Rabu, 31 Oktober 2012

jEjAk KeNanGan-2003



Korang semuer..
Post saya kali nih tidaklah berniat nak menunjuk-nunjuk tau..sekadar coretan, buat kenangan..ceritera ini kuabadikan agar terus menjadi satu memoir terindah dalam lapangan perjalananan seorang mama yang bergelar Mama Rocky! Pada sesiapa yang terus ingin membaca, persilakan untuk meneruskannya dan kepada sesiapa yang tak hingen untuk membaca bebelan-bebelan di ruangan pojok MR, persilakan langkah untuk keluar daripada ruangan patik ini..ibaratnya, datang tak dijemput, pulang pula tak disuruh..jangan marah yaaaa...ciwahhhh

Tahun 2003, merupakan tahun black and white MR di kampus..pelawaan arwah bapak untuk menjejakkan kaki di bumi suci Mekah dan Madinah merupakan satu rahmat dan hadiah bernilai yang amat tinggi harganya sepanjang tempoh kedewasaanku..mana mungkin MR menolak kan? Tak cukup dengan 'keperitan dan kejahatan' yang dilemparkan oleh insan yang pernah MR kenali, keluarga MR juga turut terkena lempiasnya!! BAYANGKAN MR di Penang, keluarga di Melaka juga terkena..kesian, kasihan..pendek cerita, arwah bapak bertekad, biarlah kami sekeluarga (kecuali Along) membawa diri memasing 'menyerah' diri kepada Yang Maha Esa agar rayuan dan rintihan kami dapat merungkai jiwa-jiwa kami yang sedang diuji pada masa dan ketika itu..

Korang..bukan semua masalah kita boleh adu kepada kawan-kawan atau sapa-sapalah..terpulang..antara percaya dan tidak sahaja kan? MR pergi dengan hati yang sangat terbuka pada masa tu..kebetulan cuti pendek 2 minggu (study week) sebelum final exam dalam tahun 2..MR tak kisah walaupun peruntukkan untuk buat ulangkaji 'teralih' ke ibadah melakukan umrah! MR tak nak lepaskan peluang keemasan tersebut..segalanya bertawakal..bak kata orang memang hati bersedih, tapi sampai bila??

Ingat lagi MR, nama MR dan adik hampir-hampir tercicir sebelum berangkat..disebabkan pakej yang kami sertai itu tiba-tiba tersalah buat kiraan di mana ada 2 orang ahli dari Kuala Terengganu yang tiba-tiba 'disenaraikan' dalam kumpulan kami..agak lama iaitu hampir sejam kami di ruang legar kaunter tiket (penerbangan MAS)..ha ha..mak dan arwah abah dah masuk kabin..nasiblahhhhh..

Itu ujian kami adik beradik sebelum berangkat..tapi, rezeki berpihak kepada kami..walaupun MR terpaksa duduk di seat jauh daripada famili, MR tak kisah..asalkan dapat 'terbang' ke bumi suci Allah!

Namun ada sahaja ujian..paling teruji di Bukit Arafah!!!

-Bersambung-


Selasa, 30 Oktober 2012

Kisah BUku lagi wehh..



Kita semuer pasti mempunyai hobbies tersendiri kan? Ada yang suka menjahit manik tudung dan baju, ada yang suka buat cupcake, memasak la, mengemas sakan, dan saya hari ni nak menghapdet dan mengemaskini bebelan-bebelan mak nenek beberapa hari lepas yang tak sempat nak menyudahkan ayat-ayat dalam DSK..

kISAhnyA..MR satu masa dulu mempunyai hobi yang sama dan word paling romantik buleh cakap ar, sebulu, sehati dengan arwah bapakku iaitu membaca novel..kuang..kuang..bukan minah jiwang, bukan hati leleh ek..tapi MR memang suker membaca..biarlah baca walau sehelai sahaja dalam satu malam atau buku yang baca kita (maknanya terlelap..), MR akan rasa puas dan kenyang pada hari itu!! 

Kira pic yang teratas MR persembahkan tu..haaa tengoklah, terkesan kegampangan dan kelunyaian buku @ novel tersebut akibat beberapa kali dibaca oleh puan badannya..ha ha..kisah dalam entri yang lalu, novel Yang Terindah MR beli semasa MR dalam tahun 2 di USM..kononnya layan perasaan ar masa tuh..tak cukup nota kuliah, MR beli buku lain buat penambah! Kah..kah

kOLekSI ni semua dalam kenangan..kalau dikira-kira novel seangkatan macam ni kat rumah famili MR di Melaka ada lebih kurang 30 buah buku..belum lagi buku serius-serius yang lain, yang lebih memerlukan pemikiran yang tajam dan jitu seperti Jalan Seribu Liku, Tenggelamnya Kapal Vanderwijk, Melawan Arus, Merpati Putih Terbang Lagi..ehhh banyak lagi ler yang arwah bapak MR paksa baca..paksa-paksa pun MR suka jugak akhirnya..lastly jadilah saya macam nih..hi hi..

Tapi sayangnya, hobi membaca saya ni semakin berkurangan sebabnya masa MR dah banyak terluang untuk anak-anak dan rumahtangga..cumanya kalau menyinggah kedai buku, adalah mata ni tertacap kat rak-rak buku..wah..cantik-cantik dan menarik kulit buku novel taim sekarang..nak membeli, fikir 3 4 kali..ha ha..

Apapun, kerasionalan dalam membaca tetap utuh dalam jiwa anak bekas pendidik nih..bukan nak mendabik dada apatah lagi nak tayang buah xxxx..wooo..tanyalah sesiapa waima anak petani sekalipun, kalau dah minat membaca, nak buang tabiat membaca amatlah sukar..macam MR baca picisan surat khabar buat alas almari rumah mak pun MR baca lagi! Manalah kerja nak habis cepat, buat kerja lain..bebel mak MR..hu hu..

Dan yang lebih dasat lagi, MR sekarang beralih ke alam ala-ala mistik gitew..lebihkan ke arah spiritual, keagamaan..kau ke surau atau masjid dah lah kurang..hah nak buat bodoh lak, makanya belilah MR buku-buku yang patut..

Kata orang apa ke jadah buang duit beli benda-benda merepek kerepek nih..beli cokelat lagi bagus..eh..mak punya pasal ler..kau jangan tak tahu, kenikmatan memegang buku/majalah/novel/suratkhabar tu lebih relax daripada membaca secara maya..MR boleh jew beli cokelat, tapi cokelat tu kan bila-bila masa boleh beli..tak gitew??

apapPun SELamat meneruskan hobi kepada kita semua!! Sapa yang takder hobi, bukak kedai dobi..hobi jugak tu...



BeRSiaRan Dari JohOR


Dak Cerap sibuk melambai dan menyapa angin kampung..


Suasana di kawasan kampung..


Lagi suasana di kawasan kampung..


Pemandangan dari pintu masuk ke Parit Sentang...
ada ler pulak my ex-car termasuk dalam my pic..


SaLam SeMuer..

Rasanya belum terlambat MR ucapkan Salam Aidiladha kepada kaum kenalan di luar sana. Alhamdulillah..setelah sekian berhari raya sakan selama 4 hari di selatan tanah air, maka saya dapatlah meluangkan masa untuk menghapdet semula bebelan yang telah saya keep dulu dalam Diari Sebuah Kehidupan (DSK) pada hari ni..jangan tak taw MR ni suka simpan dulu omel-omelan dalam draft pahtu baru sepah-sepahkan dalam DSK..ho ho..

Ini kisahnya..

MR seisi keluarga bergerak ke selatan iaitu ke Johor Darul Takzim pada malam Jumaat..nak juga cakap, tak seram pun balik malam Jumaat sebab orang cakap takut keluar malam Jumaat..poyo..biasa jew (mata naik atas...)

Lagi sedih adalah sebab bukak channel radio mana-mana (kecuali Tamil dan Cina) berkemundang takbir memuji Allah..sayu..sayu..sobsobsob..tapi taklah meleleh sampai basah baju..nak raya kat Melaka, mak MR lak konpiden, katanya ; ekau pi lah berayo kat Johor nun dulu yo..mak tak po eh...

Gerak 7.30 malam, tiba 12.45 tgh malam..perjalanan yang kena tempuh jem sebab faktor hujan yang terlalu lebat menyebabkan para pemandu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyelowkan kereta memasing..tambah-tambah tasik kat UPM lak melimpah keluar kat highway..aikk banjir kat highway la pulak...

Suasana beraya di sini seperti biasa, tapi meriah..MR tak sempatlah nak snap gambau tadi..bebudak sibuk nak memanjat motor mak-mak sedaranya (cehhh banyak ler motor gamaknya adik-adik ipar MR yer..)

So petang MR dah boring, MR dan encik hasben bawalah bebudak nih keluar jalan-jalan kat kampung..belum lagi dengan jalan-jalan naik motor habis 2 kampung dirondanya...nah..kesan daripada hujan yang maha lebat, parit dari kering kontang dah bergembira sebab air dah penuh semula..yeh yeh..

Moralnya..payah sebenarnya nak bercuti kalau tak kerana cuti umum..nak cuti saja-saja keluarga kami ni jenis 'berkira' siket..tapi kalau dah isu serius pada anak-anak yang melibatkan kesihatan dan cuti emergency pengasuh, tak MR yang cuti, encik hasbenlah yang kena cuti!

Apapun, seadanya bila dah bercuti..hari Ahad pagi baru MR balik ke Melaka..jalan clear..smooth jew..

Nota Diari : Luka Lama Terubat kemBAli..


Rabu, 24 Oktober 2012

Pantun Lara


Ulam raja atas para,
atas para banyak semut;
kenapa hati berjiwa lara,
tiap hari nama disebut.

Pucuk pauh jatuh luruh,
jatuh luruh tepi tangga;
macam mana hati bersungguh,
orang jauh hati tak duga.




Selasa, 23 Oktober 2012

Pantun Bonda Dan Permata



Anak udang dalam dulang,
dalam dulang ada lada;
pandang wajah hati melayang,
rasa rindu dalam dada.

Anak itik jalan sepuluh,
jalan tepi rumah Cik Seri;
rindu hati bagai nak luruh,
permata jiwa bagai penyeri.

Pucuk paku atas tikar,
buah duku dalam raga;
anak-anak selalu bertengkar,
buat bonda jadi naga!

Baju biru kain putih,
selendang putih dilipat dua;
apa guna bonda merintih,
adat beranak dapat dua!!

*Sekian*
(Sumber Pic: Ihsan Daripada Cik Wawa Arif)




Jom Kongsi Doa!













Pergi Senggarang naik perahu,
Perahu penuh buah mengkudu;
Siapa kata hati tak rindu,
PadaMu Rabbi tempat mengadu!




Nota Diari:
Hidup Jangan Jahat..Nakal Sikit Takper..

"  __ "












Jumaat, 19 Oktober 2012

Motivasi Penghujung Penghulu Hari

Fikir baik-baik
Sangka baik-baik
Cakap baik-baik
Kerja baik-baik!!

wo..wo..







Lilitan Memori Abadi


Al-Fatihah untuk arwah abahku..hari ini genap setahun abah pergi..MR saja letakkan pic arwah abah dengan mak yang sedang 'bersanding' di pelaminan..wooo

Macam semalam mereka 'bersanding'..ni pelamin MR, zaman tahun 2009..sekarang ni mungkin lebih canggeh manggeh kottt..kiranya ni pelamin pertama yang berlintas langsung kat rumah famili MR..sobsobsob
so, ibu bapa MR begitu teruja meraikan walimatulurus hamba ini..sebabnya abang MR yang sulung pelaminnya kecil dan guna sentuhan jejemari daku inihhhh..ha ha..alahai, dia yang tak nak berpelamin..gasaklah..

Sekali lagi, arwah bapakku bukan senang nak bergambau..ikut moodnya jugak..

Abah, hari-hariku kenang 
memori pahit dan manis dikau membesarkan diriku bersama isterimu
bergaduh berbaik dengan isterimu 
hanya asam garam dalam rumahtangga
jodoh dan ajalmu dalam genggamanNya
setiamu bersama mak
kasihmu tercurah pada mak
meninggalmu juga di sisi mak!
Aku juga yang ralat
sebab bapa pergi dengan nafas terakhir
menahan sakaratul
sabar menanti sehingga aku tiba......
abah...
terima kasih kerana menumpangkan rezeki untukku
terima kasih kerana sudi membesarkan diriku
terima kasih abah!

Khamis, 18 Oktober 2012

Muffin Rockies Lagies.. (Part Tuw)


Projek Muffin ni yang MR buat sebelum jam 12.00 tengah malam yang masih bertarikh 17 Oktober 2012..Mesti buat, untuk hidangan istimewa sempena ulangtahun sweetboy MR iaitu dak Cerap yang ke 1 tahun 5 bulan hari nih..sebelum nih hias dengan hirisan banana..kali nih dengan gula urai lak..


Ni strawberri yang tak sempat nak buat aksesori atas muffin coklat tuh..makan macam tuh bebudak  rumah nih..makanlah..rezeki kita kongsi bersama kan..habis kita beli lagi..nyehnyehnyeh..

Rabu, 17 Oktober 2012

Kad Digital Untuk Hero Mama


Hari ni MR cuti..ha ha terpaksa eL,
satu keputusan saat akhir awal Subuh pagi tadi..
Asyrafku demam dan merengek panjang
tak sedap hati ni nak serah pada pengasuh..
dia moody jer dari pagi sampai tengah hari..
kesiannya..
kali ni mama tak kena tipu lagi..
dak cerap betul-betul demam..
cepat sembuh yer!

Isnin, 15 Oktober 2012

Kena Tipu..geramnya...

Dah larut malam..mata ni masih segau lagi
Nak buat apa lagi yer
dari dapur sampai ruang tamu semua dah daku berehkan
memang kerja rutin MR, tak yah tunggu hujung minggu
anak-anak pun dah lelap sejam yang lepas
fuhhhhh..lega, puas memujuk
tak padan dengan demam, selesema dan batuk 
kemain dua beradik nih
memang mamanya kena tipu dari petang tadi
ha ha ha
saja nak bersenda dengan mamanya kot
dari awal pagi tadi dak adik hingusnya leleh jew
dak kakak lak batuk jewwwww
sekali serentak laaaa
habis kerja,ambik dari rumah pengasuh
singgah klinik panel di Permaisuri
mujur panel terima sebab buku lak hilang gara-gara pindah rumah
dalam klinik
dak Cerap meragam
mengalih bb yang baru belajau rangkak
sibuk lak bukak pampers sendiri,bukak suau lah...gerrrr
so malam ni..sebagai penawar keletihan MR
moga ubat 3 serangkai tu dapat rawat bebudak nih
dengan izinNya cepat sembuh..
MR bukan letih apa sangat
dah sakit bebudak nih menyebabkan si ibu lagi letih
tak reti dok diam,nak nak dak Cerap..
takpa lah mama..nanti dah besau cerap tak macam bb lagi..
terindu lak kat korang masa belum dapat kaki..
macam dengau arahan jerrrr..ha ha..








Jumaat, 12 Oktober 2012

Doa Penghujung Hari

Ya Allah
ampunilah dosa hambamu ini
terimalah doaku ini ya Allah
jauhkanlah hamba daripada rasa hasad
hamba tak berdaya dengan insan-insan yang menyimpan kesumat
terhadap diri hamba
cekalkanlah diri ini
jangan menangis dan jangan mengalah!

Nota Diari:

Sedari dari zaman kanak-kanak, sekolah rendah hingga sekarang sekeliling MR ada sahaja segelintir kaum hawa yang bersikip sinis terhadap MR..apa istimewanya MR? MR tak kaya, MR tak cantik, MR  tak pandai ilmu-ilmu IT, MR hanya begini..seadanya melalui perjalanan hidup..MR hairan ada segelintir wanita yang ingin mencemburui hamba..
Setahu MR, MR ini hanya insan yang lemah..dari kecil kena belajar pulun, kalau orang lain mungkin sekali baca..tapi MR tidak..
Mujur dalam tumpul-tumpul otak, berkat usaha tanpa jemu dan doa tulus mak abah dapat jugak kaki ni melangkah ke menara gading..
MR pernah merasa disisihkan rakan-rakan, tak tahu apa punca..biarlah..mungkin MR dalam kehidupan sebagai siswi berstatus bujang, yang lain pula dah ada komitmen masing-masing dengan famili sendiri..tak apa-tak apa..
Cukuplah zaman dibuli zaman sekolah, jadi pak turut menyiapkan scrap book untuk subjek Sejarah sorang-sorang..ha..ha kelakar betul..
Bila dah masuk zaman bekerja, kerja pulak dalam gomen..ada lagi yang tak senang..
sabarlah wahai MR..

Kek Coklat Rockies

Morning Friday..so beautiful today..alhamdulillah..MR macam biasa hari..warm up seadanya..new case belum ada takat ni..case susulan, i'll keep coz d'operation lama lagi, tahun depan!! ha ha..crazieeee work!!

Oklah, MR tak sabau nak share aktiviti MR malam tadi..gigih dan tekun MR dok sorang-sorang kat dapur malam tadi tau sebab nak menyiapkan Kek Coklat Rockies..dah lah hujan lebat kat sini..encik hasben dan anak-anak semuanya dah bantai tidur..apapun MR tabahkan hati sebab nak  menghabiskan kerja masak-masak..

Oklah..jom kita tengok tatacara penyediaan Kek Coklat Rockies 


Step 1: 

Saya masukkan 3  sudu gula bersama 1 biji telur
Pukul adunan tersebut..3 minit pun takper..


Step 2:

Pastu masukkan 3 sudu besar sirap coklat (gambar kiri) 
 dan 3 sudu besar serbuk koko (gambar kanan)




Step 3:

Pastu lagi, saya masukkan juga masing-masing 
3 sudu besar minyak jagung Daisy dan 3 sudu besar susu Dutch Lady


Step 4 :

Finally, saya masukkan 4 sudu besar Pancake Mix atau tepung naik sendiri..

** MR gaul-gaul, sebatikan sesemua bahan-bahan tadi dalam mangkuk branded Tupperware kaler hijau 
Dah agak-agak mesra alam, apalagi saya pun tuangkan dengan penuh kasih sayang kat dalam cup aluminium ..sebelum tue, jangan lupa sapu dulu minyak masak @ mentega kat dalam cup yer..

**Adunan-adunan dalam cup tadi bila dah ok semua, masukkan terus ke dalam mikrowave..
3-4 minit sahaja..

Hasilnya......

Inilah dia Kek Coklat Rockies!!


View awal selepas dikeluarkan dari mikrowave..panas-panas..


MR saja letakkan hirisan pisang kat atas tekstur cake..
Untuk kelazatan yang lebih, letakkan dalam peti ais..
-emm yummmi-

Nota Tambahan
-Boleh dihidang untuk 3-4 orang-
-Untuk ramai orang, doublekan kuantiti bahan-bahan tadi-

Khamis, 11 Oktober 2012

Pantun Kasih-Kasihan..(Eyerker..)





Pucuk pauh dahan rimbun,
Harum bacang di dalam raga;
Rindu hati sudah berkurun,
Kenang tuan tak kunjung tiba.

Daun selasih dalam timba,
Daun palas buat ketupat;
Kenang tuan tak kunjung tiba,
Carilah gambar buat pengubat.

Pohon sirih rimbunnya lebat,
Kopi dibancuh pekat-pekat;
Carilah gambar buat pengubat,
Buat peneman pembakar semangat.

Sirih junjung tepi tongkat,
Sirih pinang dalam puan;
Buat peneman pembakar semangat,
terlerai rindu padamu tuan!


Nota Diari: Pantun zaman kampus yang telah ditinggalkan sedekad yang lalu

Uewerkk ;(((


Rabu, 10 Oktober 2012

Dah Tiba Orderan Daku!!



Hai..hai..semua..hari ni adalah hari yang sangat mengujakan MR sebab MR dah terima pun barang yang diorder dari blog Syasya Creative..tepat jam 2pm tadi dengan tak sabaunya saya telah menghubungi telekar bertanyakan tentang bungkusan pos laju yang dikirimkan oleh Pn Azie kita semalam..wooo Azie ni dok kat Serendah rupanya..tak sempat nak berkenalan dengan lebih lanjut..atas dasar percaya dan tengok kat beLOgnyer jew hati MR dah tertawan..

So tiba jew opis, MR terus rabakkan bungkusan sebab dah tak sabau nak tengok dan pegang dengan kepala mata tangan sendiri..hu hu hu memang tabik arr kat dak Azie ni..kerja memang superb..dia nie dah lah tengah pregnen..lagi kuat bekerja..bagus bagus bagus..ibu kena proaktif, cergas..cehhhh nasihat MR kemain lagi..

bEG oren tu dari jenis fabric IKEA..memang sedap ar sentuhan..tahan lasak..sarung tab tu lak dari fabric Japanese Cotton..so MR sangat-sangatlah berpuas hati dengan hasil kerja tangan beliau..kemas..terbaikkk..




" tAtA "

Selasa, 9 Oktober 2012

Kalau Hati Bersih


Keluar dari rumah
Nawaitu kerana-NYA untuk cari rezeki bersama suami
nak bagi suap untuk anak-anak tersayang
dalam kereta jam dah 6.43 pagi
walaupun tanpa jem 
memandu hanya 20 minit sahaja lebih kurang
sebabnya kena tempuh jem
suasana biasa  di bandaraya besar

Hati setenang dan sebersih mungkin
hasil yang diperolehi
disimpan kemas untuk kita bersama-sama anak-anak mama
jangan lupa diri, jangan bangga diri
ilmu yang ada
dikongsi dan dipelajari
berhemah selagi mampu
jangan biar maruah dicerca
jangan biar maruah dicela


Daripada RM18.34
kepada 518.34
satu langkah yang baik
satu permulaan yang hebat
dari hasil penjanaan ekonomi yang semakin mantap
belajar meniru 
insan-insan yang hebat dan tak kenal erti payah
Allah
rahmatilah rezeki kami ini..
Amin

Kalau BoLEh tak Hingin Nak KEnanG..

yANG Ini CATatan kesinambungan saya yang bertarikh 21 September
tangan ni memang gatal nak tulis
nak buat macamana
anak bekas cikgu yang gaRANg teramat
di sebuah sekolah greaAT AAA di negeri MELAka..wo wo..sabau dulu..
bukan nak puji tapi kerajaan negeri dah label lahhhh

Lebih kurang 10 hari lagi
arwah bapakKU genap setahun pemergiannya
macam semalam rasanya aku kena penampau dengannya
dia garang weh
cikgu displin katakan
warden asrama SMK (A) Sultan Muhammad ko...
30 tahun menabur bakti pada anak-anak bangsa
budak-budak lelaki yang jahatnya macam jin jembalang..kah kah
semuanya dah 'dimanusiakan' oleh arwah bapakku
ada yang sekarang jadi doktor, peguam, guru, polis, ahli politik...
yang masih jadi jin dan toyol pun ada..wo wo wo
bukan salah ibu mengandung
dan bukan salah guru yang korek tak hidung
nyeh nyeh nyeh

gARANG garang bapakku
dia tetap bapak akulah kan
biau ada yang maki
biau ada yang keji
biau ada yang dengki
yang maki, keji dan dengki
tak lain dan tak bukan
jiran sebelah rumah namanya Ali Buncit, Dolah Muncung, Normah Tebuan, Sabtu Ahad, Hamzah Gelap, Leha Ronggeng, Mira Murai
yang Cina dan India pun sama takuknya..sepesen
anak dan cucunya diheret ke gelanggang berasap
tak cukup lagi, menghasut rakan sepermainanku, sekelasku
untuk membenci dan membenam keluargaku!
aduhh

daku nak cakap apa
daku nak fikir apa
kalau boleh memang tak hingin nak kenang
semuanya depan baik belakang taikkkk
segalanya terbongkar
setelah kejayaan kugenggam di sini
mujur daku berjaya menjadi insan yang bermaruah
keluar dari kepompong mereka-mereka yang kalut dan badut
hanya pelajaran dan pekerjaan
mampu merubah nasibku sekeluarga
bukan mendabik dada
bukan menyombong diri
daku tak akan membiarkan maruah ibu dan arwah bapaku
dilenyek dan diganyang oleh manusia berhati binatang

Hanya berhijrah daku mampu merubah keadaan
hanya kematian mampu menutup mulut-mulut yang busuk
sekian..


Jangan Dikenang Lagi


Ha ha puyusss jew post Mama Rocky kat atas ek..sedihnya emosi tetengahari buter nih..upss orang lain dah cari makanan buat penyumbat perut..kalau zaman anak dara mungkinlah ayat-ayat ni berlegau-legau dalam kepala hotak kan?? Yelah sehengat zaman kampus MR dollu, pernahlah membuatkan jijaka Melayu Terakhir menitiskan air mata sebab MR ni menolak permintaannya untuk menjadi couple!! Sudahlah.....malu gak kalau terkenang..mana taknya, sehari je 'bercouple'!! Alasan MR mungkin ngengada; saya tak reti nak bercintun, nanti abah saya marah!! Kuah kuah kuah..si dia pun dah selamat bernikah dengan gadis pilihan keluarganya masa kami sama-sama final year..agaknya cara nak membalas dendam kat MR kot..ke dah tiba jodoh dia awal..ha ha..laris jugek mamat tuh yer..mata MR naik atas neh...

Upps bukan terkenang kat laki horang tapi semua-semua ni MR dah sembang-sembang dengan cik hasben MR..cik hasben boleh cakap, kenapalah dia sendiri tak jumpa MR kat cafe Fajar Bakti 11 tahun lepas ..kalau tak dia dah lama nak selamatkan mamat teady bear tuh!!! Bangang punya statement...hanya sebab nak selamatkan air mata seorang lelaki konon..dah hati tak boleh terima nak kata apa..memang MR senegeri dengan mamat TB tuh tapi MR ni dah lah masa tuh sibuk nak catat minit-minit PURNAMA kau pulak sebuk nak ajak aku dating..pe hal??? Fuhhhhh..tapi mamat ni memang baik, pandai masak, cakap bersopan..tapi sayangnya hatiku tak tertawan jugak..

Mungkin sebab MR pernah kiciwakan hatinya, maka jodoh MR lewat..doa orang kot..nak buat macam mana..MR tak memilih pasangan..cuma kena pilih tang agama dan kedudukan kewangan serta bukan jenis pendamping gaY..wo wo..kena make sure sebab realitinya hidup MR berada di kota besau yang serba metropolitan..ha ha..dalam lewat-lewat umur, mungkin dah tiba jodohku dengan en Hasben MR nih..sama-sama keras kepala dah pernah rasa konpiden ke tak dengan somebody untuk fall in love ke episod seterusnya..

Ada hikmahnya hijab kami berdua tak dibuka semasa di bumi Minden, Penang..kalau tak bersepah-sepahlah muka kami kat cafe Permai, tasik Aman Damai, Shopping complex Bukit Jambul..ke kat PPSK sebelum masuk kelas..cinta kampus kalau bawa ke tali perkahwinan tak apalah..kalau tak..dalam kelambulah nanges oiiii...

Nota Diari : Rasa Nak Sambung Belajar..

Isnin, 8 Oktober 2012

Beg Lagi..Yuhuuu


Nie bukti yang Mama Rocky dah transfer kat Pn Azie kita pagi tadi..
Support gang...caiyokkk..berbaloi MR menunggu..berkat kesabaran..


Ini beg EDB mama..he he..macam style nak sambung belajau jew..
Azie, MR copy kat beLOg awak yer..boleh tolong promo sekali kat kenkawan hakak..


Ini untuk cover galaxy tab mama..pilihan cun untuk gaya yang ellegant..twistttt

Arrigato..moshi moshi kepada Pn Azie..credit terbaik
untuk blogger macam u..
hopefully orderan MR boleh diterima dalam minggu ni!!
Thanx for appear my order!!!

Jumaat, 5 Oktober 2012

Pujaan Idaman Hati


Inilah dia..bila dah pasang impian dan harapan boleh jadi sasau hidup pagi hingga ke petang..sebenarnya MR dah lama follow beg branded Bonia selain Carlo Rino..penahlah jugew guna handbag Bonia yang harganya cecah RM500 masa awal-awal kerja dollu..gila kawwww..sanggup jiwa kering dan tutop satu mata masa beli..tak hengat doniya MR tika tuh..wooooo

Kini hati dan qalbu mama dijentik lagi dengan keluaran terbaru..lantaklah walau ada yang kata,paternnya biasa sahaja..ha ha penangan lalu di port beg tangan wanita petang tadi di Jusco..emm harganya macam buat MR seolah tercekik tulang ikan..hampir RM900..giller kaw wehhhh

Kira-kira kalau MR kumpul sebulan dua ni insyaAllah cukup..kerok kat hasben siket..hi hi..boleh jew guna duit sewaan rumah tapi MR belum bernafsu singa jadian..banyak komitmen yang lebih penting dan utama..hasil sewaan harus dijimat untuk kecemasan di masa-masa mendatang!

Nota Diari: Sabar, takkan lari Bonia dikejar!!

Loafing Di JuscO MaluRi..


Bagus sesangatlah waktu Jumaat yang panjang bagi kaum-kaum wanita atau ibu yang nak bershopping..almaklumlah, hari lain masanya singkat kan..so hari ni MR pun mengorbankan masa tidur yang rutin di waktu rehat..makanya MR berlapangLAH dada dan memanjangkan kaki ke JJ..emm dengau jugak kat corong-corong radio ada sale barang-barang keperluan baby..pergi berempat tadi emm dan kesemuanya mempunyai agenda untuk membeli belah apa-apa yang patut tadi..woooo

MR tak luper untuk renew JCard tadi..susahnya nak melupakan 'kekasih' lama..setakat ni masih bercintalah dengan shopping complex sebegini..senang nak cari barang sebab portnya tak sesukar mana..masa taim anak dara dulu, pantang hujung minggu pasti menyinggah..beli barangnya tak..sekadar mencuci mata sahaja..ha ha

So tadi dapatlah MR membeli berus botol anak, putik kapas dan 4 botol susu anak yang harus ditukar setiap 6 bulan..MR ni tunggu je genap 3 tahun si kakak nak diajar full guna cawan jew..biar mudah siket..sekarang pun dah diajau guna cawan tapi si kakak tak maw cawan pelastiK, ditolak sebab dak kakak rasa kebudak-budakkan kot..gerrrr (mata naik atas....)

Beli jugek seluar pendek Kiko warna kelabu untuk dak adik Cerap (semoga dirimu mencerap sinaran cahaya selalu wahai manjaku...amin...)..mamanya ni memang tak beli banyak pun seluar-seluar 'jeans' untuk bebudak..biarlah berkira..ha ha..sebab saiz badannya cepat membesau..samalah macam anak-anak orang lain kan??? Lagipun masa hari raya lepas dah tertinggal kat kampung di Batu Pahat seluau dak Cerap tu hah..adoiyai...untuk dak kak, mama hanya belikan sehelai jew T-Shirt pinky...jadeklah yer..buah tangan petang Jumaat dari mama untuk kamu berdua!

Nota Diari : Jalan-Jalan Cari Jalan Saja..

Tukar HangEN..

Warghhh..terasa cepat masa berlalu..walaupun MR penulis tegar tapi bab background untuk belog memang tak pernah tetap sebab MR suka sesangat ikut mood..maka jadeklah belog MR seperti sekarang, ada seekor arnab yang comel dan setia senantiasa menemani daku ketika menulis..ha ha..jangan lari tau..

Terima kasih dan credit sweet kat Cutest Blog..ada masa dalam bulan yang lain, mungkin MR tukau lagi background belog nih...ceh ceh ceh..

Oklah, thill then..cukup untuk lepaskan gian blog walking di sini..

""  __  ""
   tAtA


Rabu, 3 Oktober 2012

Ayohai Kerja..


Selepas hari raya, kebanyakan rujukan yang MR terima macam suam-suam air botol susu anak 45 darjah celsius jew..bukan nak mengata tapi nampak dah penurunan graf bar atau carta pai MR secara peribadi! Sepanjang 7 tahun berkhidmat di sini, casework memang tak menang tangan tapi mungkin kawan-kawan di KKM lebih awesome..superb!! wooooo

Kini MR lebih dalam zone comfortable/selesa dan tak perlu bertarik urat muka macam dulu-dulu..Kini lebih utamakan kes susulan yang lebih perit bila bantuan tak cukup ongkosnya..pedih..pedih..sedih..sedih..terkeruk-keruk..merayu-rayu kat sumber bantuan untuk mereka yang datang memerlukan bantuan..sobsobsob

Yang nampak kejelasannya ialah MR dah jadi bloggER tegar dan awesome,kottttt..haha

Sebabnya loafing MR sekarang lebih menghapdet diari maya tercinta ini..dulu memang tak ada masa..yelah dulu pegawai tak cukup so unit-unit tak leh dipecahkan atas sebab tersendiri..bila dah ada pelapis officer yang cemerlang dan terbilang maka MR jadilah begini! Kih kih kih...

Yang pasti..tugas tetap tugas..

Nota Diari : Cari Rezeki Seadanya..

Selasa, 2 Oktober 2012

3 Tabiat Kewangan Sihat

Salam korang semua..ha ha MR ada 3-4 minit lagi untuk menghadap beloG kesayangan mama nih..lepas ni MR nak gi jumpa lak MT..he he..actually dah beberapa hari mata MR ni dah terjeling kat blogger tegar Dinar Iraq ni..MR suka sesangat nak memotivasikan diri sendiri tentang bab-bab kewangan..habis dah kat galaxy tab MR download menatang yang melibatkan  expense manager..mama suka, mama suka..

Upss plis jangan jelasi  para reader silent, bukan mama nak appear sesangat kat belOG nih ter..baik kat fesbuK atau bElog mungkin ini adalah wadah para fesbuker dan beloger untuk meluahkan yang terlintas di minda..kununnya...

Okehlah, ape hal tentang kewangan sihat..apa selama ni dia sihat sesangat ke? Makan banyak ke wang tuh? Bila sihat, wang tuh jadi gemuk sesangat ke? Indahnya bahasa, kalau ada insan yang tak faham mana mungkin IRFAN KHAIRI menurunkan tips untuk kita merenung kembali tabiat menjanakan pendapatan walaupun kita tidak menjalankan empayar perniagaan..wah wah..

Apa yang bezakan orang yang kaya dan berjaya dengan orang yang kurang berjaya dalam kewangan? Tak yahlah kita bandingkan diri kita dengan orang seperti Donald John Trump si kaya AS yang sekarang ni antara pembeli berkoyan-koyan Dinar Iraq atau Bill Gate ke..toksah kita pandang dia orang sangat..melainkan kalau dah rezeki terpijak atau turun dari langit itu lain stori la yer..

Cuma kita sama-sama praktikkan amalan ni sahaja iaitu :

1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu..

Gila apa kau..sebelum ni ibarat dah tergadai ke diri sendiri..manisnya budi bahasa dalam alam Melayu..tu pasal Melayu selalu lupa diri..kenkadang disebabkan nak kesantunan dalam berbahasa orang lain pun tak paham..ha ha

Maksudnya, dalam perbelanjaan bulanan apa-apa hal utamakan atau ketepikan terlebih dahulu untuk diri sendiri sebelum melakukan pembayaran utiliti semasa (elektrik, air, telefon,rumah, kereta dll). Yang penting, bahagian ini BUKAN UNTUK DIBELANJAKAN..

Part atau bahagian pulak, janganlah korang tanya kat MR..lantak korang lah nak 10% ke, 20% ke..pepatah Melayu dah ada, sikit-sikit lama jadi bukit..maksudnya gaji yang diterima dalam sebulan, asingkan atau keluarkan sebanyak 10% atau 20%..tapi kalau 2%-5% pun tak salah jugak asalkan ada..praktikkan dari bulan ke bulan dah sudahnya jadilah amalan suka menabung..kalau yang bekerja, sekarang ni tak jadi masalah untuk memotong gaji daripada majikan..berehhh

2. Jejak Wang Masuk dan Keluar

Wooo..kata pakar pengurusan kewangan En.Irfan Khairi kita cakap kekayaan bukan hanya sekadar berapa banyak kita dapat tapi lebih fokus kepada berapa banyak kita belanjakan wang dalam satu-satu masa. Dari situ kita semua boleh lihat sama ada pengurusan kewangan kita gagal atau berjaya!

Jadiknya, amalan seperti mencatit atau mencatat terlalu penting bagi yang hidup 'berkira'..dah kalau macam tu gayanya, kita-kita ni dapatlah melihat aliran keluar masuk wang dalam satu-satu masa..sekarang ni aplikasi dalam gajet dah bersepah-sepah, nak tak nak je naik turun..pada yang masih nak menulis dalam buku nota 555 pun tak ada salahnya!

3. Tabiat menambahkan aliran pendapatan

Kurangkan perbelanjaan, tambahkan pendapatan..ringkas pantun dua kerat ni kan?

Aliran pendapatan ni pelbagai bentuk seperti perniagaan, pelaburan, hartanah dll..kalau siapa yang ada skill menulis bolehlah hantar ke pihak atau syarikat penerbitan majalah/akhbar..ha ha..sendiri fikir apa kelebihan sendiri..bukan itu sahaja..pada MR dalam berbelanja kena berhemah..bukanlah nak nunjuk kita sorang jew hidup berhemah..nak bercucuk tanam pun ikut yang mana selalu digunapakai dalam masakan..tak yahlah semuanya nak dibeli di supermarket..contohnya.....ok kan?

Nota Diari: Suker Simpan Banyak Akaun, Tapi Duit Ciput..woooo






Isnin, 1 Oktober 2012

Aksi Terlampau, Ada Kena Tampau Kang..

Post MR hari ni agak panas,agaknyalah..agak-agak koranglah post kat atas situasinya pernah berlaku kat mana yer? MR ni bukanlah paparazi tapi sepengalaman daripada budak mentah yang baru keluau daripada U beberapa tahun dulu 'benda-benda' ni banyak berlaku kat lokasi tempat keje koranglah!! wowo..nanti..

Lokasi kat gomen ker, swasta ke, yang bekerja sendiri atau tak bekerja langsung pun kalau nak mencerit atau bercakap lucah kaulah nombor satu..yang dah kahwin tak cukup dengan kain dalam suami atau isteri sendiri..gersang senantiasa...perghhh..

Situasi ni dari dulu dah berlaku..tak ada dulu tak ada sekarang..mungkin sesetengah orang anggap nak bergurau tapi bila dah tahap melampau, kau cakap anu sendiri pun tak perasan..wooo

Cutengok sekeliling kita, tak yah jauh..kalau hidup berjiran pulak bila taim tiba musim merawan laki bini orang ni berborak bagai hilang akal kadangkala bawa ke senja..masyaAllah..anak sendiri entah ke mana..ada pulak yang tak nak masuk 'pot' dikatakan sombong, berlainan ideologi..zasss

Kat tempat kerja, si anak dara kena kacau dengan laki-laki orang yang dah beberapa zigot dihasilkan bersama isteri memasing..ha ha..tak cukup bergurau senda dengan isteri atau suami sendiri agaknya di rumah..takutnya..

Nota Diari : Setiap Hari Kena Belajar Mengawal Diri

Kalau Aku Benci, aDA KaU sedaU?


Urgghh bestnyer tetengahari buter ni dapat menaip papan keyboard..laju dan kurang siket kegatalan jari jemariku..entri MR kali ni pedas tak pedas ar..sapa makan cili bangLA dialah yang pijau sendiri..miyahaha..MR idaklah menujukan pada sapa-sapa tau..ishh tak baiklah nak herot orang (mata naik atas..uwerkkk)..kalau bersisa dendam tu, sekelumit pun dah kira ok itupun sebagai tanda pengajaran dan peringatan di lain hari..ada kawan sebuku MR dulu dia kalau benci orang apalagi tempat beloG jelah dia ceritkan orang yang dia benci tau..yelah kita ni manusia, kenkadang depan kita bermanis sebab kononnya nak jaga hati (woit mata naik atas lagi arrr) dan lebih penonjolannya ialah sebab nak tunjuk baik semata-mata..semua orang ada pernah buat kan? NAseb ar kau...padan muka..miyahaha...tak kiralah kau sedara -mara ke, kawan ke, aper ke..apa pun yang penting kenalah berwaspada kepada orang yang bersikap pelastik..alah kalau ejaan betul tuh plastik untuk isi sampah..dah lah susah nak dibiograsi..hidup menyusahkan orang pulak..senang cerita hidup dalam 2 alam pun boleh..betul kawan aku cakap, sapa-sapa ada belog biaulah dia nak karang apa pun..dia nak kongsi idea ke, nak letak pic gambau rumah banglo bertingkat-tingkat ker, apa-apa kesukaan dan kebencian lantaklah woi...ada MR AAK??? Dan yang best MR ni tak kemaruk nak earning pon dari hasil berblogginG ni..just suka-suka..duit yang ada sekarang pun dah kira alhamdulillah walaupun bukan bergaji seorang pegawai atasan mahupun doktor...kang kalau cakap lebih-lebih dituduh cakap riak, besau..letak gambau dalam belog pun dingata riak..hati di dalam saper yang tahu wehh...DIA yang tahu..macam yang MR letak entri kat atas, kau sedau ke?