Rabu, 26 September 2012

A Thousand Years

Sebenarnya hati saya dah sedikit terusik bila lagu ni bersiaran di beLOg salah seorang rakan followers saya..terkenang den ni hah..
jom layan jap..

Selasa, 25 September 2012

Jejak Kenangan..Singgah Pantai Timur


Masa ni dak Kina bolehlah manja lagi..haha
(tiba depan rumah pengantin, pose gambau dulu..)


MR nak bergambau jugak kau..kat peTronas pun jadeklah..


Eheh..ada bukak bisnes ker cik hasBEn kat ghaNU?


Dak Kina dengan ayahnya di area Masjid Kristal..
Sesenja pun masih bergambau..layan....


Bergambau lagi..cantik wooo Masjid Kristal..


Ainur Sakinah masa ni baru pandai meniarap..
Hehe menginap kat Hotel Alamanda..hotel bajet jew..


Menunggu order makanan kat kawasan Pasar Payang..apalah yang dimenungkan dua beranak taim tuh..


Pose istimewa di hadapan Noor Arfa Batik..buat kenangan..dak Kina meletakkan tangan tanda mencemar duli daripada kerabat Jawanese..wooo


Mak pung nak jugakkkk..

*TAta*

Apa Sumbangan Kita HAri INi..

Salam semua..kegatalan jari jemariku kian membara..maka haruslah saya melancarkan papan keyboard ni daripada tak berbunyi langsung..wooo

eNTri hari ni memang lebih kepada berbaur motivasi dan bukannya poliTIk..kehhh

Setiap kali bangun daripada tiduR, apa yang selalu kita buat atau apa yang kita fikirkan? Adakah kita teringat, jap-jap lagi nak buat apa atau masih lagi terkenang peristiwa semalam? (sambil mata naik aTAs..poyolah kononnya..)

Sebenarnya terpulang pada badan diri memasing..tapi bagi yang dirinya berpaksikan kepada kehidupan seorang muslim, manis mengingati Nabi junjungan kita dengan berselawat sambil menyegerakan diri untuk bersiap-siap mengadap Ilahi..maknanya pergilah mandi, gosok gigi dulu dan sebagainya..macam yang rutin kita buatlah kan..syukurlah sangat-sangat kan sebab bertambah sehari lagi umur kita dipanjangkan.....

Saya teringat Prof. Muhaya (mantan pakar mata Pusat Perubatan UKM) berkata, malam sebelum tidur kalau berkesempatan fikirkan apa yang boleh kita sumbangkan hari esok dan janganlah kita fikirkan sangat apa yang boleh kita dapat esok hari..wooo

Kalau pada yang berkemampuan, mungkin wang akan didermakan kepada mereka yang memerlukan. tAPi perlu diingat, untuk lakukan amal jariah tidak semestinya dengan uWang semata-mata beb! Haha

Kata-kata dan pengajaran yang baik juga merupakan ibadah yang boleh melorongkan seseorang untuk menyumbangkan pahalanya..jika dimahu..setiap percakapan, perbuatan dan apa sahajalah yang kita mulakan hari ini wajar difikirkan terlebih dahulu hanya semata-mata sumbANgan untuk mereka-mereka di sekeliling kiTA..mungkin yang terhampir dengan kita adalah ahli keluarga kita, anak-anak, suami atau isteri, rakan sekerja, bos dan jiran tetangga! 

Nota Diari: Fikir-fikirkanlah apa sumbangan kita hari ini, untuk DIA?

Isnin, 24 September 2012

Salam Perantauan Dari Iraq


Artikel yang telah disiarkan pada 17 Februari 2012..Keratan asli tak sempat beli ler..


Ini sekeping yang sempat saya ambek daripada encik hasben..ambek ambek beli jugak taw..free part lain kononnya..ka ka..


Ini gambar muka belakang..

Salam sejahtera semua..rasa-rasanya dah ada dan mungkin ramai dah tahu kewujudan benda alah ni kan..saya ni kan suker kepoci, baru sekeping tapi terlebih sudah newsnya!! wo wo..nanti dulu..saya ni bukanlah kemaruk nak jadi jutawan..tapi kalau dah rezeki, sapa nak bagi kan? ka ka..angan-angan mak jenin..tak kisahlah..jutawan AS pun beli melambak-lambak..aku ni jew beli se not  dah cukup,buat kenangan kalau tak RV! 

Kalau doa ini termakbul saya nak settle macam-macam perkara..haha..hutang belajau yang tinggal RM4-5K lagi..antaranya lah..eiii tak sudah-sudah angan-angan mak ni lah kan..emm yang pastinya difahamkan ada jugak surirumahtangga dan student IPT yang turut membelinya..syabAS..mari kita doa sama-sama semoga ada rezeki hujung tahun ini..amiN!!

Nota Diari:
Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih..
Hidup berpaksikan Kesederhanaan, penghujung hari jiwakan teNAng..

Jumaat, 21 September 2012

Aku Suka Dia ..Layan Lagi...

Sharing Is Caring, Layan...



Salam kengkawan semua..sebab hari ni hari Jumaat yang indah dan disebabkan  jap-jap lagi saya nak tidur (waktu rehat) maka dengan rendah diri saya nak share kepada saper-saper yang berminat nak tambah item-item kat bElog korang..maaf, cikgu tak berapa pandai nak ajau..ni pun hanya sekadar nak memberi alamat tapak url yang boleh dijejaki..diri ni pun masih lagi belajau dan buat masa ni hanya jadi pembaca setia blog yang sentiasa difollow dan blog yang tidak difollow..

  • Cara nak pasang efek salji (kununnya lah kan..) silalah ke http://maribinablog.blogspot.com
  • Cara nak pasang watermark kat pic ..silalah ke http://weedaleim.blogspot.com
  • BeLOg yang boleh dipercayai untuk kita belajau tentang nak upgrade menatang dalam belog-belog ni korang jejenguklah kat http://www.lyssasecret.com
Tak salah kan kalau kita belajau perkara yang simple walaupun kita dah tahu benda tu perlu tapi kita buat tak kesah..terpulang pada diri memasing..tapi kalau ada yang dah tahu tu buat senyap dan senyum ajelah..jangan marah yer..sekadar berkongsi sedikit ilmu..selamat mencuba yer!!

Bye..

" __ "

Aku Ni Unix Apehal??


Malam dah makin tuew tapi mata saya masih yunk..mudew..mungkin pekena air nescaffe dan mihun goreng sat tadi kot..miahaha..idea dan semangat bekerja untuk menyiapkan kerja rumah pun dah menurun..apalagi,hadap belog mak lah pulak!! Wah..wah..entri macam menjual nama,haruslah kot..kehkeh..biarlah berbulu diri sendiri..ada aku kisah? Sebenarnya jawapan dah ada kat feSbUk mak nak..sakit jiwe kau,hah itulah aku sebenarnya..

Sebenarnya, dari zaman bangku kantin sekolah menengah lagi mak ni seorang penyimpan rasa rempah ratus dalam hati..kawan-kawan ni ibarat lawan dan teman..diperlukan ketika saat diperlukan (eh ayat aku nih..)..tak reti nak sanggah apatah lagi nak marah..kononnya ar..

Saya ni kira bengap ar masa sekolah..anak cikgu tapi otak tak leh pakai sebab kaki main jew..rezat very bad taim darjah 6..bapak aku malu kot sebab dapat anak rendah IQ,nak nak tak dapat star untuk ke SherOd ataupun ke MuzaD..perghhhh,lemah lutut wehhh..lastly mak ni tak kisah masuklah sekolah paling buruk rekod di Melakau masa tuh..

Tapi saya masa tuh tetiba gigih weh..Form 1 masuk kelas kedua tercorot daripada 7 buah kelas yang sedia ada masa tuh..miyahaha..tak best langsung persekitaran aku masa tuh sebab kawan2 lain rupanya lagi benghap dari aku! kikikiki..mak suka mak suka..cuma saya ada seorang saja seteru dan musuh dalam kelas iaitu anak kepada pensyarah UPM pada masa tuh..berlagak, hark tui!! Muka memang hancem tapi berlagak..tapi kalau takder rasa benci, mungkin aku tak dapat no 1 dalam kelas dari form 1 sampai form 3..Allah memang kesian kat hambanya macam saya nih,siang malam meniarap gigih studi..bondaku pulak hantau air susu tanda dorongan fizikal dan minda..ciwahhh..bapakku pula masa tuh dari bulan ke bulan support saya dengan beli buku2 soalan subjek Sejarah..hahaha bukan dia beli sangat pun sebab dia dapat perCUma daripada pembekal sykt buku..takdirnya sayalah untung besau kau..dari form 1 sampai form 3 saya dapat markah 90 ke atas jew...yuhuuu..realiti beb...sampaikan  final exam PMR soalan sejarah aku rasa cikgu tuh cedok kat buku soalan mana2 tah..yeheee..

Itulah unixnya saya..sampai rakan sekelas merangkap jiran berbulu dan memilih hidup untuk menjadi pendengki kepada saya..kijam tak ayat-ayat cinta saya?..bukan nak menuduh tapi dah terbukti..biaulah..cukup-cukup sudah..yang penting saya dah berada di tahap sekarang, syukur alhamdulillah sesangat..rumah dah ada, suami dah ada (walaupun dah  angka 30 baru nak naik pelamin, mujur ada jijaka yang sudi..cehcehceh..mak ni pun sudi nak terima kan..), anak dah ada (pun mujur Allah bagi segera, syukur amin! amin!), kereta dah ada (berapa kali tukau lar..sebab cepat jemu..hikhikhik..)..apalagi kan...ada...kusimpan kemas..yuhuuuuu..saya masih tunggu progress..i like progress...

Esok-esok bersambung, mungkin kesinambungan dari stori atas..
Tata..

Khamis, 20 September 2012

Demam Terkejut, Aku Ker?


Kakak dalam trolli..bersiaran kami di Giant Batu 9, Cheras pada hari cuti umum baru-baru ni..


Gambau kakak lagi..eh..eh..dak Cerap mana ek? Hehe..tertinggal dalam kereta masa tuh..rupa-rupanya ada 'petanda' daaaa...


Sempat lensa tab mama 'shoot' ke dalam trolli..apa barang daaaa...bekalan daripada rumah untuk bebudak selepas bermain sakan..sebelum tu membeli belah jap kat Giant..


Taraaaa...gambau dak Cerap selepas insiden yang tak kusangka-sangka..Allah dah tulis di langit kirmizi tapi mama yang khilaf!!




Kawasan 'playland' tempat anak-anak bermain..awal pagi masa tuh..seronok sangat kemain..mama relis jap..kehkehkeh..


Masih lagi asyek bermain..cayer tak yang dak Cerap dan dak Kina dok kat dalam kereta tuh hampir sejam??? Tak kasek anak orang lain can pun..haha..jiwa kering anak-anak aku nih...ikut sapa ek??


Pic ni kira pic last saya ambik dan tak tergamak nak jejak kat kawasan nih lagi sebab dah trauma!! 
Mana taknya, dak Cerap punyer aksi lasak bengongnya boleh melompat keluar!! Geram dan terkejut    monkey la saya sebab dak Cerap jatuh suddenly beb!! Tinggi tak tinggi, rendah tak rendah..maw tak terkesima maknya sampai hari nih..marmar kat situ yang pecah, mujur kepala anak aku tak pecah..tapi berderap ar bunyi kepala!!! Salah saya yang jeling jap kat dak Kina yang merengek nak makan bubur lagi..memang saya tergamam tapi sempat paut pada kaki sendiri untuk tahan perut dak Cerap..

Nota Diari 1: 

Sampai ke saat papan komputer ni diketuk, saya rasa trauma sebab menyaksikan anak sendiri jatuh daripada permainan tersebut..nasib dia jatuh secara mengiring tapi benjoi ar!! Aksi saya menyelamat dan memeluk dia jangan cakap..menangis weh saya dengan anak..huhuhu..saya tunggu lebih daripada 24 jam, kot-kot dak Cerap muntah loya ker apa ker..alhamdulillah setakat taim sekarang belum ada apa-apa tanda..selepas insiden tu, kat rumah memang dia diam muncung jew..jalan pon huyung hayang..pening kot..sobsobsob..kesian kau nak..maafkan mama!!!

Nota Diari 2:

Disebabkan anak punya hal, saya lak yang demam..selesema pun ada..migrain pun ada..dua tiga hari ni malas pulak nak hapdet belog nih...

Sekian, tata

** ___ **

Ahad, 16 September 2012

Kakak Dapat Basikal!




Inilah gaya dua orang anak mama dengan basikal baru kakak! Tarikh 15 haribulan September antara salah satu memori terindah kot bagi bebudak nih sebab kakaklah,hari-hari merengek manja kat mama dan papanya nak basikal baru..sebulan jugeklah dia meminta..kesian jugekler..tak jadi rancangan ker Chow Kit,kami terfikir nak ke pekan Batu 9,Cheras..tetiba ternampak kat pekan cowboy di area Suntex..perghhh memusing kepala sterring..dummmm..ehehehe..apek tuer kedai basikal tu macam taw ajer mama nak beli untuk kakak..oklah..demi anak,mama belikan juga supaya lepas ni harap-harap kakak heppi dan dak adik pon tak berebut si motor biru kat rumah..murah-murah pun RM 100,pejam mata ajelah..syukurlah,setakat hari ni kakak sudi menumpangkan dak adik kat belakang basikalnya..letih layan! muahaha..

Ceritera Semalam




Salam semuer..hehe Mama ROcky comeback setelah semalaman tak hapdet belog maya nih..rindu menggigit jari u..huhu..untuk kenangan kita sekeluarga juger,mama uploadkan pic kakak yer..tambah-tambah mama suker sangat landskap kat Astaka Heights, Shamelin Cheras..sebenarnya kami semalam pergi majlis rumah terbuka rakan sekerja,rumah En.Azman..sebelum gi rumah Aman, sempatlah saya paksa anak daraku tu berposing..haha! Sempoi jew baju kakak..betul kata Aman,macam balik dari tadika! kehkehkeh..puas mama pujuk,idak mawnya dia tukar baju yang cun-cun siket ker..ikat rambut lagi payah..ni pun dipaksa..apapun mama geram tengok pasu air kat belakang kakak,comel bangat!! ada potensi nak survey kat Nilai lepas ni..huhu..tengok bajet dulu lah....
(Nota Kaki : Terima kasih daun keladi pada kawan-kawan yang mengadakan OH semalam dan tempoh hari ,rumah En.Azman dan En Faiz S..maafler tak sempat nak alihkan lensa dalam majlis u ol..)

Jumaat, 14 September 2012

Hari Malaysia?

Wah..berkibar-kibar Jalur Gemilangku..meriah siket belog saya pepetang Jumaat yang terasa suam-suam sejuk jerrrr nih..wuahhh bestnya Isnin ni cuti weh..esok lak ada aktiviti penting, ada open house kat rumah Azman San di Shamerlin..insyaAllah, langkau panjang esok tibalah kami berempat di sana..buat kawan-kawan yang berjiwa patriot, kuucapkan selamat menyambut Hari Malaysia, ni merupakan peristiwa kedua terpenting selepas 31 Ogos..sebenarnya banyak lagi peristiwa penting yang wajar diingat..nak-nak lagi  sekarang orang tengah sebuk menyiapkan diri menyahut seruan lambaian Kaabah..korang dah setat daftar ke? Bagus, ada yang pandai hangguk kepala..baguslah yer, tahniah..jangan simpan jew, daftar terus..ada rezeki, panggilan dah tiba untunglah kau! Oklah kat sini, mak jugak nak menunaikan hajat kaum-kaum kerabat JKSP yang ada berkesudian membaca belog MamaRocky tanpa mengira penat lelah..ni hah, MamaRocky akhirnya berkesudian untuk open link untuk u all  para reader silent untuk meninggalkan comment di belog saya..kalau sudilah yer..jangan korang ceritkan mak sudahlah! Tata.. ;)

Khamis, 13 September 2012

Menu Ringkas 5.30 pagi


2 kiub pati lembu (perisa jenama mana-mana boleh cuber yer..)
Serbuk lada hitam (saya guna made TESCO sebab itu yang ada kat rumah..)


Tadaaaaaaaaaaaaa...tambahkan telur goreng yang dicincang....nyummmi
**Bubur Nasi Daging Bertelur**

Saya ni memang pemalas kalau dah tak tahu nak masak apa terutama bila celik  mata..dah terjaga awal, terus fikir masak bubur daging jew, seringkas mungkin! ...ahahhh boleh juga lunch box untuk anak-anak kat rumah pengasuhnya nanti..Bahan-bahan untuk dimasak, pastikan semuanya ada..so, go ajelah..kakak dan adik pun ngap, en. hasben pun dah sarap seawal 6.00 pagi..siap lawan dengan air kopi..so untuk label jom ke dapur kali ni, mak tak guna banyak pun bahan..daging lembu tu mak rebus dulu tau, agak-agak dah lembut bolehlah padamkan apinya..kendian campurkan kat piok nasik yang tengah mengelegak..pastikan dalam mengelegak tuh dah dicampakkan kiub pati knorr, mesra-mesrakanlah dia yer..bila dah adunkan kesemua bahan, agak-agak sedap mata memandang kat nasik tu dah ngembang masak ke belum so bolehlah dihidang dengan telur goreng ke..aksesori lain tak sempat campak..ikut dan jew..nak cepat gi kije, kang jem!!

Rabu, 12 September 2012

Nota Untukmu



Manusia, kelebihan dan kekurangan saling melengkapi seluruh kehidupan. Wajarkah insan yang kita kenali, lebih kepada teman tapi mesra yang sekadar bertegur dek tugas, selisih dengan sekadar jelingan bagai angin lalu kesanggupan untuk membibitkan perasaan ketidakeruan? Mungkin kita bukan sedarah daging dan bukan dari percantuman seteru nasab yang sama akan tetapi bibit-bibit yang bisa disemai disebabkan sekelumit amarah dan ketidakurangan memuaskan hati seringkali melingkari jiwa yang gelisah tidak tercapai maka acapkali dilempiaskan pada yang lemah..hakikatnya si lemah tidak berdaya untuk membalas dan membelasahnya dek kerana cuba memahami perkara yang tidak difahami! Manusia yang sering merasa dirinya teratas (yang pastinya bukan Laila Namamu Teratas) sering tidak menyedari dirinya menyakiti orang lain mungkin kerana dirinya adalah benar dan benar-benar belaka..ego dan tak rasa bersalah! Allah Akhbar..sedaya berusaha dan  jauh sejauhnya sikap-sikap sebegini..selagi kita bernafas, kita semua bersatu dalam tali ikatan persahabatan atau kekeluargaan..tiada gunanya berterusan untuk berdendam walaupun dalam diam..

Nota Diari : Senyuman plastik lebih baik disimpan dan pergilah dengan kehidupanmu jika itu yang lebih membahagiakan diri..pergilah, jangan kembali..

Muhasabah Pagi




Saya mempunyai sebuah kenangan yang mungkin sebenarnya merupakan memori peribadi yang sukar saya padamkan dalam ingatan. Sejujurnya dan serendah diri yang boleh saya mengakui diri saya tidaklah sehebat insan-insan di luar sana yang lebih tabah dan cekal. Kehidupan yang dilalui sekarang bukanlah untuk disayangi dan diambil berat lantaran diri ini juga sudah mempunyai tanggungjawab dan komitmen, memang sepenuh hati kepada keluarga dan anak-anak!. Kenapa dan mengapa serta apa yang diingini dalam kehidupan yang mendatang terus menguja dan mengasak minda. Tidaklah terlalu obses memikirkan dan tidak juga tertinggal di luar minda jika bersendirian! Saya lebih merasai sejak perginya Ramadhan baru-baru ini, merenung dan mengenang kembali yang telah berlalu dan kepada insan-insan yang pergi selama-lamanya. Amanat, bicara yang lebih kepada peringatan halus. Samada saya yang wajar memikulnya atau wajarkah saya membiarkan ungkapan yang ditinggalkan tidak bernoktah sampai bila-bila?. Seboleh mungkin, selagi hidup ini mampu melihat sekeliling, menghidup udara lalu, mendengar alunan alam..saya cuba sedaya upaya untuk melakukan perkara yang boleh memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan bersama. Namun, hati saya tidak pernah putus namun tidak pernah mengharap setinggi langit biru agar perubahan mendadak dalam panaroma hidup sekarang. Mungkin diam dan bersederhana seribu kali lebih baik daripada buah hasil yang diterima sekarang. Sesukar  mana untuk difahami, sekejam mana untuk disakiti terpulanglah asalkan tiada keperitan di hujung hari. Hidup ini serba sementara, jika diingati..

Selasa, 11 September 2012

Daging Rusa Ramuan Halia




Bawang besar 2 biji,halia seibu jari besau korang,bawang putih 5-7 ulas, 2 biji cili merah    dan 1 biji lada hijau bangla..hahaha



Daging rusa saya..



Siap dimasak dan dihidang..

Salam semua..hari ni mak nak hapdet belog ni citer pasal menu memasak pulak..ayohai menu ni tak lah sehebat mastercheff kat astro tuh atau kat hotel taraf bintang..menu ni saya buat hujung minggu itu hari sebelum balik Melaka....tadaaaaa..daging rusa masak halia..kat sini saya lebihkan lada hitam untuk rasakan perisa jew..ahaa dan korang pun mesti nak taw tatacara penyediaan bebahannyer kan? Very simple..tang daging tuh korang buleh pilih daging lain ar..jangan tanya lak mana saya dapat daging rusa tuh..apapun tQ kat kak Siti (staff kat tempat keje hasben) sebab sponsor daging..katanya hasben dia dapat masa berburu di hutan Sabah itu hari..arigato arigato hait..hah..ni saya jugew nak bagi kredit kat belog cAhaya Cintaku, blogger Ana Suzana sebab berkongsi resepi di belog cutenyer! terbaekkk...cutengok-cutengok belognyer..terima kasih Ana..cuma saya olah sikit - sikit ramuan dalam menu nih..tambah air asam jawa setengah cawan tapi biar pekat..yang lain semua sama..selamat mencuba..

Aduh Adam..


Wah...kali ni saya nak berceloteh pasal novel lak..uppss dulu-dulu saya memang kaki novel..biasalah setat zaman siswi dulu, novel dalam tangan mesti ada..dalam beg bukan jew ada nota kuliah tapi jugak ada novel..kira dalam sebulan kena beli (bunyi macam arahan dari diri sendiri..keh..) dalam 1 atau 2 buah..belum lagi makalah atau majalah Dewan Siswa dan Pelita Bahasa..mak aiii membaranya kenangan semalam..hangat  lagi gitewww..tapi novel pertama saya yang saya suka dan beli tidak tersengaja ialah Yang Terindah, karya Anis Ayuni..best giller sebab topixnya tak lah jiwang giwang tapi boleh jugaklah merobek jiwa dan perasaan orang macam saya nih..sobsobsob..novel yang saya letak gambaunya kat atas nih entah novel yang ke berapa saya beli tak pulak saya ingatnya..novel ini kira mengancam jugew..tadaaa...sekarang nih dah diangkat atau diadaptasi ke genre drama bersiri kat  Astro..biaserlah nak hangatkan cerita, barisan pelakon tak kalah tuh..panggil jugak Aaron Aziz..apapun, saya sendiri terbukak balik novel Adam dan Hawa semasa balik rumah mak baru-baru nih..tak sama sebenarnya penataan gaya bahasa dan plot dalam novel bila digayakan dalam bentuk drama atau filem..huhuhu..tak kisahlah, janji ceritanya memang menarik sebab nak tahu kesudahan storinya..saya fikir, Yang Terindah pun bestnya jugak kalau diadaptasi ke bentuk drama atau filem..hahaha..tapi barangkali kalau dilakukan jugak tak mungkin saya dapat tonton sebab zaman nak berloafing dengan 'wayang-wayang' dah berlalu..nak membaca, mungkin akan dikembalikan hobinya sebab membaca masih dalam habit saya..cuma genre saja mungkin kena ke arah antara ilmiah dan futuristik sikit selain kekeluargaan..okehlah..meh sambug kejew semula..bestnya dapat menulis..hilang gatal tangan mak nih..sekian, wassalam!!

Jumaat, 7 September 2012

Raya Banget Jabatan Kerja Sosial PPUKM






Inilah wajah-wajah gembira yang menyambut majlis jamuan hari Raya Aidilfitri peringkat Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUKM 2012..sayangnya bos kami, Puan Suraiyah tidak dapat menghadiri majlis sebab ada masalah kesihatan..

Khamis, 6 September 2012

Second Birth..Apa Citer?




Urghhh...tajuk entri je dah menyoal diri sendiri..apapun, salam sejahtera ke atas diriku dan korang-korang yang sudi menfollow belog saya nih..entri sebelum ni saya ada menceritakan pengalaman melahirkan dak kakak secara pembedahan..awal-awal memang seram, sampai anak kedua pun mak cakap nightmare..kehkehkeh..apalah aku nih....yang pastinya saya seronok melalui kehidupan sebagai mommy kepada 2 orang budak ketot metot tuh..

Alhamdulillah, beranak yang kedua ni doktor pakar Dr.Raihanah memberikan greenlight kat saya yang saya nih boleh try bersalin secara normal..baca betul-betul, boleh try yer..katanya tak ada komplikasi macam dak kakak..saya under team oren so pakar tuh dia akan follow sampai kita bersalin anak yang kesekian..dia ada shoot ar kat saya, kenapa tak jarakkan kelahiran sebab takut-takut luka dalam tak sembuh..adoyai..mak lidah kering masa tuh nak jawab..dah masa tuh kira jiwa tengah baru nak terbuka untuk menerima seadanya rezeki dari Allah..memang saya terkejut sebab terlalu awal untuk dak kakak terima 'si adik'..patutlah saya mengidam tiap petang nak minum fresh orennnn...urghh tak tahan air mak nih..yang tambah menakutkan asal lak jam 4 petang je tekak mual semacam..memang tak ambik ubat perancang pun sebab masih breastfeed masa tuh..okeh tutup jap kisah termengandung, pakar cakap continue jew..sayang kat baby..cehwahhhh pujuk hati aku ler tuhh..hasben pun cakap, on jew..ada rezekilah nanti nak besaukan anak..pandailah awak!!!

9 bulan mengandungkan dak adik, so far tak ada apa sangat yang berlaku kat saya dan kandungan..cuma sedehlah sikit sebab persiapan pakaian tak sehebat macam dak kakak..entah, malas sangat masa tuh..pakai jew mana yang ada..mak saya lak yang kesian, dia pulak yang buat persediaan untuk sambut cucu keduanya..terus terang mak cakap, hati nih masa tuh macam rasa takut sangat-sangat kalau dak kakak akan kehilangan perhatian..memang nenek dan atuknya sayang dak kakak lebih-lebih tapi entahlah susah nak tulis dengan perkataan..honestly, ini ujian saya mengandungkan dak adik..dia tahu yang maknya macam susah nak 'terima' dirinya..preggy yang kedua saya tak diwarded awal macam kakaknya..cuma masuk malam hari guru (malam minggu masa tuh) sebab kontraksi sangat-sangat..tarikh jangkaan bersalin memang 18 Mei 2011..tapi saya setat sakit 16 Mei..nak sama tarikh dengan pak long agaknya..hasbend hantar kat PAC PPUKM malam tu jugak, masa tuh dah 1 pagi..doktor cakap baru bukak 2 cm..dipendekkan cerita, hari kedua saya baru ujian besar datang..sebelum tu kontraksi 2 jam sekali datang tapi belum ada tanda yang serius bb nak keluau..hari Selasa malam, dari jam 11 malam saya dah tak boleh tido..mengiring salah..sakitnya pinggang macam nak pecah, Allah sahaja yang tahu..call hasben buat solat hajat..dia nak dak datang hospital saya cakap tak yah..mak lak dah kelam kabut..katanya masa tuh tengah siapkan kuih kasturi..adoyai mak aku tuh..saya lawan keadaan, kalau betul nak bersalin, baik buat jalan-jalan..cepat sikit bukaan..tapi baru 3-4 langkah saya dah tak gagah..ners pun soh baring jew..ha apa lagi kena kaco dengan aku setiap 30 minit saya bunyikan loceng sebab bb tendang kuat sesangat!! Bayangkan 7 jam saya berpeluh-peluh sorang kat atas katil, pukul 6 doktor datang dan cek-cek bukaan saya dah 7 cm! Gila kau...apa lagi atas katil tu jugak doktor pecahkan air ketuban..perghhh saya dah tahap longlai..hasben mujur datang awal sumbatkan kuih kasturi kat mulut dengan air zam-zam..kira dia tak jadiklah balik Maran masa tuh..kehkehkeh..kesian gak sebab dia ada mesyuarat pagi tuh kat Kuantan dan nak tahu finally result pertukaran ke KL..

Apalagi saya pun ditolak ke dewan bedah, tunggu lagi doktor Anes (bukan nama orang ekkk)..aduih..kena ubat bius lak..lagi saya tak tahan..kebas ar dari pinggang hingga ke kaki..kontraksi berkurangan tapi tetap rancak tak terbilang saya! Saat ni paling haru, dan akan dikenang sehingga akhir hayat saya..hasben pun katanya insaf sebab tengok saya payah dan jerih nak melahirkan dak Cerap..bayangkan berapa jam lar saya kat dewan bedah tu hanya semata-mata dok push-push adik soh keluau..hasben keluar masuk keluar masuk jenguk saya memberi sokongan dan semangat..kot saya ni banyak dosa kat hasben tu yang payah kot nak menerean...ha kaw, kurang kemesraan layanan jew..pembudak budak..wuahwuahwuah..doktor dengan ners ada yang fedap dengan mak sebab katanya saya ni malas nak teran..poyo korang..aku sakit belakang, dengan muntah 5 kali buta bijik mata kaw?? Tapi jodoh saya dengan dengan doktor lady, indonesian..dengan kakak ners yang kedua-duanya macam tetiba kenal lama dengan saya..layanan dia buat saya tetiba jadik bersemangat..tadi kan mak dah longlai macam tapai..dia bagi motivasi dan perangsang, kesian kat mak dan bb..so dia suruh kami bertiga saling bagi sokongan each other..doktor tu cakap pilihan terakhir bb kena pakai vakum..apalagi saya push, doktor tarik..pushhhhhhh..tergolek dak adik kat kain saya..memang doktor dan ners tuh cekap bekerja..adik pun nangis perlahan jew..

Saya terus pening-pening lalat, dalam hati bersyukur kepada Allah sebab akhirnya keluau jugak..apalah yang ko nak dok dalam lagi cerap? Hasben pun terpinga-pinga tengok saya dah tak teran..dia terus dapatkan bb untuk azankan..haha tak pasal-pasal hasben tertengok doktor jahit saya..huhu..tak lama pun 15 minit kerjanya..memang tak terasa..tapi saya lebih kepada keletihan yang teramat sangat..memang saya surrender dah masa tuh..tolak semula ke wad, dak cerap dah saya sumbatkan dengan susu badan..kesian dak kakak, arwah abah, mak dan adik saya menunggu!! Menangis saya masa tuh..ntahlah, masa dak kakak lahir saya tak lah nangis macam orang berpisah lama..tapi malam tuh luruh jiwa saya..mak saya lah yang banyak support kat wad..saya soh hasben balik bawa abah, adik saya dan yang penting dak kakak..mak teman saya malam tuh..lepas bb tido saya nak le ke toilet..dushhh..dunia ana berpusinglah..mujurlah ada doktor oncall malam tuh..dia yang sajes masukkan darah dalam badan saya..memang kelahiran kali ini bb so far tak ada masalah, tapi maknya pulak yang 'bermasalah'..saya kena tahan 3 hari, keluar betul-betul tarikh ulangtahun saya yang ke 32 tahun!! Terharu rasanya...bukan senang nak discaj kalau darah tak naik ke paras normal..betullah, kang kalau mak dah pitam jew sapa nak menyusubadankan anak..takkan bapaknya lak kan? Apapun, bersyukur dan pengajaran padaku..setiap kelahiran..ada kisahnya..nyehnyehnyeh..

Selasa, 4 September 2012

Kenang Kisah Lalu, Sapa Suruh?

Salam...untuk diriku dan kaum wanita khususnya..ceh3..mintak maap,mintak laluan walaupun sekarang dah jam 9.15am, tapi repotku masih KIV lagi..letih sangat2 walaupun diawal pagi..saya sebenarnya nak share walaupun dah tahu awal2 seminggu lepas yang kawan baik zaman sekolah rendah dan menengah dulu iaitu Pn.Norzarina dah pun selamat melahirkan anak pada 22 Ogos lepas..tahniah Mak Aji..rezekinya dapat 4 orang anak, semuanya boboboy..sarjan shahab semua..taw member bersalin sebab terbaca entri dalam blognya..kalau boleh usaha lagi  kawan saya tuh dia HW, so target nak bb gerl mesti dapat, insyaAllah..Emm baca entri kawan saya tuh, rasa semalam je saya bersalin..keh3..orang perempuan jew merasa taw..inilah kudrat yang Allah Taala bagi kat kaum Hawa..nak angkat barang berat yang lain, tengok keadaaanlah dululah yer..

Macam saya, ada 2 pengalaman berbeza semasa melahirkan anak..si kakak secara ceaser sebab doktor yang target katanya uri bawah..itu saya tak nafikan sebab genyah buat kerja pindah rumah,angkat barang turun naik tangga (almaklum rumah apartment yang takder lip) semuanya bak kata orang kerja bagai nak gila,nak kaup semua..mana taknya..hasben jauh,tak kan kaw sanggup nak tunggu hujung minggu baru nak ngemeh rumah? Memang terlanggar ar pantang sikit sebab angkat barang berat-berat macam dah tak ader ahli keluarga lain..kah2..apalagi warded kat hospital hampir 3 minggu..tapi tak ada show masa tuh..heran mak sebab aku ok jew,doktor lak yang risau lebih..kesianlah kat hasben, mak ayah saya masa tuh sebab berulang dari Kajang ke Cheras tiap masa..yang hasben masa tuh belum dapat pindah lagi, so yang berperang datang famili sayalah..sobsobsob..tarikh jangkaan kakak masa tuh pun lari, kononnya 28 April 2010, tapi doktor plan nak awalkan sebab katanya dah cukup timing maka dicongakkan untuk rebut dewan bedah makanya diberikan tarikh awal oleh manusia yang serba kerdil kepada 12 April 2010..siapa sangka, manusia punyer perancangan, ada diari (macam akulah..ada diari kehidupan, siap ada blog yang tak tahan...kehhhh) tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya..pagi Jumaat yang indah pada 2 April 2010, saya hentam lagi bekas yang masih berisi sambal petai yang dibawa oleh mak semasa melawat malam sebelumnya..macam biasalah, lepas solat subuh kat katil, kita orang yang kat 'line' atau 'cube' pemerhatian akan saling berborak bertanya khabar sebab tirai dah ditarik oleh ners..memang luas pemandanganlah sikit..dikenang-kenang memang sedehlah sebab macam duduk kat penjara sebab segala-galanya terkawal pergerakan..tak bolehlah mak nak tengok tv ker, gi jamban ker, ronda-ronda katil orang ker..ada jew mak kena sound sebab kena dok katil sendiri takut tumpah darah..bukan nak berdegil, I jalan seslow lah jugak..emm anggaplah masih ada yang sayang..

Okehh, selang jam pahtuh..saya dah setat sakit perut..nak membuang kot..ehh ehh perut saya dah mengeras lain macam..sebenarnya mengeras perkara biasa sebab pepagi masa ward round pun bb dalam perut suker sesangat tunjuk persembahan kat doktor2 student..nak jadi stori, meleret-leret meragam perut masa tuh..makin lama makin sakit..first time rasa kontraksi..dalam hati terdetik, aku ni bersalin normal ke atau tingkap nih..kengkawan satu 'cube' dah longgok kat katil masa tuh..sesemuanya bagi semangat juang..haha..datang lak si mamat seopis dengan saya, Khairul Amilin..katanya saja nak datang melawat sambil-sambil nak tanya pasal kerja kes..kijam betul mamat tuh..mak hengat lagi wehh...dia lak yang kelam kabut tolong call kat adik saya bagi tau yang saya dah nak bersalin..nak senyum pun tak boleh kat dia..saya pun mintaklah dia tolong dialkan nombor hasben..tak berangkat masa tuh sebab hasben dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul..sejam graf saya tak cantik, tinggi boleh tahan..doktor pun decided tolak saya ke dewan bedah..ketiak mak,dahi mak semua berpeluh sebab kontraksi sesangat..doktor memang tak seluk sebab kepala bb dah hampir menutup pintu rahim..so memang sahlah mak kena belah!!..kerja doktor memang pantas sebab saya dengar 2 beg darah O positif dah standby tepi katil..saya pun ditolak setelah sign sendiri borang kebenaran untuk bersalin..masa tuh saya ingat lagi, jam 12.30 tengahari, kontraksi tak henti-henti..hasben pun dah tahu setelah  pakar sendiri yang call..berdesup bawa kereta dari Maran ke KL, katanya 1 jam setengah..gasaklah masa tuh..

Alhamdulillah, 1.30 petang..bb Ainur Sakinah selamat dilahirkan dan pengalamannya begitu mengujakan saya..memang saya rasa belahan di perut sebab ubat bius tak habis jalan..masa jahit semula pun rasa sakit tapi tak lah masa awal torehan..rasa bertarung nyawa sebab doktor cepat-cepat pakaikan gas untuk saya masa tuh..katanya tekanan darah rendah..alhamdulillah tak masuk darah..sebelum tuh anggapan doktor saya akan kehilangan darah banyak kelak, so worried lah sebab tambah-tambah saya ada masalah anemia dan minor thalesemmia..tengah-tengah dia orang kemas-kemaskan anak, tepuk-tepuk anak soh nanges dalam hati ni gembira dan bersyukur sangat..terubat rasa sakit..kah3..sayangnya bb saya ditolak terus ke NICU pulak sebab ada masalah Congenital Pneumonia..doktor peads cakap normal situation sebab birth secara ceasear memang ada gitu punyer problem..emm 4 hari kakak dok kat balang di NICU..fuhhh pengalaman bukan bersalin secara normal memang ada pro dan kon la..saya dah rasa dua-dua..ok ar..yang kes dak adik, sok-sok saya popet dalam entri yang lain yer..melalui pembacaan banyak membantu saya melalui proses berpantang..pengalaman mak sendiri dan mak mentua serta adik beradik tak berapa nak great lah sebab semuanya normal birth..so saya ni pecah pagar ruyunglah dalam sejarah famili yer? sedehhh jugak anyway, tak kisahlah janji saya dah selamat melalui proses kelahiran tersebut..masa dapat panggilan dari wad NICU yang kakak boleh discaj, sayalah orang yang paling gembira..dah tak tahan bengkak susu sebab tak sama perah sendiri dengan bb menyusu terus, huhu baru tahu indahnya dah jadi seorang ibu..sekian, bersambung... 


Ini dia kakak..dah besau pun sekarang..2 tahun 5 bulan..

Isnin, 3 September 2012

Aku Tak Bengang Pun..


Biarlah ada yang mengata, biarlah ada yang menikam, biarlah ada yang menabur dendam dalam diam, biarlah..biarlah..biarlah..jangan kita cakap lebih sebab cakap lebih mulut busuk..kita semua masih dalam bulan Syawal..yang saya taw, mulut yang busuk ketika berpuasa itu lebih wangi ketika berbuka (salah ke ayat mak ni ekkk??)..kalau ada insan yang tak suker baca blog nih, saya nak cakap haper  kan? Ni ruangan pojok saya, ini BeLog aku Punyer!! Itu jew..tata..




(p/s : tQ kepada insan silent reader yang sudi folo saya dan bagi mesej membina melalui no hanset kedua..terasa macam di atmayer lak ketika zaman kampus..perasan jap..hehe..)




Kenapa Dengan Gigi Nih??


Hadoi..saja godek-godek gambo kakak eh..eh..boleh tahan jugak gambo Kina menyengeh tunjukkan giginyer..perli maklah turrr  " __ "


Ni pun sama dak adik..snap pic mestinya nak tayangkan GGnyer..kehkehkeh..