Selasa, 30 Oktober 2012

BeRSiaRan Dari JohOR


Dak Cerap sibuk melambai dan menyapa angin kampung..


Suasana di kawasan kampung..


Lagi suasana di kawasan kampung..


Pemandangan dari pintu masuk ke Parit Sentang...
ada ler pulak my ex-car termasuk dalam my pic..


SaLam SeMuer..

Rasanya belum terlambat MR ucapkan Salam Aidiladha kepada kaum kenalan di luar sana. Alhamdulillah..setelah sekian berhari raya sakan selama 4 hari di selatan tanah air, maka saya dapatlah meluangkan masa untuk menghapdet semula bebelan yang telah saya keep dulu dalam Diari Sebuah Kehidupan (DSK) pada hari ni..jangan tak taw MR ni suka simpan dulu omel-omelan dalam draft pahtu baru sepah-sepahkan dalam DSK..ho ho..

Ini kisahnya..

MR seisi keluarga bergerak ke selatan iaitu ke Johor Darul Takzim pada malam Jumaat..nak juga cakap, tak seram pun balik malam Jumaat sebab orang cakap takut keluar malam Jumaat..poyo..biasa jew (mata naik atas...)

Lagi sedih adalah sebab bukak channel radio mana-mana (kecuali Tamil dan Cina) berkemundang takbir memuji Allah..sayu..sayu..sobsobsob..tapi taklah meleleh sampai basah baju..nak raya kat Melaka, mak MR lak konpiden, katanya ; ekau pi lah berayo kat Johor nun dulu yo..mak tak po eh...

Gerak 7.30 malam, tiba 12.45 tgh malam..perjalanan yang kena tempuh jem sebab faktor hujan yang terlalu lebat menyebabkan para pemandu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyelowkan kereta memasing..tambah-tambah tasik kat UPM lak melimpah keluar kat highway..aikk banjir kat highway la pulak...

Suasana beraya di sini seperti biasa, tapi meriah..MR tak sempatlah nak snap gambau tadi..bebudak sibuk nak memanjat motor mak-mak sedaranya (cehhh banyak ler motor gamaknya adik-adik ipar MR yer..)

So petang MR dah boring, MR dan encik hasben bawalah bebudak nih keluar jalan-jalan kat kampung..belum lagi dengan jalan-jalan naik motor habis 2 kampung dirondanya...nah..kesan daripada hujan yang maha lebat, parit dari kering kontang dah bergembira sebab air dah penuh semula..yeh yeh..

Moralnya..payah sebenarnya nak bercuti kalau tak kerana cuti umum..nak cuti saja-saja keluarga kami ni jenis 'berkira' siket..tapi kalau dah isu serius pada anak-anak yang melibatkan kesihatan dan cuti emergency pengasuh, tak MR yang cuti, encik hasbenlah yang kena cuti!

Apapun, seadanya bila dah bercuti..hari Ahad pagi baru MR balik ke Melaka..jalan clear..smooth jew..

Nota Diari : Luka Lama Terubat kemBAli..


Tiada ulasan: