Jumaat, 5 Oktober 2012

Loafing Di JuscO MaluRi..


Bagus sesangatlah waktu Jumaat yang panjang bagi kaum-kaum wanita atau ibu yang nak bershopping..almaklumlah, hari lain masanya singkat kan..so hari ni MR pun mengorbankan masa tidur yang rutin di waktu rehat..makanya MR berlapangLAH dada dan memanjangkan kaki ke JJ..emm dengau jugak kat corong-corong radio ada sale barang-barang keperluan baby..pergi berempat tadi emm dan kesemuanya mempunyai agenda untuk membeli belah apa-apa yang patut tadi..woooo

MR tak luper untuk renew JCard tadi..susahnya nak melupakan 'kekasih' lama..setakat ni masih bercintalah dengan shopping complex sebegini..senang nak cari barang sebab portnya tak sesukar mana..masa taim anak dara dulu, pantang hujung minggu pasti menyinggah..beli barangnya tak..sekadar mencuci mata sahaja..ha ha

So tadi dapatlah MR membeli berus botol anak, putik kapas dan 4 botol susu anak yang harus ditukar setiap 6 bulan..MR ni tunggu je genap 3 tahun si kakak nak diajar full guna cawan jew..biar mudah siket..sekarang pun dah diajau guna cawan tapi si kakak tak maw cawan pelastiK, ditolak sebab dak kakak rasa kebudak-budakkan kot..gerrrr (mata naik atas....)

Beli jugek seluar pendek Kiko warna kelabu untuk dak adik Cerap (semoga dirimu mencerap sinaran cahaya selalu wahai manjaku...amin...)..mamanya ni memang tak beli banyak pun seluar-seluar 'jeans' untuk bebudak..biarlah berkira..ha ha..sebab saiz badannya cepat membesau..samalah macam anak-anak orang lain kan??? Lagipun masa hari raya lepas dah tertinggal kat kampung di Batu Pahat seluau dak Cerap tu hah..adoiyai...untuk dak kak, mama hanya belikan sehelai jew T-Shirt pinky...jadeklah yer..buah tangan petang Jumaat dari mama untuk kamu berdua!

Nota Diari : Jalan-Jalan Cari Jalan Saja..

Tiada ulasan: