Selasa, 24 Julai 2012

Kisah Hari Ini

Salam Ramadhan buat kenalan saya di luar sana dan tak lupa juga selamat bergembira kepada rakan-rakan yang dikenali ataupun tidak..saya suka-suka nak menulis hari ini sebab tangan ni gatal je nak menaip, ada saja yang saya nak coretkan sesuatu di sini. Memang benar bagai dikata, hanya bicara tanpa suara lebih menusuk rasa jiwa si penulis..haha..saya tak kisah..biarlah janji ini blog saya. Sebenarnya kerja ada tapi saja nak 'release' kepenatan jap setelah menaip beberapa permohonan bantuan untuk beberapa pesakit..letih juga tapi mengetuk papan 'keyboard' untuk blog kesayangan saya ni umpama berbalas kepenatan saya..sebenarnya saya lebih suka bekerja daripada rumah..dulu masa hidup bujang saya lebih suka bawa kerja kes ke rumah. Hari Isnin boleh goyang-goyang kaki sambil 'double check' permohonan yang lepas-lepas..tapi itu dulu, bukan sekarang..tapi kalau kat negara barat konsep soho (pejabat dalam rumah) dah lama ada..tapi saya yakin sekarang kerja-kerja tangan atau 'home made' dah bertebaran bak cendawan tumbuh selepas hujan..sana-sini kaum ibu mengejar perniagaan mampu buat seperti menjalankan perniagaan pastri/cupcake, menjahit pakaian,manik,beg..eiii macam-macamlah..janji apa yang dilakukan boleh mendatangkan 'income'..apatah lagi sekarang kita dalam bulan Ramadhan, macam-macam rezeki boleh masuk..nak tunggu apa yang menarik tentang bual bicara saya lepas ni, tunggu!!!


Tiada ulasan: