Jumaat, 4 Mei 2012

Oh My Slide..


Hai semua..rasanya dah lama tak singgah dalam blog kesayangan saya nih..kalau ada somebody yang tersasar kat my blog ni, terima kasihlah sebab sudi menyinggah..maaf ampun sepuluh jari menyusun jari terlebih dahulu sebab diawal-awal nih saya nak memulakan yang baik-baik dan indah-indah dulu.

Kalau ada yang perasan atau tidak, banyak entry atau sebelum ni saya lebih suka membahasakan diri 'aku'..mungkin kalau tak dinafikan ianya memudahkan perjalanan bahasa (maaf kepada pejuang bahasa di luar sana)..dengan kata yang lebih mudah, ianya mengintimkan sesuatu perhubungan khususnya dalam pertuturan..almaklumkan,para blogger mungkin bersetuju kalau saya katakan bahawa segala data entry ini lebih merupakan kepada luahan hati yang ingin dikongsi bersama..bukanlah bererti kepada terlalu kasar menggunakan perkataan diri yang pertama..

Walau bagaimanapun ini adalah pada pandangan peribadi saya semata-mata sebabnya gaya penulisan itu pun tidaklah bergantung sepenuhnya kepada cara didikan yang diterima..namun demi menghormati pandangan dan kritikan readers yang lain, saya boleh lagi tabik tinggi dan merendah diri dengan mesej-mesej yang diterima. Moralnya, yang tua kita hormati yang muda kita rapati..eh..eh..rapat dari ukhuwah sahaja yer..ok,see u later..

Tiada ulasan: