Selasa, 29 Mei 2012

Ada Blog Baru Yer!!

Salam rakan-rakan yang dikenali secara langsung atau tidak..alhamdulillah sukalah saya nak khabarkan kepada kawan-kawan di luar sana bahawasanya saya ada buka satu lagi akaun blog..kalau-kalau kawan-kawan sudi nak singgah, amat-amatlah dialukan iaitu http://www.sakinahshoppers.blogspot.com/. Sebenarnya baru saja saya nak setup laman blog nih sebab blog ni khas untuk dunia perniagaan yang saya rasa tetiba jadi bidan terjun..bermakna saya tidaklah mencampuradukkan diari kehidupan maya saya dengan bisness kecil-kecilan nih..oklah rakan-rakan sekalian, itu saja buat masa nih..jumpa lagi!

Jumaat, 25 Mei 2012

Jualan Beg dan Minyak Wangi..berpatutan beb...





Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia semua..

Nak berkongsi dengan kawan-kawan yang berada kat luar sana tu, sesiapa yang berminat nak memiliki beg-beg yang kira tomei-tomei ni, bagilah tahu saya ye..1 beg berharga RM15..saya hanya tolong jual kenalan saya yang bekerja sebagai Pramugari MAS. That girls ni selalu flight ke Dubai, Hong Kong, AS dan seratalah...kat saya pun ada minyak wangi yang girls ni ambik dari Dubai..sejibik bau macam original..pada saya oklah harganya dalam RM35 sekotak..macam-macam jenis ada, CK,Hugo Boss, Escada, DKNY dan banyak lagilah..yang best tur kawan saya ni bagi lagi free paper beg kepada orang yang membeli minyak wangi daripadanya! Kalau ada yang perasan, minyak wangi yang dijual kat down town atau kat mana-mana harganya sampai RM70-90, pastu dapat beg plastik kan?? So apa lagi, kawan-kawan yang minat nak membeli barang-barang seperti beg dan minyak wangi ni, usha-ushalah saya ok..apa-apa hal emel je kat saya akuzaila@gmail.com. Segala pertanyaan akan dijawab..byee..

Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu..


Salam semua...hari ni saya meluangkan masa dengan anak2,kira aktiviti outdoor lah gamaknya...seronok sebab selalu hujung minggu kat rumah jerk..ni pun anak2 semua bangun awal pagi..lepas siap mandi dan sarap terus gi taman permainan..biar bebudak ni kepenatan..haha..apapun u all berdua adalah hadiah untuk mama sempena hari ibu hari ini..kita sama2 bergembira hari ni yer!

Sabtu, 12 Mei 2012

Kerja rumah..kerja pejabat


Salam semua...hari ni dapatlah saya meluangkan masa sedikit untuk check in dalam blog yang amat saya sayang nih..haha bunyi macam syok sdiri..tak apalah janji saya tak mengutuk orang lain dalam blog saya nih...upss boleh kutuk @ protes jika situasi tu benar yer! Bukannya ape,dua orang anak saya nih dah pun tidur keletihan sebab hari ni kami gi Chow Kit,saja bershopping..hehe semalam gi Jakell Jln TAR dengan kak Yanti..beli kain pasang! Bukan nak membazir sebab satunya memang ada sale..masa ni la saya nak spent masa untuk diri sendiri..[kak Bahiyah @ Bai, terima kasih cadangan bernasmu minggu lepas yer! ]..uhh kat jakell tak leh cakap suasananya..happy hour memanjang..terkenang gak saya sebab jarang meluangkan masa untuk tujuan peribadi @ diri sendiri :/ ..hanya dalam fikiran saya kerja rumah,kerja pejabat..alhamdulillah anak saya yang sulung dah boleh diharap sikit tentang bab-bab kemas rumah,tengok2 kan adiknya...ouhhh bukanlah nak menceritakan hal luar dalam rumahtangga tapi hakikatnya rumahtangga menuntut 1001 pengertian dan pengorbanan..kesian kakak,mama tahu kamu boleh berdikari dan yang pasti mama tetap menjagamu selagi ada hayat mama..emm selepas ni saya akan melipat kain baju,2 bakul baju kakak & adik dan sebakul baju mama dan papa..yg pasti baju2 u all mama dah asingkan dalam beg untuk minggu depan punya! 

Jumaat, 4 Mei 2012

Oh My Slide..


Hai semua..rasanya dah lama tak singgah dalam blog kesayangan saya nih..kalau ada somebody yang tersasar kat my blog ni, terima kasihlah sebab sudi menyinggah..maaf ampun sepuluh jari menyusun jari terlebih dahulu sebab diawal-awal nih saya nak memulakan yang baik-baik dan indah-indah dulu.

Kalau ada yang perasan atau tidak, banyak entry atau sebelum ni saya lebih suka membahasakan diri 'aku'..mungkin kalau tak dinafikan ianya memudahkan perjalanan bahasa (maaf kepada pejuang bahasa di luar sana)..dengan kata yang lebih mudah, ianya mengintimkan sesuatu perhubungan khususnya dalam pertuturan..almaklumkan,para blogger mungkin bersetuju kalau saya katakan bahawa segala data entry ini lebih merupakan kepada luahan hati yang ingin dikongsi bersama..bukanlah bererti kepada terlalu kasar menggunakan perkataan diri yang pertama..

Walau bagaimanapun ini adalah pada pandangan peribadi saya semata-mata sebabnya gaya penulisan itu pun tidaklah bergantung sepenuhnya kepada cara didikan yang diterima..namun demi menghormati pandangan dan kritikan readers yang lain, saya boleh lagi tabik tinggi dan merendah diri dengan mesej-mesej yang diterima. Moralnya, yang tua kita hormati yang muda kita rapati..eh..eh..rapat dari ukhuwah sahaja yer..ok,see u later..