Jumaat, 8 Jun 2012

Kisah Hidup Seindah Pelangikah?

Alhamdulillah..hari Jumaat yang tenang, saya melalui sebuah lagi episod atau fasa kehidupan yang menguji 1001 kesabaran..apapun sebagai manusia saya redha menerima ketentuan daripada Maha Pencipta..apa yang penting matlamat atau GOAL yang ingin saya gapai dalam tempoh 2 atau 5 tahun daripada sekarang ialah ingin mencipta kejayaan melalui perniagaan. Jauh sudut hati saya ialah saya ingin membuka sebuah perniagaan yang diterajui oleh adik beradik ataupun kaum keluarga sendiri..arwah abah ada pernah berpesan agar saya dapat 'tengok-tengok' adik lelaki yang bongsu.. bunyinya macam mengada-ngada tetapi inilah sebuah hakikat yang harus saya tempuhi walaupun saya sendiri takut pada bayang-bayang sendiri. Adik saya dilahirkan tiada cacat celanya.Allah kurniakan dia otak yang cerdas dan keputusan peperiksaannya di bangku sekolah rendah dan menengah tidak pernah dapat 'result' yang teruk. Lainlah saya ni, sedari daripada sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah semuanya 'study hard'..begitu payah ingin menjejaki ke menara gading akhirnya baru berjaya!. Upps maksud saya di sini bukanlah nak menunjukkan saya riak dengan sebuah kejayaan namun stori -mori saya ini lebih kepada pembawaan emosi seorang kakak.Adik saya mendapat keputusan yang begitu cemerlang namun takdir dah tertulis, dia hanya mengambil peringkat sijil sahaja dalam bidang Automotif. Halangannya kian kuat dari tahun ke tahun bilamana dia menghadapi masalah skin dan diagnos yang diberikan oleh pihak doktor sama sahaja! Ekzema? Saya faham sesiapa sahaja akan alah menerimanya jika tidak mematuhi peraturan makanan. Disebabkan beberapa tahun mengambil ubat steroid, kesannya mula merebak kepada bahagian mata kanan dan kirinya. Arwah bapa banyak bermuhasabah dan kedua-dua orang tua saya merata-rata tempat pergi untuk 'berubat' masalah skin adik saya nih..Sedih janganlah cakap..saya empati dengan nasib adik saya.Tapi saya tidak boleh tunjukkan rasa kesedihan di depannya!. Adik saya baru berusia 25 tahun namun sebagai seorang kakak, saya juga mengenangkan nasib dirinya jika saya atau ibu pergi dulu menghadap Ilahi..dia tiada mempunyai sebarang pekerjaan sejak 3 tahun yang lalu. Kali terakhir dia boleh bekerja ketika anak saya yang pertama berusia 3 bulan. Sedih dan luluhnya hati arwah abah, mak dan saya apabila dia memberitahu matanya silau yang teramat sangat! Dia sekarang cuba mengambil rawatan dengan perubatan Homopathi namun sedikit masa dan 1001 menuntut  kesabaran daripadanya untuk mengurangkan silau. Saya ada cuba bertanya kepada pakar mata di Hospital Tun Hussin Onn, menurutnya mata kiri adik saya memang silau tinggi dan mata kanannya pula mempunyai selaput yang tebal. Masalahnya adik saya degil tahap tegar kerana tidak mahu menjalani sebarang pembedahan mata..apalah daya saya...

Tiada ulasan: