Rabu, 12 September 2012

Nota Untukmu



Manusia, kelebihan dan kekurangan saling melengkapi seluruh kehidupan. Wajarkah insan yang kita kenali, lebih kepada teman tapi mesra yang sekadar bertegur dek tugas, selisih dengan sekadar jelingan bagai angin lalu kesanggupan untuk membibitkan perasaan ketidakeruan? Mungkin kita bukan sedarah daging dan bukan dari percantuman seteru nasab yang sama akan tetapi bibit-bibit yang bisa disemai disebabkan sekelumit amarah dan ketidakurangan memuaskan hati seringkali melingkari jiwa yang gelisah tidak tercapai maka acapkali dilempiaskan pada yang lemah..hakikatnya si lemah tidak berdaya untuk membalas dan membelasahnya dek kerana cuba memahami perkara yang tidak difahami! Manusia yang sering merasa dirinya teratas (yang pastinya bukan Laila Namamu Teratas) sering tidak menyedari dirinya menyakiti orang lain mungkin kerana dirinya adalah benar dan benar-benar belaka..ego dan tak rasa bersalah! Allah Akhbar..sedaya berusaha dan  jauh sejauhnya sikap-sikap sebegini..selagi kita bernafas, kita semua bersatu dalam tali ikatan persahabatan atau kekeluargaan..tiada gunanya berterusan untuk berdendam walaupun dalam diam..

Nota Diari : Senyuman plastik lebih baik disimpan dan pergilah dengan kehidupanmu jika itu yang lebih membahagiakan diri..pergilah, jangan kembali..

Tiada ulasan: