Rabu, 27 Jun 2012

Luahan 27 Jun 2012


Alhamdulillah diri ini masih mampu meneruskan lagi episod kehidupan di hari yang baru, pagi ini! Saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada En Suami yang menyatakan anak buahnya, Jun telah pergi menghadap Ilahi lebih kurang 6.30 petang semalam. Terdiam 1001 bahasa saya..Jun remaja berusia 16 tahun meninggal dunia dengan 'takdir' yang sudah tertulis. Bermakna sudah 3 orang ahli keluarga dalam anggota arwah kakak angkat kepada En Suami meninggal dunia disebabkan penyakit misteri! Wallahuallambissawab..tambah menyayat hati, 3 insan ini meninggal dunia berturut-turut dari tahun 2010,2011 dan 2012!. Sahabat sekalian, mati itu tetap pasti. Malaikat maut tetap menjemput kita tanpa menunggu walaupun dalam sesaat. Bila-bila masa!. Tapi selagi ada daya untuk mencegah 'penyakit' yang dihadapi oleh pesakit, cegahlah dari seawalnya kerana ianya adalah satu Fardhu Ain dan Kifayah kepada insan yang berada di sekelilingnya. Riwayat dalam ilmuwan Islam pun pernah mengungkapkan cegahlah penyakit kecuali mati. Saya sedar, saya hanya mampu meluahkan isi hati dan sebuah perasaan yang tidak mungkin akan difahami oleh sesetengah golongan masyarakat yang terdidik dengan perubatan cara tradisional. Saya tidak pernah kata TIDAK kepada ilmu tradisional akan TETAPI penggunaan atau amalannya kena lihat kepada situasi yang kita alami. Mungkin kerjaya saya di alam perubatan dan 'setting' ini membolehkan saya mencambahkan sedikit ilmu yang saya ada untuk En Suami berkongsi rasa. Mana mungkin seorang Pegawai Perubatan menolak satu-satu kes selepas 'memasukkan air' dalam badan pesakit dan memaklumkan kepada waris bahawa keadaan pesakit tidak dapat dirawat dan wajarlah dibawa pulang ke rumah?!!. Ya, mungkin saya tiada di saat itu dan saya rasa amat cukup terkilan jika benar 'statement' daripada seorang Pegawai Perubatan!. Apakan daya, En Suami merupakan anak tunggal lelaki dan sulung pula dalam keluarganya. Harapan dan tindakan seterusnya bergantung 100 peratus kepadanya. Tapi saya tetap percaya, cara hidup dan amalan yang 'dianuti' oleh ahli keluarga En Suami menyebabkan mereka 'pasrah' kepada ilmu tradisional. Saya bukan menidakkan dari segi penjagaan paliatif pesakit di rumah kerana saya dimaklumkan sejak sebulan yang lalu arwah Jun tidak mampu bangun dan keadaan fizikal semakin mengurus dan terus kurus seperti 2 kematian ahli anggotanya yang lain!. Subhanallah, Ya Allah Ya Tuhanku, Mohon perlindungan daripadaMu (diriku dan keturunanku) daripada segala penyakit dan musibah yang dibawa oleh manusia, jin dan syaitan..Amin..Buat Jun,acik doakan semoga rohmu tenang dan aman di sana..maafkan acik kerana tidak pulang pada hari ini!. Al-Fatihah.

Tiada ulasan: