Khamis, 28 Jun 2012

Rak Idaman


Salam semua! Kali ni saya suka-suka nak share pic yang saya ambik dari website orang, sebenarnya tak tahan sangat hati ni tengok kecomelan rak IKEA tuh...sebenarnya teringin nak menambahkan koleksi rak di rumah tapi al-malangnya belum berkesempatan untuk membelinya memandangkan kami sekeluarga belum berpindah ke rumah baru..jadiknya kenalah saya bersabar menahan nafsu dan kegeraman di dalam hati nih..ngehngehngeh ;)

Rabu, 27 Jun 2012

Jeling Sebentar..


Cukup 5 yang 'simple' untuk Happiness..Walaupun Hati Tetap Merudum, Biarlah Allah Yang Lebih Mengetahui Perasaan Dalam Hati Ini..

Luahan 27 Jun 2012


Alhamdulillah diri ini masih mampu meneruskan lagi episod kehidupan di hari yang baru, pagi ini! Saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada En Suami yang menyatakan anak buahnya, Jun telah pergi menghadap Ilahi lebih kurang 6.30 petang semalam. Terdiam 1001 bahasa saya..Jun remaja berusia 16 tahun meninggal dunia dengan 'takdir' yang sudah tertulis. Bermakna sudah 3 orang ahli keluarga dalam anggota arwah kakak angkat kepada En Suami meninggal dunia disebabkan penyakit misteri! Wallahuallambissawab..tambah menyayat hati, 3 insan ini meninggal dunia berturut-turut dari tahun 2010,2011 dan 2012!. Sahabat sekalian, mati itu tetap pasti. Malaikat maut tetap menjemput kita tanpa menunggu walaupun dalam sesaat. Bila-bila masa!. Tapi selagi ada daya untuk mencegah 'penyakit' yang dihadapi oleh pesakit, cegahlah dari seawalnya kerana ianya adalah satu Fardhu Ain dan Kifayah kepada insan yang berada di sekelilingnya. Riwayat dalam ilmuwan Islam pun pernah mengungkapkan cegahlah penyakit kecuali mati. Saya sedar, saya hanya mampu meluahkan isi hati dan sebuah perasaan yang tidak mungkin akan difahami oleh sesetengah golongan masyarakat yang terdidik dengan perubatan cara tradisional. Saya tidak pernah kata TIDAK kepada ilmu tradisional akan TETAPI penggunaan atau amalannya kena lihat kepada situasi yang kita alami. Mungkin kerjaya saya di alam perubatan dan 'setting' ini membolehkan saya mencambahkan sedikit ilmu yang saya ada untuk En Suami berkongsi rasa. Mana mungkin seorang Pegawai Perubatan menolak satu-satu kes selepas 'memasukkan air' dalam badan pesakit dan memaklumkan kepada waris bahawa keadaan pesakit tidak dapat dirawat dan wajarlah dibawa pulang ke rumah?!!. Ya, mungkin saya tiada di saat itu dan saya rasa amat cukup terkilan jika benar 'statement' daripada seorang Pegawai Perubatan!. Apakan daya, En Suami merupakan anak tunggal lelaki dan sulung pula dalam keluarganya. Harapan dan tindakan seterusnya bergantung 100 peratus kepadanya. Tapi saya tetap percaya, cara hidup dan amalan yang 'dianuti' oleh ahli keluarga En Suami menyebabkan mereka 'pasrah' kepada ilmu tradisional. Saya bukan menidakkan dari segi penjagaan paliatif pesakit di rumah kerana saya dimaklumkan sejak sebulan yang lalu arwah Jun tidak mampu bangun dan keadaan fizikal semakin mengurus dan terus kurus seperti 2 kematian ahli anggotanya yang lain!. Subhanallah, Ya Allah Ya Tuhanku, Mohon perlindungan daripadaMu (diriku dan keturunanku) daripada segala penyakit dan musibah yang dibawa oleh manusia, jin dan syaitan..Amin..Buat Jun,acik doakan semoga rohmu tenang dan aman di sana..maafkan acik kerana tidak pulang pada hari ini!. Al-Fatihah.

Isnin, 25 Jun 2012

Khamis, 21 Jun 2012

Kabinet Pilihan..Mana Satukah Menjadi Idaman?







Salam semua rakan taulan, para blogger di luar sana! Fuhh puas saya menggodek dalam imej google untuk wajah kabinet dapur rumah kami di Cheras Awana..kami tercari-cari pattern untuk solidkan lagi dapur..macam biasa, tak nak terlalu over bajet..asalkan bertemakan smartkitchen for mom and my kids..

Rabu, 20 Jun 2012

Kundasang..Tunggu Kami Di Sana Ya...




Motivasi..Motivasi..Percutian impian kami sekeluarga di sana..insyaAllah kami memang nak ke Kundasang, Sabah..tanamkan azam untuk percutian awal tahun 2013..Tunggu kami Kundasang!!!!
(Churpchurp: Ada sape-sape tak dikalangan blogger yang pernah menjejakkan kaki di sana, sharelah stori yer..tQ..

Meladani Kehidupan Nan Indah


Salam para sahabat/para blogger yang masih tak jemu-jemu membaca entri saya..eh-eh ada ke someone yang sudi menyinggah blog saya nih? hahaha tak kisahlah, memang saya suker syok sendiri pun..BERSABARLAH ANDAI DITIMPA MUSIBAH..emm cukup menarik kata-kata tu kan..almaklumlah..sekarang nih macam-macam penyakit dan bukan penyakit yang boleh menyerang insan bernama manusia..mudah kata, tak bolehlah kita menyalahkan alam sekitar atau makhluk alam yang lain jika kita ditimpa musibah atau masalah.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan masalah jerebu yang menyerang Malaysia..masalahnya betul ke? Kalau jerebu kita menyalahkan negara jiran, Indonesia kerana melakukan pembakaran terbuka. Jika direnung kembali, kuasa Allah itu lagi MAHA HEBAT..tak pula kita rasa musim angin kencang (bahasa kampungku..) tapi 'jerebu' boleh bergerak dengan pantasnya.

Saya ingat lagi sahabat saya berkata, sekarang musim kering dan panas tapi kenapa jerebu boleh berarak dengan cepat? Sebenarnya tanda akhir zaman dah lama 'muncul' (dalam Al-Quran dah nyatakan...)..tapi manusia masih tak sedar-sedar..itu hal semasa, tapi secara peribadi saya juga terkena tempias dalam isu-isu kesihatan nih..mungkin letih yang teramat maka semalam terjadi dalam sejarah saya tumbang juga akibat keletihan melampau. Sebelum ni saya pernah admit sekejap kat wad Kecemasan Hospital Kajang sebab kekurangan air yang tinggi..saya tak boleh letih, kata doktor yang merawat..mana taknya..saya tak pernah ambil ubat tradisional atau moden untuk menambah stamina atau tenaga selepas bersalin. Yang saya ingat, minum Milo..Milo dan Milo..dan malam kena minum susu Dutchlady @ Anlene sebelum masuk tidur..

..berbalik kepada masalah TUMBANG semalam, ntah tiba-tiba saya terfikir untuk berurut..maknanya saya nak badan saya ni dimassage oleh tukang urut. Makcik ni pernah urut saya masa saya berpantang anak pertama. Alhamdulillah dia ada semalam kat rumah. Mana taknya saya berkobar dan berkeras hati nak berurut. Makan panadol kemudian tidur waktu rehat pun tak jalan kebah saya..risau gak dibuatnya! Gagahkan diri angkat air wuduk, menggiigil anggota badan jangan cakap..saya anggap ujian ni memang nak duga IMAN saya yang tak seberapa tebal nih..saya cuba kuat untuk sampai ke waktu petang.

Saya tinggalkan dulu bebudak kat rumah pengasuh lagi, emm hampir 1 jam setengah berurut. Memang melayang saya dibuatnya..Ya Allah subhanallah..walaupun masih ada batuk dan selesema tapi sakit-sakit badan saya berkurangan..bukannya apa, badan saya ni dah lah macam bini popeye, tak cukup energy macamanalah saya nak kejar Cerap yang lasak tuh..emm apapun secara moralnya, para ibu kena kuat untuk semua perkara dalam kehidupan..betulkan? Barulah kita dapat meladani kehidupan nan indah..

Selasa, 19 Jun 2012

Rumah Idaman Kami!

Alhamdulillah, cari punya cari punya carik..akhirnya kami dapat juga bertemu tukang rumah yang dikehendaki..itupun saya iklankan dalam Mudah.com..(terima kasih Mudah.com!!) dapatlah orang 'kita' yang dimaklumkan berasal daripada Sabah.Cute sangat kan gambar kat atas? Berkat menunggu rumah kedua kami di Cheras Awana nak disiapkan, insyaAllah sebelum hari Raya Aidilfitri ni kami sekeluarga bolehlah masuk ke rumah baru!!..rasanya dah cukup 'bercinta' hari-hari ulang alik Cheras-Kajang, Kajang-Cheras..kalau dulu tak lah terasa sangat dari segi masa..tapi bila dah my kids membesar dan 'mengganas' pun boleh tahan gayanya maka saya rasa masa tu BERKUALITI sangat-sangat..tak naklah hari-hari merungut sebab penat tapi sekurang-kurangnya saya dapat menabung kembali dengan lebih tenang, insyaAllah..eiii tak sabar rasanya nak masuk rumah baru..kami dah plan cantik-cantik ruang porch, ruang tamu, dining area, bedroom, dan yang paling saya suka ruang kitchen!!!!..terima kasih En.Suami yang tetiba mengubah pelan lantai untuk ruang dapurku..yelah ni rumah En. Suami, nanti bila saya nak lebih-lebih terober bajet lak yer??..hehe jangan marah, gurau jer..Apapun, citarasa kami khususnya dalam reka bentuk rumah amat berpatutan dengan bajet yang kami ada..yelah rumah kami tu sebelum ni pernah dihuni oleh dua orang keluarga sebelum dibeli oleh kami..jadi memerlukan beberapa penambahan atau renovation..yelah walaupun rumah 'lama' tapi harga tanah kat situ dah naik cecah RM300K sekarang..mak ai mana kami nak cari duit sebanyak tuh..ni pun 'jumpa' pada awal tahun 2011..alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab rumah kedua ni teres, ada halaman dan yang paling penting dalam kawasan KL untuk memudahkan kami ke tempat kerja masing-masing..upss view depan rumah kami bukit bukau yang menghijau..hujung minggu bolehlah kami menikmati panaroma menghijau ini di hadapan rumah!!

Isnin, 18 Jun 2012

Aduhai Terhirisnya Hati Ini..

Asalammualaikum kepada para pembaca blog yang berkesudian menyinggah laman blog saya yang tak seberapa indah ni..saya ni bukanlah penulis blog yang maha hebat..sekadar meluah, meluah dan terus meluah mengikut terdetik dalam hati sanubari. Betullah kata penulis-penulis purbakala tersohor bahawa hanya dengan tulisan kadangkala boleh membuat seseorang itu terasa hati atau pun jauh hati!. Saya bukanlah insan yang mudah cepat terasa (kadangkala selalu, huhu..) tapi kalau dah appear nama saya dalam blognya mengatakan saya ni jarang bebenor nak update blog, apakah motifnya mengatakan saya demikian..memang tuan empunya tersebut nak sharing pengalamannya tapi ada kesalahan ke kalau saya tak update dalam blog saya sendiri??. Tambahan lagi, dengan 'bangganya' insan yang pernah tinggal sebumbung dengan saya ini memaklumkan tak link dengan blog saya hanya semata-mata saya nih jarang nak update..aduh, terhirisnya jiwa sanubariku..apa motifnya si dia berkata-kata begitu tidaklah saya ketahui..biarlah..janji INI BLOG AKU..So sweet sangatlah saya ni tak pernah paksa orang lain baca entry-entry saya dalam blog-blog yang saya setup..tak sukalah nak bermusuh..tata, jumpa lagi kenkawan!

Selasa, 12 Jun 2012

Ceritera Kali Ini..

Salam semua wahai kawan-kawan..entry ni sukalah saya nak sharing dengan u all pasal bab-bab tulang 'spine' nih..nampak macam tak ada apa-apa yang memberikan kesan buruk kepada si tuan/puan badan..tapi sesungguhnya sama sekali tak menduga perkara ini terjadi dan dialami sendiri oleh saya!..mujur degree bengkok tak melebihi 30 tapi saya rasa not comfortable apabila tiba masa sleep..tak kiralah siang atau malam.Ujian X-Ray dah pun saya jalani baru-baru ni. Saya memang fight sangat-sangat dan mujurlah Mr. Azmi (Pakar Spine PPUKM) memberikan kerjasama kepada saya..thanx so much Prof!!.Saya memang dah perasan lama tentang tulang belulang kat badan saya ni tapi tak lah perasan sangat kat bahagian belakang badan..Ya Allah, memang DIA memberikan saya semangat dan ketenangan ketika saya 'menerima' ujiannya sekarang. 2 minggu lagi saya akan menjalani ujian MRI dan pada tarikh itu pula husband ada kursus kat Pahang. Pakar nasihatkan saya jangan angkat barang berat-berat, jangan dukung anak (alamak Asyraf tak leh jalan lagi nih...) sebab kalau saya 'langgar pantang' tekanan atau berat yang ditanggung akan menekan saraf tunjang saya. Sebenarnya saya takut juga untuk menjalani ujian MRI sebab kata orang yang pernah menjalani ujian tersebut individu tu akan merasa sakit sikit..emm berdebar lak rasa dalam hati nih..pada mak, tak pula saya sampaikan tentang duduk perkara yang saya lalui sekarang..tunggulah nanti. Doakan saya semoga apa yang bakal saya lalui kelak akan memberikan jawapan sebenar tentang masalah kesihatan yang saya hadapi ni yer..sekian, jumpa lagi.

Jumaat, 8 Jun 2012

Kisah Hidup Seindah Pelangikah?

Alhamdulillah..hari Jumaat yang tenang, saya melalui sebuah lagi episod atau fasa kehidupan yang menguji 1001 kesabaran..apapun sebagai manusia saya redha menerima ketentuan daripada Maha Pencipta..apa yang penting matlamat atau GOAL yang ingin saya gapai dalam tempoh 2 atau 5 tahun daripada sekarang ialah ingin mencipta kejayaan melalui perniagaan. Jauh sudut hati saya ialah saya ingin membuka sebuah perniagaan yang diterajui oleh adik beradik ataupun kaum keluarga sendiri..arwah abah ada pernah berpesan agar saya dapat 'tengok-tengok' adik lelaki yang bongsu.. bunyinya macam mengada-ngada tetapi inilah sebuah hakikat yang harus saya tempuhi walaupun saya sendiri takut pada bayang-bayang sendiri. Adik saya dilahirkan tiada cacat celanya.Allah kurniakan dia otak yang cerdas dan keputusan peperiksaannya di bangku sekolah rendah dan menengah tidak pernah dapat 'result' yang teruk. Lainlah saya ni, sedari daripada sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah semuanya 'study hard'..begitu payah ingin menjejaki ke menara gading akhirnya baru berjaya!. Upps maksud saya di sini bukanlah nak menunjukkan saya riak dengan sebuah kejayaan namun stori -mori saya ini lebih kepada pembawaan emosi seorang kakak.Adik saya mendapat keputusan yang begitu cemerlang namun takdir dah tertulis, dia hanya mengambil peringkat sijil sahaja dalam bidang Automotif. Halangannya kian kuat dari tahun ke tahun bilamana dia menghadapi masalah skin dan diagnos yang diberikan oleh pihak doktor sama sahaja! Ekzema? Saya faham sesiapa sahaja akan alah menerimanya jika tidak mematuhi peraturan makanan. Disebabkan beberapa tahun mengambil ubat steroid, kesannya mula merebak kepada bahagian mata kanan dan kirinya. Arwah bapa banyak bermuhasabah dan kedua-dua orang tua saya merata-rata tempat pergi untuk 'berubat' masalah skin adik saya nih..Sedih janganlah cakap..saya empati dengan nasib adik saya.Tapi saya tidak boleh tunjukkan rasa kesedihan di depannya!. Adik saya baru berusia 25 tahun namun sebagai seorang kakak, saya juga mengenangkan nasib dirinya jika saya atau ibu pergi dulu menghadap Ilahi..dia tiada mempunyai sebarang pekerjaan sejak 3 tahun yang lalu. Kali terakhir dia boleh bekerja ketika anak saya yang pertama berusia 3 bulan. Sedih dan luluhnya hati arwah abah, mak dan saya apabila dia memberitahu matanya silau yang teramat sangat! Dia sekarang cuba mengambil rawatan dengan perubatan Homopathi namun sedikit masa dan 1001 menuntut  kesabaran daripadanya untuk mengurangkan silau. Saya ada cuba bertanya kepada pakar mata di Hospital Tun Hussin Onn, menurutnya mata kiri adik saya memang silau tinggi dan mata kanannya pula mempunyai selaput yang tebal. Masalahnya adik saya degil tahap tegar kerana tidak mahu menjalani sebarang pembedahan mata..apalah daya saya...