Jumaat, 3 Ogos 2012

CPD Kecemerlangan Diri

Salam semua rakan-rakan semua..
Hari ini sebelum saya melangkah keluar dari opis  nih besarlah hati saya untuk menyebarkan ilmu yang saya dapat daripada perkongsian ilmu antara kakitangan JKSP..CPD ni jabatan saya telah mengundang khas penceramah bebas iaitu Ustazah Jamaliah Alias merangkap penaung/pengamal perubatan kaedah rawatan Islam..tajuknya mudah, Kecemerlangan Diri!. Ustazah ni memang tak mengantuk kalau dengar celotehnya,serius! Banyak yang boleh dipelajari hasil daripada sesi ceramah hari ini..saya daripada nak tidur waktu rehat rupa-rupanya tak sedar jam dah menunjukkan 2.45 petang..percaya atau tidak CPD nih mula jam 11.00 pagi..yang lelaki 'stop' dengar CPD jam 1.00 petang untuk solat Jumaat..jadi kawan-kawan, dalam banyak-banyak topik atau butir mutiara yang dilontarkan oleh beliau ialah satu sahaja yang boleh saya 'highlight' kat dalam 'entry' saya kali ni iaitu, kita akan buat sesuatu kerja itu kalau kita memang berminat sungguh..betul tak semua? Another words, teman kenalah tahu apa yang teman buat selama ni kan..jadiknya, kalau terpaksa kita lakukannya sama ada kerja di rumah, pejabat atau apa sahaja memang jawabnya hasilnya tak seberapalah..dan lagi aspek yang saya nak juga sentuh di sini ialah kejayaan itu merangkumi 3 aspek utama iaitu melibatkan diri, emosi dan pengurusan masa..yang best tu kawan-kawan, saya nak share juga kat sini iaitu beberapa Surah dalam kalam suci Al-Quran yang boleh kita jadikan amalan seharian..antaranya ialah..
1. Surah An-Nisaa (untuk para Wanita ; wajib tahu tentang hak-haknya)
2. Surah Al-Imran ayat 14 (untuk ayat pemanis; sesuai untuk tanam tumbuh-tumbuhan,temuduga kerja/kenaikan pangkat, lembutkan hati bos atau suami/isteri ..nyehnyehnyeh)
3.Surah Al-Fussilat ayat 44 (untuk pembenteng diri daripada panahan sihir/pendamping/saka)
4. Surah Al-Waqiah (untuk hindar sakit kepala)
5. Surah Al-Anbiya' :80-81 (untuk elak lebam-lebam di badan)

Kawan-kawan, harap-harap kita semua dapat amalkannya, insyaAllah..mukjizat Al-Quran itu sangat tinggi nilainya..rugi sangat jika kita tidak lakukannya..namun begitu kawan-kawan, ini antara sebahagian surah-surah yang dinyatakan..insyaAllah, jika ada yang lain saya akan noted di blog saya lagi okeh..

Jika kawan-kawan yang nak menjalani rawatan cara Islam, bolehlah pergi terus ke Pusat/Darus Syifa As-Sakinah di No 17-1A, Tingkat 1 Jalan Pandan Indah 4/34, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur..no tel :03-42959022..sekian, jumpa lagi ;)

Tiada ulasan: