Rabu, 31 Oktober 2012

jEjAk KeNanGan-2003



Korang semuer..
Post saya kali nih tidaklah berniat nak menunjuk-nunjuk tau..sekadar coretan, buat kenangan..ceritera ini kuabadikan agar terus menjadi satu memoir terindah dalam lapangan perjalananan seorang mama yang bergelar Mama Rocky! Pada sesiapa yang terus ingin membaca, persilakan untuk meneruskannya dan kepada sesiapa yang tak hingen untuk membaca bebelan-bebelan di ruangan pojok MR, persilakan langkah untuk keluar daripada ruangan patik ini..ibaratnya, datang tak dijemput, pulang pula tak disuruh..jangan marah yaaaa...ciwahhhh

Tahun 2003, merupakan tahun black and white MR di kampus..pelawaan arwah bapak untuk menjejakkan kaki di bumi suci Mekah dan Madinah merupakan satu rahmat dan hadiah bernilai yang amat tinggi harganya sepanjang tempoh kedewasaanku..mana mungkin MR menolak kan? Tak cukup dengan 'keperitan dan kejahatan' yang dilemparkan oleh insan yang pernah MR kenali, keluarga MR juga turut terkena lempiasnya!! BAYANGKAN MR di Penang, keluarga di Melaka juga terkena..kesian, kasihan..pendek cerita, arwah bapak bertekad, biarlah kami sekeluarga (kecuali Along) membawa diri memasing 'menyerah' diri kepada Yang Maha Esa agar rayuan dan rintihan kami dapat merungkai jiwa-jiwa kami yang sedang diuji pada masa dan ketika itu..

Korang..bukan semua masalah kita boleh adu kepada kawan-kawan atau sapa-sapalah..terpulang..antara percaya dan tidak sahaja kan? MR pergi dengan hati yang sangat terbuka pada masa tu..kebetulan cuti pendek 2 minggu (study week) sebelum final exam dalam tahun 2..MR tak kisah walaupun peruntukkan untuk buat ulangkaji 'teralih' ke ibadah melakukan umrah! MR tak nak lepaskan peluang keemasan tersebut..segalanya bertawakal..bak kata orang memang hati bersedih, tapi sampai bila??

Ingat lagi MR, nama MR dan adik hampir-hampir tercicir sebelum berangkat..disebabkan pakej yang kami sertai itu tiba-tiba tersalah buat kiraan di mana ada 2 orang ahli dari Kuala Terengganu yang tiba-tiba 'disenaraikan' dalam kumpulan kami..agak lama iaitu hampir sejam kami di ruang legar kaunter tiket (penerbangan MAS)..ha ha..mak dan arwah abah dah masuk kabin..nasiblahhhhh..

Itu ujian kami adik beradik sebelum berangkat..tapi, rezeki berpihak kepada kami..walaupun MR terpaksa duduk di seat jauh daripada famili, MR tak kisah..asalkan dapat 'terbang' ke bumi suci Allah!

Namun ada sahaja ujian..paling teruji di Bukit Arafah!!!

-Bersambung-


Tiada ulasan: