Rabu, 15 Ogos 2012

Dah Nak Raya Ker?


Salam semua rakan blogger dan pembaca di luar sana..hari ni dah 27 Ramadhan, sekejapnya masa berlalu pergi..pantas sungguh..mak ni hah yang penat siang dan malam bukannya menggelek tepung buat kuih raya tapi menghambat anak-anak yang semakin nak membesar dan membuat followup progress rumah..ada-ada saja pasal rumah kami tuh di CA..last minute nak renovate kat ruangan car porch..kalau ikutkan dah boleh masuk awal dah tapi part porch dan wall cabinet belum 100% siap,almakanya kami hari-hari menjenguk rumah tersebut..dalam hati ni Allah sahaja yang tahu..saya memang bab sampah sarap, berhabuk memang pantang datuk nenek oneng saya kalau ada depan mata..letih weyyy nak mengemas..sampai dah tergerak hati nih nak beraya 1 Syawal di Cheras..okeh wat sesekali kat perantauan (cehhhhh), baru best nak berkonvoi pulang ke kampung..tapi En Suami habaq tak maw dan katanya suasana di Key El kurang meriahnya..yer kerhhh?? Entahlah..yang pastinya, ada mood ke tak ada mood ke, saya dengan merendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut 1 Syawal sehingga 30 Syawal kepada semua rakan-rakan di luar sana, mohon kemaafan seadanya sekiranya pena tinta ini ada mengguriskan sekeping perasaan kalian..sungguh tidak disengajakan..yang penting kita seadanya menyambut perayaan..ingat gaji bulan September lambat  lagi yerkkk..tata, jumpa lagi ;)

Tiada ulasan: