Januari 2012

Ceritera Di Ambang 2012

Salam Tahun Baru 2012..setahun lebih aku tak menjenguk diari maya kesayangan aku nih..syukur alhamdulillah,aku masih diizikanNya untuk terus meluahkan apa yang tersimpan, terbuku dan tersembunyi dalam sanubariku ini..Tahun berubah, namun usiaku kini juga bakal menjejak ke 33 tahun..apa impianku sama juga sang pengggemar menyimpan cita-cita! Antara impian yang kuangan-angankan untuk tahun 2012 ialah..

1. Segera berpindah ke rumah baru (milik suamiku..eii tak tahan menanggung kos minyak & tol)
2. Dapat penyewa rumah yang baik & boleh menjaga rumah apartmentku..
3. Anak-anak (Ainur & Asyraf) dikurniakan tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas
4. Nak hantar anak-anak belajar swimming
5. Nak simpan duit tabungan lebih
6. Nak simpan emas lebih (zakat pun kena bayar jugaklah kannnn)
7. Yang penting mahu keluarga bahagia..

Kalau boleh aku pun tak mahu duka-duka lagi macam tahun lepas..selamat datang tahun baru!!!



Tiada ulasan: