Selasa, 3 Julai 2012

Menanti Esok Hari


Salam sejahtera kepada semua insan-insan yang berkesudian menyinggah sebentar ke 'Diari Sebuah Kehidupan' saya ini..emm kali ni saya nak berkongsi sebuah perasaan yang sebenarnya saya sendiri tak tahu nak ungkapkannya macamana..benarlah bagai dikata, bila dapat benda atau perkara yang kita suka..makan,minum, mandi semuanya tak kena (ibadah solat pula kena jaga yer...). Saya sekeluarga menunggu masa nak berpindah dan boleh dikatakan hari-hari kami followup progress dengan tukang rumah kami. Alhamdulillah setakat hari semalam, adik-adik tuh menunjukkan prestasi kerja yang memberangsangkan dan cakap serupa bikin..maknanya, mereka-mereka tuh patuh pada arahan kami selaku tuan rumah. Sepanjang pengalaman saya menemani En Suami berjumpa dengan tukang-tukang rumah dari pelbagai bangsa, etnik, latar belakang, kelas tak kelas..urghh bersabar sajalah dengan kerenah mereka-mereka ni. Masalahnya kami dah sediakan bahan/material cuma perlukan tukang rumah sahaja untuk menyiapkan bahagian dapur dan hadapan rumah..harap-haraplah adik-adik tuh dapat bersabar dan melakukan pekerjaan mereka dengan hati yang ikhlas. Duit setakat minggu pertama ni dah bagi RM4,000 so final nanti mungkin akan bagi full..bergantung kepada keadaan semasa kelak. Apapun saya yang terutamanya tak sabar-sabar nak berpindah..penyewa rumah kat Laman Suria pun dah bertandang minggu lepas bersama brokernya langsung bersetuju bagi kata putusa malam tu jugak! Alhamdulillah, bakal penyewa rumah saya ni  akan tinggal bersama-sama dengan 3 orang adik beradiknya yang lain. Katanya lebih mudah dan tidak memeningkan kepala sendiri. Tambahnya mak ayahnya yang datang dari Kedah bolehlah berehat tanpa ada rasa gangguan..bincang punya bincang mereka bersetuju nak masuk 1 Ogos ni dan saya sekeluarga pun kena workhard untuk pantau tukang rumah membuat rumah kami...aduh dalam kepala saya dah macam-macam fikir..rumah kami dahlah banyak sangat barang-barang..bilik hijau kami dah bertimbun kotak yang dah siap dipacking..terkejut penyewa adik beradik datang jenguk..yang best tuh mereka tak kesah hangat keadaan rumah kami sebab katanya rumah kami menepati citarasa mereka..mana taknya, lampu, kipas, hud, hobe, bidai buluh, pintu bilik air semuanya dah cantik-cantik tersedia..cuci kaki sahaja masuk rumah ;) ..apapun, sebelum menjelang Ramadhan saya dah cakap dengan En Suami biarlah dapat berpindah lebih awal daripada tarikh penyewa nak masuk rumah kat LS..bolehlah saya kemas-kemas apa-apa yang patut kelak..dan apa yang penting saya dah pilih tarikh nak cuti 3 hari dalam bulan Ramadhan kelak bagi membolehkan saya mengemas rumah dan membuang apa-apa yang patut..saya pun dah asingkan barang dalam box lain untuk didermakan ke rumah kebajikan di Beranang..insyaAllah..Moga-moga impian dan cita-cita kami sekeluarga untuk berpindah mendapat kemudahan dan rahmat daripadaNya. Amin..

Tiada ulasan: