Jumaat, 19 Oktober 2012

Lilitan Memori Abadi


Al-Fatihah untuk arwah abahku..hari ini genap setahun abah pergi..MR saja letakkan pic arwah abah dengan mak yang sedang 'bersanding' di pelaminan..wooo

Macam semalam mereka 'bersanding'..ni pelamin MR, zaman tahun 2009..sekarang ni mungkin lebih canggeh manggeh kottt..kiranya ni pelamin pertama yang berlintas langsung kat rumah famili MR..sobsobsob
so, ibu bapa MR begitu teruja meraikan walimatulurus hamba ini..sebabnya abang MR yang sulung pelaminnya kecil dan guna sentuhan jejemari daku inihhhh..ha ha..alahai, dia yang tak nak berpelamin..gasaklah..

Sekali lagi, arwah bapakku bukan senang nak bergambau..ikut moodnya jugak..

Abah, hari-hariku kenang 
memori pahit dan manis dikau membesarkan diriku bersama isterimu
bergaduh berbaik dengan isterimu 
hanya asam garam dalam rumahtangga
jodoh dan ajalmu dalam genggamanNya
setiamu bersama mak
kasihmu tercurah pada mak
meninggalmu juga di sisi mak!
Aku juga yang ralat
sebab bapa pergi dengan nafas terakhir
menahan sakaratul
sabar menanti sehingga aku tiba......
abah...
terima kasih kerana menumpangkan rezeki untukku
terima kasih kerana sudi membesarkan diriku
terima kasih abah!

Tiada ulasan: