Khamis, 30 Ogos 2012

Setiap Gambar Ada Cerita (Part 2)


Muhammad Asyraf ketika selamat dilahirkan ke dunia..6.43 pm pada 18 Mei 2011 di Pusat Perubatan UKM..Kesian cerap sebab misi tak sempat nak campak ko kat mana nak..wayau belingkau kat atas kepala kau..sobsobsob..apapun, thanx ALLAH coz Mama and Cerap boleh mati hidup semula!! Syukur dipanjangkan usia..nightmare le bersalin kali nih..Wakakaka..


Cerap 2 bulan..dah reti ditangkap gambau..



Cerap 3 bulan..ni sedang siap-siap nak gi teman mak bapak dia berbuka puasa tahun lepas kat Presscot Hotel Kajang..hotel murah jewww


Cerap 1 bulan lagih..
Warded 3 hari 2 malam kat Hospital Melaka
Suhu panas kat Melaka masa tuh..syian cerap..

Tata..

Bebelan Daripada Mama Rocky


Salam kengkawan semuer...esok kita akan menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang tercinta buat kali ke 55 tahun..dah sama umur dengan mak saya kat nun Melaka sana..Merdeka! Merdeka! ..apapun saya antara rakyat Malaysia yang TIDAK MENYOKONG TEMA KEMERDEKAAN kali ini..kenapa dan mengapa letak JANJI DITEPATI?? Uppsss bukan nak berpolitik pagi-pagi ni..saja nak membebel sorang-sorang, lah dah nama pon ni blog aku yang punyer..tak menarik sangat temanya..sesebelum ni kan tema ala-ala rakyat sejahtera negara terbilang, pahtu yang 2011 1Malaysia: Transfomasi Berjaya, Rakyat Sejahtera..hah dan lagi tema tahun 1996 pulak iaitu Budaya Pentu Kecapaian (mak hengat lagilah sebab masa tuh dalam alam Form Five, tengah dara Sweet Seventeen gitu kaww...)..ringkas lagi kan?? Apapun gasaklah korang..adalah orang-orang berkepentingan yang sajeskan tema tuh untuk sambutan merdeka tahun 2012..yess yang penting kita bebaskan diri kita dari cengakaman cakaran harimau..bye..jumpa lagi..


Rabu, 29 Ogos 2012

Sengal Tahap Gaban




Kawan-Kawan..kalau ada sapa-saper yang berminat nak joint contest ni cepat-cepatlah yer karang..saya nih  dah kira terlewat masa, dah karang cuma tak belum cukup jumlah patah perkataan..aduh..sengal tahap gaban saya nih...alah, suka-suka jer nak masuk contest..owang cakap, cuba nasib jew..cuba ehhh...

Stori Mori Malam Jumaat..



Kisah nih berlaku malam Jumaat minggu lepas..kalau boleh saya memang tak nak hengat lagi tapi sekadar ingat-mengingati bahawa kita makhluk Allah yang sangat kerdil dan lemah..tanpa kekuatan atau benteng iman yang kuat, serangan apa-apapun kita akan rebah..saja saya letak pic anak-anak sebab biar mereka tahu saya nih sangat-sangatlah sayang kat budak-budak ketot metot nih..bukannya apa sejak berpindah ke rumah  atau tempat baru minggu lepas, si kakak meragam semacam..memang saya dengan suami saja bertolak awal Khamis lepas sebab tak nak bertembung jem dan kalau dah tempuh alamatnya sampai rumah dah maghrib..so tak sedaplah kan? Tapi itu mungkin firasat saya dan ada benarnya tentang pantang larang orang tua-tua dolu kala..sebenarnya saya dan suami kira kerap ulang-alik dari Cheras ke Kajang untuk nyetelkan rumah..jadiknya tak ler nampak perubahan si kakak..berbalik citer tadi..kakak masa on the way ke Cheras dari Melaka nangis je sepanjang perjalanan..sakit perut ke tak pasti le pulak..puas dah saya sapu minyak yuyi, gamat..tak mau jugak diamnya..last-last tidur dalam nangis betul-betul dah nak tiba Nilai! Haha macam tak cayer kan? Saya control gagah lagi drive masa tuh sebab masa tuh yang adik lak control kat belakang sorang-sorang..steady lah cerap sebab memahami keadaan akak yang tetiba berubah laku..tiba Cheras mujur awal dalam jam 3 petang..akak pun lena tidur sampai nak menjelang maghrib..apalagi saya pun kejutkan kakak untuk makan dan mandi..meremang bulu roma sebab saya tengok muka dia lain sangat, masam tak senyum! Saya diamkan aje sebab tak mahu buang masa lagipun banyak benda saya nak kemas barang-barang kat rumah. Pap tang malam setat jam 8 malam kira hujung-hujung senja, kakak setat nangis gila babas..bapaknya dah cemas..saya ni lagi ar..kami kuntrul lagi keadaan walaupun tengah cemas.Puas pujuk memujuk, merayu kat anak tanya nak apa..nak kata lapar dah disuapkan makan minum..dak Cerap pandang je kakak dia..mujur dia tak joint menangis macam kakaknya..percaya ke tak akhirnya selepas laki saya azankan rumah dan telinga kakak, terus saya bukak pakaian kakak dan jirus air kat badan dia..memang dah terjerit budak tuh..dah hilang tahap kesabaran saya sebab jam dah pukul 1 pagi wehhh...saya esoknya nak gi kerja..saya rasa ni paling lama kakak menangis..aduh memang sadis dan tragis..saya tak putus asa, bacalah apa-apa kalimah suci,ayat Kursi memang tak lepas..perghh masuk round bacaan yang kelima meremang bulu roma kau..kakak lari ke pintu jerit; ayah kat luar!! Memang bengong kepala mak nak oi...laki saya jerit, ayah mana kat luar? Saya cuba redakan keadaan sebab kakak dah tahap meronta dan tolak badan saya..saya cakap kat suami jangan layan kehendak kakak sebab dah tahap situasi cabar mencabar susah lak kang..saya pun terus peluk kakak kuat-kuat, saya cakap tolonglah kat mak, kesian kat mama dan babah dengan adik cerap..cepat-cepat saya ambil air zam-zam saya tonggang kat mulut dia dan saya suruh dia pegang kain sembahyang saya. Memang lepas tuh dia diam tapi nampak sangat keletihan dia sebab terjerit-jerit minta keluar daripada rumah...sapa nak layan, berani nak mampus bukak pintu tengah-tengah malam? Ada lagi kisahnya..bersambung...

Layan Jiwa Jap..


Lirik Lagu Aku Suka Dia 
Aku lihat dia disana

Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara

Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu

Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya

Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku

Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya

Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu

Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku

Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria

Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia


Selasa, 28 Ogos 2012

Sanggup Tikam Aku?







Bukanlah nak membuka pekung di dada sendiri, menyelak kain sendiri yang terkoyak..almakanya tak sangka  selepas beberapa hari Syawal ni datang lagi ujian persaudaraan dalam keluarga sedara di sana..puncanya gambar yang dihaplodkan oleh salah seorang adik sepupu saya tetapi bagaikan diberikan keistimewaan daripada Allah yang saya boleh dapat rasa diri ini dicanang sedemikian rupa..kenapa disebabkan korang beraya di rumah bekas KM Melaka (kebetulan dia tuh sepupu rapat arwah abah), maka nak berselindung pengetahuan daripada kami sefamili? Memang ini yang saya rasa sangat-sangat sebab potret tuh bagaikan berkata-kata ; ''jela...depa semua dok pompang-pompang kat hang..''...baguihlah...korang ada ke tak ada ke, sekadar perencah mee segera je dalam mangkuk corella saya...nyehnyehnyeh..

p/s: APALAH ERTI SALING MENGHULUR TANGAN TANDA BERMAAFAN DI AIDILFITRI KAN?

Isnin, 27 Ogos 2012

Inilah Kabinet Dapurku!!






Salam semua kawan-kawan..inilah entri kedua saya selepas cuti raya yang agak panjang..kahkahkah..tak sempat nak hapdet memandangkan banyak homework yang perlu diselesaikan selain daripada anak-anak  yang memerlukan perhatian yang lebih-lebihlah daripada maknya nih..nih hah..raya tetap raya, kabinet hakak nih kenalah setelkan jugak sebelum beraya sakan di kampung kan? Inilah kabinet hasil sentuhan gaya kontemporori saya dan encik suami..yelah, bajet memang serendah mungkin..tapi untuk kabinet sahaja harganya dah RM5,000 lebih (bawah RM6K..figure amount luper sebab resit dalam fail dah)..belum lagi dengan kos renovation yang lain-lain..apapun terima kasih pada majalah Impiana dan majalah lain  yang  seangkatan dengannya sebab dah mencernakan imagine ku suami isteri untuk mendapatkan hasil rekaan kabinet sebegini..hahaha nak pompang gak kat sini, pereka kabinet ni jugak daripada Bali Kitchen..terima kasih jugak ye Nic..peace...

Raya Jangan Tak Raya


Raya pertama di Parit Sulong, Johor Darul Takzim..hehe gaya ayah Ainur Sakinah dan Muhammad Asyraf..
Kakak, maaf..nampak mata jew...adik, mengunyah maruku la mama...


Raya Ketiga di Batu Berendam, Melaka Bandaraya Bersejarah...Cerap (puting tak lepas..) dan Kina tak sabau nak kuau beraya wehhh...

P/S; ehhh mana gambo mama Rocky ekkk??

Jumaat, 17 Ogos 2012

Menu Brokoli?



BAHAN-BAHAN :

1.1 biji brokoli (pilih yang betul-betul hijau yer...)
2.1 peket cendawan (nak gantikan dengan carrot pung okeh...)
3.1 ketul dada ayam
4.1 biji bawang merah
5.3 biji bawang putih
6.2 sudu besar sos tiram
7.1/2 sudu kecil minyak bijan (trylah, ada kelainan..)
8.1/2 cawan air
9.1 sudu kecil tepung jagung
10.Sedikit lada sulah
11.Garam secukup rasa

*Kalau nak kuah pekat masukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan bancuhan ini pada saat akhir , kacau sayur sehingga kuah menjadi pekat dan boleh ler ditutup api dapur tuh..

RESIPI ISTIMEWA : BROKOLI  SOS TIRAM

Idamanku! : STENSTORP Kitchen island - IKEA

STENSTORP Kitchen island - IKEA:

STENSTORP, Kitchen island, Free-standing kitchen island; easy to place where you want it in the kitchen.2 fixed shelves in stainless steel; hygienic, strong and durable surface that is easy to keep clean.Top of solid oak, a durable natural material that can be sanded and surface treated if required.

(Mood : Heppi sesangat..apapun kena tunggu after raya baru Kitchen island ni masuk ke rumah kami..)

Rabu, 15 Ogos 2012

Apa Barang..

Emm..dah nama pun manusia biasa, tapi kalau dah terbiasa bukankah perkara tu dah jadi habit kat dalam diri  individu itu kan...penat mak nak layan..dalam melayari alam rumah dan tangga, mustahil kemanisan sahaja yang kita kecapi..keperitan tetap ada walaupun dengan cara terselit ke, terjurai ke atau apa sajalah..sapa yang tak mahu bahagia? Ada? Emm mungkin ada sesetengahnya sampai sekarang takut nak membina mahligai tapi tak kurang juga dah lepas kahwin baru tau langit atau laut tuh biru..apapun ni semua proses dalam memantapkan institusi kekeluargaan. Sebenarnya saya tak lah meletakkan entri kali ini sebagai topik atau bahan stori utama..pepatah keratan terpendek yang orang luar dok lambung sekarang, sharing is caring lebih sesuai ditujukan kepada situasi seperti dalam borak santai, hah macam yang mak lakukan sekaranglah kan...uppsss pelbagai komentar pasti disuarakan dan dilontarkan..berbalik kepada 'isu' minor yang diutarakan adalah..eh..eh..eh..korang dapat tangkap tak isu apa kat sini??? Apa barang daaaaaaaaaaaa

Dah Nak Raya Ker?


Salam semua rakan blogger dan pembaca di luar sana..hari ni dah 27 Ramadhan, sekejapnya masa berlalu pergi..pantas sungguh..mak ni hah yang penat siang dan malam bukannya menggelek tepung buat kuih raya tapi menghambat anak-anak yang semakin nak membesar dan membuat followup progress rumah..ada-ada saja pasal rumah kami tuh di CA..last minute nak renovate kat ruangan car porch..kalau ikutkan dah boleh masuk awal dah tapi part porch dan wall cabinet belum 100% siap,almakanya kami hari-hari menjenguk rumah tersebut..dalam hati ni Allah sahaja yang tahu..saya memang bab sampah sarap, berhabuk memang pantang datuk nenek oneng saya kalau ada depan mata..letih weyyy nak mengemas..sampai dah tergerak hati nih nak beraya 1 Syawal di Cheras..okeh wat sesekali kat perantauan (cehhhhh), baru best nak berkonvoi pulang ke kampung..tapi En Suami habaq tak maw dan katanya suasana di Key El kurang meriahnya..yer kerhhh?? Entahlah..yang pastinya, ada mood ke tak ada mood ke, saya dengan merendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut 1 Syawal sehingga 30 Syawal kepada semua rakan-rakan di luar sana, mohon kemaafan seadanya sekiranya pena tinta ini ada mengguriskan sekeping perasaan kalian..sungguh tidak disengajakan..yang penting kita seadanya menyambut perayaan..ingat gaji bulan September lambat  lagi yerkkk..tata, jumpa lagi ;)

Jumaat, 10 Ogos 2012

Aku Nak Luah Juga!


Salam semua para silent reader di luar sana..dah habis solat tarawikh apa lak menu yang menunggu kita kan? emm carik-cariklah makanan yang ada kat dapur tuh..kahhh..hati saya malam ni terasa sayu lak tetiba..kalau boleh saya tak maulah jadikan blog maya saya nih tempat mengadu atau meluah perkara yang terbuku di hati..kang ada lak kaum muslimat yang terjah kat saya lak,kenapa tak luah je masalah kat Allah..memang betul,sebagai HAMBA kita wajib meluah dan merintih kepadaNya dengan sesungguhnya!..Saya sebenarnya tak suka bersyak wasangka,nak nak dalam bulan mulia nih..saya dengan C ni bukanlah rakan yang terlalu rapat di opis,hanya seadanya hubungan silaturahim..namun saya selalu jadi mangsa kecemburuannya..nak speydo dengan saya sesuka hati..apalah dosa saya kat dia? Bila tahu saya ada blog sendiri,jeles tak bertempat..saya tukar kereta pun dibandingkan hasratnya nak guna mpv oversea pulak..bukanlah saya nak mengumpat dalam blog cuma dah tak tahan menanggung perang saraf psikologi sejak 5 tahun  lebih saya mengenali dia..kalau pasal kerja juga tak pasal-pasal diri ni kena tembak dek perlinya..saya ni dah tebal dan lali dicop garang oleh orang2 di  opis..so tak perlulah nak banding kerja masing-masing..tapi sebenarnya,insan C ni sangat bahaya sebab depan tersangatlah manis tutur bicara..tapi bila kita tinggal atau hanya ketika berdua,lidahnya umpama belati tajam yang baru diasah..selumber hidupnya berkata tanpa menghirau hati dan perasaan insan yang berada di depannya! Dia boleh jadi malaikat depan kita tapi tak sampai seminit karekternya akan berubah menjadi  orang yang kuat cemburu!! Haha..oklah, Mama Rocky..dah..dah..dah..jangan dilayan perasaan sendu tu yer..ingat coklat Kit Kat jew..

Catatan Dari Hati..


Penutup di hujung hari, penghulu sekalian hari..saya amat-amatlah mengharapkan dan berdoa agar perjalanan hari-hari lepas yang ditinggalkan dan mendatang mendapat keredhaan daripadaNya..saya benci kepada kesibukan dunia sebab saya ralat sangat-sangat sebab hujung minggu saya saban dipenuhi dengan perkara-perkara yang sepatutnya dah settle dan haruslah saya bersama dengan emak di Melaka pula (antaranya..)
Mood : sedih, gundah kelana..

Ada Apa Kat Dalam?


Pisss..pisss..pisss..cukup-cukuplah barang ni  yang ada dalam henbeg saya sekarang..habeh segala mak nenek dalam kantung dak kakak kumbahkan..last-last dapat cekup apa yang terdaya awal pagi tadi sebelum berambus daripada rumah..punyalah kelam kelibut pagi tadi dah lah tak sempat bersahur..uiskkk...sedehhh mak...


Pic yang hanya tinggal anganan dan kenangan..

Rabu, 8 Ogos 2012

Apa Citer Minggu Lepas?



Salam semua kengkawan..huhuhu..saja mak haplod dan hapdet entri kali nih untuk tatapan diri sendiri dan para kengkawan yang berkesudian menyinggah blog saya nih..urghh letih beno nak menidokan anak-anak saya nih..akhirnya saya berjaya juga menidokan budak-budak nih dengan mengalunkan lagu kanak-kanak..haha gasaklah ko makcik..aku ada,ko ada? Sebenarnya saya ni lebih terkenang insiden minggu lepas semasa kami sefamili menginap jap kat Hotel Smart kat Tasik Permaisuri..kesian kat bebudak dua orang nielah..hari kedua di SH dengan tak disangka berlaku kejadian blackout! Patutlah instinct saya beria-ia nak berbuka puasa kat kedai makan Mak Siti, kalau tak bergolaplah kami meraba makanan dalam pinggan..nyehnyeh..kisahnya lepas kami habis berbuka,baliklah kami ke hotel..mak ai hampir tiga hingga empat deret kedai kat kawasan tuh bergelap..termasuklah tempat yang kami inap tuh..sampai kat reception saya dimaklumkan blackout sejak jam 6pm..saya ni diam tak  dapat nak komen apalah kan..cuma dalam hati riso gak,jam berapalah  boleh ada lampu nanti..pendek stori,kami sempat keluar cari barang-barang makanan kat kedi Speedmart dan check in semula jam 11pm tapi karen masih tarak! Habislah..bergelap dan melalaklah budak-budak nih nanti..ermmm maknya sangka dan riso lebeh sudah..berkinja melompat di bawah sinar lilin anak-anak saya malam tuh..puas en suami memujuk supaya bebudak nih tido sebab masa dah terus berlalu tapi anak-anak heppi sesangat..hangin apa malam tuh tidaklah saya tahu.iskk..isk...end last tiba tiba kakak muntah banyak sebab banyak berjimnastik atas bed dengan diknya..geramnya mak...mana taknya segala bahan kunyahan di kedai makan Mak Siti semuanya dikeluarkan! Jam dah kul 2 pagi tapi karen tak tiba-tiba lagi..akhirnya lepas saya cuci apa-apa yang patut, intai intai bebudak..orhh dah tido rupanyer..yang best tu..saya terjaga dulu jam 4am masa tuh..terus minta en suami pergi kedai mamak untuk beli makanan untuk bersahur..sebenarnya perut teringin nak makan mee mamak..tengok anak-anak berpeluh-peluh rambut dan badannya..eh eh stay cool korang yer..baik abahnya pergi, kakak terjaga! tersentak jantung saya sebab budak nih bangun mengejut! Katanya nak minum dan ngadu pening..eh..eh..kecik-kecik dah tahu rasa pening yer...rupa-rupanyer kakak muntah macam air terjun tiba-tiba kat badan saya dan saya dengan terkejut badak jugak tetiba lampu menyala!! rasa macam ada connection antara muntah dengan karen tuh..hihihi..kebetulan agaknya..kakaklah orang yang heppi pagi tuh terus dia cakap,mama asyang ekon..anashh! pandailah ko nak..sayalah yang hampeh pagi-pagi membasuh lagi muntah anak..ishh banyaknya muntah...sampai la ni saya teringat insiden muntah dan blackout minggu lepas..hareeee sungguh!!

Isnin, 6 Ogos 2012

Sabar Untuk Dingap..



Rasanya macam dah tak sabar-sabar aku nak ngap atau belasah benda -benda alah kat atas tuh..bukannya apa..niat di hati nak buat biskut batik spesel dan oreo chelsea untuk famili..nampaknya kenalah keep dulu buat sementara waktu yer..kecian kakak..asal singgah dapur mesti tanya kat mamanya dah siap ke belum kek kakak..ayuhai anak mama..nanti mama nak buat juga! Sekarang ni tools banyak tak cukup..banyak barang dalam box lagi kat rumah Cheras!!

Keajaiban Surah Al-Mulk


Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
 Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.” 
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”


2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendek kata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

·       Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 
·         Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
·     Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 
·         Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
·      Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
·         Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)
 .
 .
3. Hati Beriman
·         Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
·         Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
 .
 .
4.  Mendapat Keistimewaan
·       Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 
·    Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 
.
.
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
 .
1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
.
2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
.
.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.


Pasal Rumahku


Emm hari ni kepala nih macam nak pecah sebab dah dok fikir macam-macamlah..tentang rumah saya kat Kajanglah (ni yang rungsing sangat yelah bayo guna duit gaji sendiri beb...), pasal persiapan rayalah, pasal kerjalah..cakap pasal 'work' lagi saya tak 'warm' hari ni..serba tak kena..berat sangat kepala hotak mak ni nak oi..dapat lak panggilan daripada Mss Kelly, 'broker' rumah sewa saya kat Kajang tuh..punyalah dia seriau kot-kot saya nih mungkir janji (terhengat jap kat Hazama..aisshhh)..ello ammoi..saya nih jarang melanggar janji..dah saya kosongkan rumah sebelum 1st Ogos, penyewa yang tak muncul-muncul..lastly baru saya tahu yang bebudak nih katanya belum cukup duit dalam RM2K lagi untuk bayar deposit rumah, api dan air..kesian gak..habih tuh saya tak carik 'broker' untuk menyewa..kalau saya yang carik, saya yang kena bar sebab 'langgar perjanjian'. Nak bagi kunci dulu kat bebudak tuh tak boleh dibaginya sebab broker nasihat ambil langkah berjaga sebab kadangkala ada tenant yang liat nak bayau bila dah sila panggung dalam rumah..emm itu macam ka..maka saya pun dengau ajelah amoi tu bebel dalam phone baru-baru ini. Jadi katanya kami bertiga reset time semula pada malam 9 Ogos ni untuk sesi penyerahan apa-apa yang patut..uiskk sedeh lak saya walaupun masanya belum tiba..tunggu ajelah storinya..nanti saya hapdet lagi yo..tata..

Dividen 2011


Alhamdulillah..syukur sangat-sangat hari nih..dengan tak disangka rezeki datang juga walaupun nilainya kecil..hah sapa nak bagi hakak RM40.20 kan..terkezut saya bila PK jabatan, kak Noraini datang ketuk pintu bilik..posto-posto duit dividen dari Koperasi UNIKEB!!..haha minggu lepas UNIKEB baru jer kena hambur dengan saya sebab menaikkan potongan dari RM30 kepada RM50..aduh sakit jugak bulan-bulan walaupun dah dipotong siap-siap dalam gaji..takpalah nak, mak teruskan jugak demi kesenangan masa hadapan..tapi saya dah target, genap haul mak nak keluar daripada Koperasi UNIKEB..buat masa nih saya memang pengguna bijak di kedai UNIKEB baik kedai runcitnya mahu pun di kedai bukunya..yelah..dah jadik ahli naklah juga harga ahli kan?? Sekian, jumpa lagi ;)

Kenapa ni beb??!!

Hari ni tak pasal-pasal entry saya pasal benda alah kat atas ni lah..bukanlah aku nak sangat benda tuh ada kat blog  tapi ramai gak member-member lama saya soh hapdet letaklah nuffnang..hurkhurkhurk..makcik ni dahlah tak berapa celik I.T nak oi..yang bestnya tuh kawan-kawan saya ni cakap kalau ada rezeki masyuklah kantung..arghh tu bukan tujuan atau nawaitu saya berblogging..tapi kalau u all semua terperasan entry-entry saya yang lepas-lepas kebanyakannya macam syiok sendiri, luahan keadaan semasa jer..tiada kaitan apa-apapun..hanya diari maya yang masih terkawal penulisannya lagi tuh!! Lagi pun saya suka bidang penulisan..memang saya amat cintakan dunia sastera sedari dari bangku sekolah. Tak lah banyak bidang saya cebur hanya genre sajak dan penulisan ilmiah berbentuk komentar sahaja..insyaAllah satu masa yang indah saya hapdet penulisan saya tuh yer..jumpa lagi..

Sabtu, 4 Ogos 2012

Ceritera Di Rumah Lama..


Kakak dan adik sibuk main belakang langsir..rumah dah lapang..apalagi langsir yang jadi sasaran..dah nak runtuh besi kat atas tuh..ishhh...
    

Aksi kakak yang tengah menyibuk nak interframe



Pemandangan di dapurku..kesiannya bersepah-sepah..sabar-sabar..

Inilah suasana di rumah lama kami di Kajang..memang belum dapat pindah sepenuhnya dalam minggu nih..biasalah sebelum kontraktor rumah tu blah ada yg tak kena buatannya saya dan en suami nak depa study semula hasil kerjanya..apapun insyaAllah jika tiada angin lintang pukang dapatlah kami masuk dalam minggu depan..doa-doakanlah moga urusan kali ini dipermudahkanNya..



Jumaat, 3 Ogos 2012

Setiap Gambar Ada Cerita..




Potret ni diambil semasa saya bercuti di Melaka (balik kampung) sebelum Ramadhan itu hari..hehehe gaya seorang nenek dan 2 orang cucu kesayangannya! Kami pusing-pusing di Mydin Melaka Air Keroh..


Yang ini gambo Cerap kat depan rumah mak saya..ni gambo sebelum Cerap kena potong rambut..nyehnyehnyeh..masamnya muka ko dik!!


Ini wajah anak dara saya, tagline dia 'Ini Kakak Punya!!'..potret ni diambil semasa kami jadi pelarian sementara di Smart Hotel baru-baru ni..





Ha..ini gambar kakak lagi..baru lepas mandi buat kali ketiga..memang saya ingat sebab masa tuh kakak nak meneran buang air beso..kihkihkih..

Jalan-jalan Cari Menu Berbuka Puasa!



En Suami dengan anaknya


Pn Isteri dengan anaknya..



Kakak dengan air sirap suamnya..hihihi..

Salam semua! Ini gambar family saya semasa berbuka puase tadi..hari ni tetiba nak makan kat kedai terus..Restoran Mak Hajah..tempat ni kat area Sg.Chua Kajang..berhampiran juga kat penempatan @ asrama kakitangan Hospital Kajang..memang puas hati juga dengan makanan dan services kakitangan kedai makan nih..upps bukan tak nak msk tapi tak sempat,yelah tiba rumah nak dekat jam 7ptg..hari nih saya saja ke rumah lama di Kajang sebab ada brg sikit lg di sana..