Selasa, 19 Jun 2012

Rumah Idaman Kami!

Alhamdulillah, cari punya cari punya carik..akhirnya kami dapat juga bertemu tukang rumah yang dikehendaki..itupun saya iklankan dalam Mudah.com..(terima kasih Mudah.com!!) dapatlah orang 'kita' yang dimaklumkan berasal daripada Sabah.Cute sangat kan gambar kat atas? Berkat menunggu rumah kedua kami di Cheras Awana nak disiapkan, insyaAllah sebelum hari Raya Aidilfitri ni kami sekeluarga bolehlah masuk ke rumah baru!!..rasanya dah cukup 'bercinta' hari-hari ulang alik Cheras-Kajang, Kajang-Cheras..kalau dulu tak lah terasa sangat dari segi masa..tapi bila dah my kids membesar dan 'mengganas' pun boleh tahan gayanya maka saya rasa masa tu BERKUALITI sangat-sangat..tak naklah hari-hari merungut sebab penat tapi sekurang-kurangnya saya dapat menabung kembali dengan lebih tenang, insyaAllah..eiii tak sabar rasanya nak masuk rumah baru..kami dah plan cantik-cantik ruang porch, ruang tamu, dining area, bedroom, dan yang paling saya suka ruang kitchen!!!!..terima kasih En.Suami yang tetiba mengubah pelan lantai untuk ruang dapurku..yelah ni rumah En. Suami, nanti bila saya nak lebih-lebih terober bajet lak yer??..hehe jangan marah, gurau jer..Apapun, citarasa kami khususnya dalam reka bentuk rumah amat berpatutan dengan bajet yang kami ada..yelah rumah kami tu sebelum ni pernah dihuni oleh dua orang keluarga sebelum dibeli oleh kami..jadi memerlukan beberapa penambahan atau renovation..yelah walaupun rumah 'lama' tapi harga tanah kat situ dah naik cecah RM300K sekarang..mak ai mana kami nak cari duit sebanyak tuh..ni pun 'jumpa' pada awal tahun 2011..alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab rumah kedua ni teres, ada halaman dan yang paling penting dalam kawasan KL untuk memudahkan kami ke tempat kerja masing-masing..upss view depan rumah kami bukit bukau yang menghijau..hujung minggu bolehlah kami menikmati panaroma menghijau ini di hadapan rumah!!

Tiada ulasan: