Khamis, 11 Oktober 2012

Pantun Kasih-Kasihan..(Eyerker..)





Pucuk pauh dahan rimbun,
Harum bacang di dalam raga;
Rindu hati sudah berkurun,
Kenang tuan tak kunjung tiba.

Daun selasih dalam timba,
Daun palas buat ketupat;
Kenang tuan tak kunjung tiba,
Carilah gambar buat pengubat.

Pohon sirih rimbunnya lebat,
Kopi dibancuh pekat-pekat;
Carilah gambar buat pengubat,
Buat peneman pembakar semangat.

Sirih junjung tepi tongkat,
Sirih pinang dalam puan;
Buat peneman pembakar semangat,
terlerai rindu padamu tuan!


Nota Diari: Pantun zaman kampus yang telah ditinggalkan sedekad yang lalu

Uewerkk ;(((


Tiada ulasan: