Selasa, 25 September 2012

Apa Sumbangan Kita HAri INi..

Salam semua..kegatalan jari jemariku kian membara..maka haruslah saya melancarkan papan keyboard ni daripada tak berbunyi langsung..wooo

eNTri hari ni memang lebih kepada berbaur motivasi dan bukannya poliTIk..kehhh

Setiap kali bangun daripada tiduR, apa yang selalu kita buat atau apa yang kita fikirkan? Adakah kita teringat, jap-jap lagi nak buat apa atau masih lagi terkenang peristiwa semalam? (sambil mata naik aTAs..poyolah kononnya..)

Sebenarnya terpulang pada badan diri memasing..tapi bagi yang dirinya berpaksikan kepada kehidupan seorang muslim, manis mengingati Nabi junjungan kita dengan berselawat sambil menyegerakan diri untuk bersiap-siap mengadap Ilahi..maknanya pergilah mandi, gosok gigi dulu dan sebagainya..macam yang rutin kita buatlah kan..syukurlah sangat-sangat kan sebab bertambah sehari lagi umur kita dipanjangkan.....

Saya teringat Prof. Muhaya (mantan pakar mata Pusat Perubatan UKM) berkata, malam sebelum tidur kalau berkesempatan fikirkan apa yang boleh kita sumbangkan hari esok dan janganlah kita fikirkan sangat apa yang boleh kita dapat esok hari..wooo

Kalau pada yang berkemampuan, mungkin wang akan didermakan kepada mereka yang memerlukan. tAPi perlu diingat, untuk lakukan amal jariah tidak semestinya dengan uWang semata-mata beb! Haha

Kata-kata dan pengajaran yang baik juga merupakan ibadah yang boleh melorongkan seseorang untuk menyumbangkan pahalanya..jika dimahu..setiap percakapan, perbuatan dan apa sahajalah yang kita mulakan hari ini wajar difikirkan terlebih dahulu hanya semata-mata sumbANgan untuk mereka-mereka di sekeliling kiTA..mungkin yang terhampir dengan kita adalah ahli keluarga kita, anak-anak, suami atau isteri, rakan sekerja, bos dan jiran tetangga! 

Nota Diari: Fikir-fikirkanlah apa sumbangan kita hari ini, untuk DIA?

Tiada ulasan: