Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan Dinantikan..


Syukur alhamdulillah kali ni saya dapat lagi meluangkan masa untuk menitipkan bait-bait di laman blog kesayangan saya, tanpa rasa jemu!..saya suker..saya suker..saya suker..biarlah ada yang mengata dan memuncungkan mulut asalkan jiwa saya bahagia meluahkan apa yang tersirat dalam hati..oklah, esok seluruh umat Islam yang berada di Malaysia akan menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan..sama-samalah kita melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh mengharapkan keberkatan, insyaAllah..secara peribadi, saya nak sangat puasa kali ini saya dapat melakukan ibadat solat tarawikh dengan penuh khusyuk dan tawaduk..yelah 2 tahun sebelum ni saya 'terikat' dengan tangisan bayi-bayiku yang enggan berjauhan dengan diri ini waima diletakkan bersebelahan sejadah pun tak mau!! Bayi-bayi saya nih nak jugak atas pangku saya dan apa lagi, nenen sepanjang masa!!! Oklah rakan-rakan, selamat berpuasa semua...jumpa lagi!



Tiada ulasan: