Jumaat, 12 Oktober 2012

Kek Coklat Rockies

Morning Friday..so beautiful today..alhamdulillah..MR macam biasa hari..warm up seadanya..new case belum ada takat ni..case susulan, i'll keep coz d'operation lama lagi, tahun depan!! ha ha..crazieeee work!!

Oklah, MR tak sabau nak share aktiviti MR malam tadi..gigih dan tekun MR dok sorang-sorang kat dapur malam tadi tau sebab nak menyiapkan Kek Coklat Rockies..dah lah hujan lebat kat sini..encik hasben dan anak-anak semuanya dah bantai tidur..apapun MR tabahkan hati sebab nak  menghabiskan kerja masak-masak..

Oklah..jom kita tengok tatacara penyediaan Kek Coklat Rockies 


Step 1: 

Saya masukkan 3  sudu gula bersama 1 biji telur
Pukul adunan tersebut..3 minit pun takper..


Step 2:

Pastu masukkan 3 sudu besar sirap coklat (gambar kiri) 
 dan 3 sudu besar serbuk koko (gambar kanan)




Step 3:

Pastu lagi, saya masukkan juga masing-masing 
3 sudu besar minyak jagung Daisy dan 3 sudu besar susu Dutch Lady


Step 4 :

Finally, saya masukkan 4 sudu besar Pancake Mix atau tepung naik sendiri..

** MR gaul-gaul, sebatikan sesemua bahan-bahan tadi dalam mangkuk branded Tupperware kaler hijau 
Dah agak-agak mesra alam, apalagi saya pun tuangkan dengan penuh kasih sayang kat dalam cup aluminium ..sebelum tue, jangan lupa sapu dulu minyak masak @ mentega kat dalam cup yer..

**Adunan-adunan dalam cup tadi bila dah ok semua, masukkan terus ke dalam mikrowave..
3-4 minit sahaja..

Hasilnya......

Inilah dia Kek Coklat Rockies!!


View awal selepas dikeluarkan dari mikrowave..panas-panas..


MR saja letakkan hirisan pisang kat atas tekstur cake..
Untuk kelazatan yang lebih, letakkan dalam peti ais..
-emm yummmi-

Nota Tambahan
-Boleh dihidang untuk 3-4 orang-
-Untuk ramai orang, doublekan kuantiti bahan-bahan tadi-

Tiada ulasan: