Selasa, 2 Oktober 2012

3 Tabiat Kewangan Sihat

Salam korang semua..ha ha MR ada 3-4 minit lagi untuk menghadap beloG kesayangan mama nih..lepas ni MR nak gi jumpa lak MT..he he..actually dah beberapa hari mata MR ni dah terjeling kat blogger tegar Dinar Iraq ni..MR suka sesangat nak memotivasikan diri sendiri tentang bab-bab kewangan..habis dah kat galaxy tab MR download menatang yang melibatkan  expense manager..mama suka, mama suka..

Upss plis jangan jelasi  para reader silent, bukan mama nak appear sesangat kat belOG nih ter..baik kat fesbuK atau bElog mungkin ini adalah wadah para fesbuker dan beloger untuk meluahkan yang terlintas di minda..kununnya...

Okehlah, ape hal tentang kewangan sihat..apa selama ni dia sihat sesangat ke? Makan banyak ke wang tuh? Bila sihat, wang tuh jadi gemuk sesangat ke? Indahnya bahasa, kalau ada insan yang tak faham mana mungkin IRFAN KHAIRI menurunkan tips untuk kita merenung kembali tabiat menjanakan pendapatan walaupun kita tidak menjalankan empayar perniagaan..wah wah..

Apa yang bezakan orang yang kaya dan berjaya dengan orang yang kurang berjaya dalam kewangan? Tak yahlah kita bandingkan diri kita dengan orang seperti Donald John Trump si kaya AS yang sekarang ni antara pembeli berkoyan-koyan Dinar Iraq atau Bill Gate ke..toksah kita pandang dia orang sangat..melainkan kalau dah rezeki terpijak atau turun dari langit itu lain stori la yer..

Cuma kita sama-sama praktikkan amalan ni sahaja iaitu :

1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu..

Gila apa kau..sebelum ni ibarat dah tergadai ke diri sendiri..manisnya budi bahasa dalam alam Melayu..tu pasal Melayu selalu lupa diri..kenkadang disebabkan nak kesantunan dalam berbahasa orang lain pun tak paham..ha ha

Maksudnya, dalam perbelanjaan bulanan apa-apa hal utamakan atau ketepikan terlebih dahulu untuk diri sendiri sebelum melakukan pembayaran utiliti semasa (elektrik, air, telefon,rumah, kereta dll). Yang penting, bahagian ini BUKAN UNTUK DIBELANJAKAN..

Part atau bahagian pulak, janganlah korang tanya kat MR..lantak korang lah nak 10% ke, 20% ke..pepatah Melayu dah ada, sikit-sikit lama jadi bukit..maksudnya gaji yang diterima dalam sebulan, asingkan atau keluarkan sebanyak 10% atau 20%..tapi kalau 2%-5% pun tak salah jugak asalkan ada..praktikkan dari bulan ke bulan dah sudahnya jadilah amalan suka menabung..kalau yang bekerja, sekarang ni tak jadi masalah untuk memotong gaji daripada majikan..berehhh

2. Jejak Wang Masuk dan Keluar

Wooo..kata pakar pengurusan kewangan En.Irfan Khairi kita cakap kekayaan bukan hanya sekadar berapa banyak kita dapat tapi lebih fokus kepada berapa banyak kita belanjakan wang dalam satu-satu masa. Dari situ kita semua boleh lihat sama ada pengurusan kewangan kita gagal atau berjaya!

Jadiknya, amalan seperti mencatit atau mencatat terlalu penting bagi yang hidup 'berkira'..dah kalau macam tu gayanya, kita-kita ni dapatlah melihat aliran keluar masuk wang dalam satu-satu masa..sekarang ni aplikasi dalam gajet dah bersepah-sepah, nak tak nak je naik turun..pada yang masih nak menulis dalam buku nota 555 pun tak ada salahnya!

3. Tabiat menambahkan aliran pendapatan

Kurangkan perbelanjaan, tambahkan pendapatan..ringkas pantun dua kerat ni kan?

Aliran pendapatan ni pelbagai bentuk seperti perniagaan, pelaburan, hartanah dll..kalau siapa yang ada skill menulis bolehlah hantar ke pihak atau syarikat penerbitan majalah/akhbar..ha ha..sendiri fikir apa kelebihan sendiri..bukan itu sahaja..pada MR dalam berbelanja kena berhemah..bukanlah nak nunjuk kita sorang jew hidup berhemah..nak bercucuk tanam pun ikut yang mana selalu digunapakai dalam masakan..tak yahlah semuanya nak dibeli di supermarket..contohnya.....ok kan?

Nota Diari: Suker Simpan Banyak Akaun, Tapi Duit Ciput..woooo






Tiada ulasan: