Rabu, 12 September 2012

Muhasabah Pagi




Saya mempunyai sebuah kenangan yang mungkin sebenarnya merupakan memori peribadi yang sukar saya padamkan dalam ingatan. Sejujurnya dan serendah diri yang boleh saya mengakui diri saya tidaklah sehebat insan-insan di luar sana yang lebih tabah dan cekal. Kehidupan yang dilalui sekarang bukanlah untuk disayangi dan diambil berat lantaran diri ini juga sudah mempunyai tanggungjawab dan komitmen, memang sepenuh hati kepada keluarga dan anak-anak!. Kenapa dan mengapa serta apa yang diingini dalam kehidupan yang mendatang terus menguja dan mengasak minda. Tidaklah terlalu obses memikirkan dan tidak juga tertinggal di luar minda jika bersendirian! Saya lebih merasai sejak perginya Ramadhan baru-baru ini, merenung dan mengenang kembali yang telah berlalu dan kepada insan-insan yang pergi selama-lamanya. Amanat, bicara yang lebih kepada peringatan halus. Samada saya yang wajar memikulnya atau wajarkah saya membiarkan ungkapan yang ditinggalkan tidak bernoktah sampai bila-bila?. Seboleh mungkin, selagi hidup ini mampu melihat sekeliling, menghidup udara lalu, mendengar alunan alam..saya cuba sedaya upaya untuk melakukan perkara yang boleh memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan bersama. Namun, hati saya tidak pernah putus namun tidak pernah mengharap setinggi langit biru agar perubahan mendadak dalam panaroma hidup sekarang. Mungkin diam dan bersederhana seribu kali lebih baik daripada buah hasil yang diterima sekarang. Sesukar  mana untuk difahami, sekejam mana untuk disakiti terpulanglah asalkan tiada keperitan di hujung hari. Hidup ini serba sementara, jika diingati..

Tiada ulasan: