Selasa, 23 Oktober 2012

Pantun Bonda Dan Permata



Anak udang dalam dulang,
dalam dulang ada lada;
pandang wajah hati melayang,
rasa rindu dalam dada.

Anak itik jalan sepuluh,
jalan tepi rumah Cik Seri;
rindu hati bagai nak luruh,
permata jiwa bagai penyeri.

Pucuk paku atas tikar,
buah duku dalam raga;
anak-anak selalu bertengkar,
buat bonda jadi naga!

Baju biru kain putih,
selendang putih dilipat dua;
apa guna bonda merintih,
adat beranak dapat dua!!

*Sekian*
(Sumber Pic: Ihsan Daripada Cik Wawa Arif)




Tiada ulasan: