Rabu, 3 Oktober 2012

Ayohai Kerja..


Selepas hari raya, kebanyakan rujukan yang MR terima macam suam-suam air botol susu anak 45 darjah celsius jew..bukan nak mengata tapi nampak dah penurunan graf bar atau carta pai MR secara peribadi! Sepanjang 7 tahun berkhidmat di sini, casework memang tak menang tangan tapi mungkin kawan-kawan di KKM lebih awesome..superb!! wooooo

Kini MR lebih dalam zone comfortable/selesa dan tak perlu bertarik urat muka macam dulu-dulu..Kini lebih utamakan kes susulan yang lebih perit bila bantuan tak cukup ongkosnya..pedih..pedih..sedih..sedih..terkeruk-keruk..merayu-rayu kat sumber bantuan untuk mereka yang datang memerlukan bantuan..sobsobsob

Yang nampak kejelasannya ialah MR dah jadi bloggER tegar dan awesome,kottttt..haha

Sebabnya loafing MR sekarang lebih menghapdet diari maya tercinta ini..dulu memang tak ada masa..yelah dulu pegawai tak cukup so unit-unit tak leh dipecahkan atas sebab tersendiri..bila dah ada pelapis officer yang cemerlang dan terbilang maka MR jadilah begini! Kih kih kih...

Yang pasti..tugas tetap tugas..

Nota Diari : Cari Rezeki Seadanya..

Tiada ulasan: