Selasa, 24 Julai 2012

Kisah Hari Ini

Salam Ramadhan buat kenalan saya di luar sana dan tak lupa juga selamat bergembira kepada rakan-rakan yang dikenali ataupun tidak..saya suka-suka nak menulis hari ini sebab tangan ni gatal je nak menaip, ada saja yang saya nak coretkan sesuatu di sini. Memang benar bagai dikata, hanya bicara tanpa suara lebih menusuk rasa jiwa si penulis..haha..saya tak kisah..biarlah janji ini blog saya. Sebenarnya kerja ada tapi saja nak 'release' kepenatan jap setelah menaip beberapa permohonan bantuan untuk beberapa pesakit..letih juga tapi mengetuk papan 'keyboard' untuk blog kesayangan saya ni umpama berbalas kepenatan saya..sebenarnya saya lebih suka bekerja daripada rumah..dulu masa hidup bujang saya lebih suka bawa kerja kes ke rumah. Hari Isnin boleh goyang-goyang kaki sambil 'double check' permohonan yang lepas-lepas..tapi itu dulu, bukan sekarang..tapi kalau kat negara barat konsep soho (pejabat dalam rumah) dah lama ada..tapi saya yakin sekarang kerja-kerja tangan atau 'home made' dah bertebaran bak cendawan tumbuh selepas hujan..sana-sini kaum ibu mengejar perniagaan mampu buat seperti menjalankan perniagaan pastri/cupcake, menjahit pakaian,manik,beg..eiii macam-macamlah..janji apa yang dilakukan boleh mendatangkan 'income'..apatah lagi sekarang kita dalam bulan Ramadhan, macam-macam rezeki boleh masuk..nak tunggu apa yang menarik tentang bual bicara saya lepas ni, tunggu!!!


Jumaat, 20 Julai 2012

Terlintas Untuk Menyemak..


Salam rakan-rakan..thanks for your support, whether directly or not ..but if  I can, I want to know who is willing to look my blog..apapun, saya tak kisah sangat sama ada para blogger di luar sana faham atau tidak apa tajuk atau entry saya, terutamanya kalau mereka yang berada di luar lingkaran geografi Malaysia..mungkin kawan-kawan senegara yang berada di perantauan (belajar atau bekerja kan...)..anyway, arigato..arigato..terima kasih semua.. ;)



Ramadhan Dinantikan..


Syukur alhamdulillah kali ni saya dapat lagi meluangkan masa untuk menitipkan bait-bait di laman blog kesayangan saya, tanpa rasa jemu!..saya suker..saya suker..saya suker..biarlah ada yang mengata dan memuncungkan mulut asalkan jiwa saya bahagia meluahkan apa yang tersirat dalam hati..oklah, esok seluruh umat Islam yang berada di Malaysia akan menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan..sama-samalah kita melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh mengharapkan keberkatan, insyaAllah..secara peribadi, saya nak sangat puasa kali ini saya dapat melakukan ibadat solat tarawikh dengan penuh khusyuk dan tawaduk..yelah 2 tahun sebelum ni saya 'terikat' dengan tangisan bayi-bayiku yang enggan berjauhan dengan diri ini waima diletakkan bersebelahan sejadah pun tak mau!! Bayi-bayi saya nih nak jugak atas pangku saya dan apa lagi, nenen sepanjang masa!!! Oklah rakan-rakan, selamat berpuasa semua...jumpa lagi!



Jumaat, 6 Julai 2012

Home Sweet Home!!


Salam semuer...saja nak menggembirakan hati pagi-pagi Jumaat nih..kalau dilayan perasaan kelam kabut dengan soal kerja permohonan bantuan kewangan untuk pesakit tak akan habis atau tak capai kesudahannya..yang penting ada 'time' nak release tension..nyehnyehnyeh..maka haruslah kita mencari sesuatu untuk membuat hati dan perasaan kita gumbira seadanya!! Paling best macam saya nih sekarang nak hengat yang indah-indah saja terutamanya rumah kami di Cheras Awana tuh..progress..progress..i like progress!!..ada perkembangan pasti kita suka hati kan? Tambah-tambah ni nak menjelang Ramadhan menyebabkan saya sekeluarga nak menyambut bulan yang mulia nih dengan ketenangan dan menjalani ibadah sebaik mungkin..insyaAllah!!..

Selasa, 3 Julai 2012

Menanti Esok Hari


Salam sejahtera kepada semua insan-insan yang berkesudian menyinggah sebentar ke 'Diari Sebuah Kehidupan' saya ini..emm kali ni saya nak berkongsi sebuah perasaan yang sebenarnya saya sendiri tak tahu nak ungkapkannya macamana..benarlah bagai dikata, bila dapat benda atau perkara yang kita suka..makan,minum, mandi semuanya tak kena (ibadah solat pula kena jaga yer...). Saya sekeluarga menunggu masa nak berpindah dan boleh dikatakan hari-hari kami followup progress dengan tukang rumah kami. Alhamdulillah setakat hari semalam, adik-adik tuh menunjukkan prestasi kerja yang memberangsangkan dan cakap serupa bikin..maknanya, mereka-mereka tuh patuh pada arahan kami selaku tuan rumah. Sepanjang pengalaman saya menemani En Suami berjumpa dengan tukang-tukang rumah dari pelbagai bangsa, etnik, latar belakang, kelas tak kelas..urghh bersabar sajalah dengan kerenah mereka-mereka ni. Masalahnya kami dah sediakan bahan/material cuma perlukan tukang rumah sahaja untuk menyiapkan bahagian dapur dan hadapan rumah..harap-haraplah adik-adik tuh dapat bersabar dan melakukan pekerjaan mereka dengan hati yang ikhlas. Duit setakat minggu pertama ni dah bagi RM4,000 so final nanti mungkin akan bagi full..bergantung kepada keadaan semasa kelak. Apapun saya yang terutamanya tak sabar-sabar nak berpindah..penyewa rumah kat Laman Suria pun dah bertandang minggu lepas bersama brokernya langsung bersetuju bagi kata putusa malam tu jugak! Alhamdulillah, bakal penyewa rumah saya ni  akan tinggal bersama-sama dengan 3 orang adik beradiknya yang lain. Katanya lebih mudah dan tidak memeningkan kepala sendiri. Tambahnya mak ayahnya yang datang dari Kedah bolehlah berehat tanpa ada rasa gangguan..bincang punya bincang mereka bersetuju nak masuk 1 Ogos ni dan saya sekeluarga pun kena workhard untuk pantau tukang rumah membuat rumah kami...aduh dalam kepala saya dah macam-macam fikir..rumah kami dahlah banyak sangat barang-barang..bilik hijau kami dah bertimbun kotak yang dah siap dipacking..terkejut penyewa adik beradik datang jenguk..yang best tuh mereka tak kesah hangat keadaan rumah kami sebab katanya rumah kami menepati citarasa mereka..mana taknya, lampu, kipas, hud, hobe, bidai buluh, pintu bilik air semuanya dah cantik-cantik tersedia..cuci kaki sahaja masuk rumah ;) ..apapun, sebelum menjelang Ramadhan saya dah cakap dengan En Suami biarlah dapat berpindah lebih awal daripada tarikh penyewa nak masuk rumah kat LS..bolehlah saya kemas-kemas apa-apa yang patut kelak..dan apa yang penting saya dah pilih tarikh nak cuti 3 hari dalam bulan Ramadhan kelak bagi membolehkan saya mengemas rumah dan membuang apa-apa yang patut..saya pun dah asingkan barang dalam box lain untuk didermakan ke rumah kebajikan di Beranang..insyaAllah..Moga-moga impian dan cita-cita kami sekeluarga untuk berpindah mendapat kemudahan dan rahmat daripadaNya. Amin..