Jumaat, 12 Oktober 2012

Doa Penghujung Hari

Ya Allah
ampunilah dosa hambamu ini
terimalah doaku ini ya Allah
jauhkanlah hamba daripada rasa hasad
hamba tak berdaya dengan insan-insan yang menyimpan kesumat
terhadap diri hamba
cekalkanlah diri ini
jangan menangis dan jangan mengalah!

Nota Diari:

Sedari dari zaman kanak-kanak, sekolah rendah hingga sekarang sekeliling MR ada sahaja segelintir kaum hawa yang bersikip sinis terhadap MR..apa istimewanya MR? MR tak kaya, MR tak cantik, MR  tak pandai ilmu-ilmu IT, MR hanya begini..seadanya melalui perjalanan hidup..MR hairan ada segelintir wanita yang ingin mencemburui hamba..
Setahu MR, MR ini hanya insan yang lemah..dari kecil kena belajar pulun, kalau orang lain mungkin sekali baca..tapi MR tidak..
Mujur dalam tumpul-tumpul otak, berkat usaha tanpa jemu dan doa tulus mak abah dapat jugak kaki ni melangkah ke menara gading..
MR pernah merasa disisihkan rakan-rakan, tak tahu apa punca..biarlah..mungkin MR dalam kehidupan sebagai siswi berstatus bujang, yang lain pula dah ada komitmen masing-masing dengan famili sendiri..tak apa-tak apa..
Cukuplah zaman dibuli zaman sekolah, jadi pak turut menyiapkan scrap book untuk subjek Sejarah sorang-sorang..ha..ha kelakar betul..
Bila dah masuk zaman bekerja, kerja pulak dalam gomen..ada lagi yang tak senang..
sabarlah wahai MR..

Tiada ulasan: