Jumaat, 30 November 2012

Macam Kau Sorang Pandai Toch up!


he he
seronok gak main tochup tochup
habis gambau MR godek
wooo juling jap mata dak kakak
alah nak..olok-olok jew..

today rasa mood kureng
sebab demam selesema masih belum tunjuk simpati untuk kurang
ok, fine..
please back to work MR!

noTA DiAri : Kejap dah penghujung November..hujan lagi..

Semaian Untuk Diri


Dalam diam dan berharap, setiap hari yang kulalui bersama si budak kecil agar rumahtangga yang dibina dilindungi Maha Esa..
Memang aku wanita yang tak berdaya, namun walau tak berdaya kadangkala selalu inginkan yang terbaik untuk diri, suami, anak-anak dan keseluruhan alam rumah dan tangga kami..
Hampir menginjak ke ulang tahun yang keempat, jarang sekali aku bersikap getik dan romantik..(konon..)

Tidak suka berdalih dan beralasan sibuk kerana ANAK
dalam segala hal, kepenatan dan keletihan menjadi berganda
aku perlukan SUAMI untuk segala-galanya dalam syurga rumahtangga
bertuah dan amat BERSYUKUR ditakdirkan berjodoh dengannya
itu yang selalu kuucap dalam diam 
walau sekurang mana pun dia
bapa kepada anak-anakku sedaya upaya menjadi BAPA

fasa pertama melayari rumahtangga
masih dalam atmosfera menyesakkan dada
sabar..sabar
demi Ainur yang baru nak bergaya
demi Aysraf yang baru nak tumbuh gigi banyak

Terima kasih ALLAH
Terima kasih suami


Rabu, 28 November 2012

Jom Baca..Rileks dan Santai


Woooo..dah keluar siut edisi Disember!!! Majalah Lisa nih seingat aku aktress lelaki takat nih yang pernah jadi cover shoot ialah abang Aaron Aziz (abang? ") ho ho ..)

Harus carik nih beb..fotogenik! MR tengok dan belek wajah si Shila nih, sungguh tatariasnya begitu terserlah..

Harga pun tak mahal dan tak lah selalu MR beli..ikut mood dan mood..

Nota Diari : Baca Ikut Kelapangan


Plastik Sangat Ke Aku Ni?


Dah musim lebat sekarang
sana sini, dari kampung, dari bandar
bau dah menusuk hidung
awal pagi masuk opis, harum semerbak mengalahkan perfume incanto charms
tersangat mengusai ruang udara 
dari Semenyih raja buah datang
menyatukan hati-hati di sini untuk duduk semeja
sambil berbual bicara kisah semalam yang tak sudah-sudah

cukup-cukup sudah
aku hanya sental 3 ulas
dah cukup banyak, barangkali
selama ni nak menyentuh pun payah
depan keluarga dan anak-anak
tidak pulak aku teruja!

dah nak sangat rasa
tiada salah, tiada pula berdosa
plastik sikit-sikit kot
ha ha

Nota Diari: Sokong Buah Malaysia..

Isnin, 26 November 2012

Pulang Tak Kembali


Hari ni blue monday
aku pulak pakai baju dan tidung biru..(turkois..)
rasa kadang-kadang ada mood
kejap ada mood, kejap tak ada mood

Malas nak work lah tuh..
woooo
nak naik semangat
search gambar
cukuplah mencuri kenangan lalu
masa dan insan
ada yang pulang tak kembali
kalau ada insan yang kembali, akulah yang cabut lari!

inilah gambar yang ada dalam simpananku
nak harap orang lain simpan
toksah diimpi
tapi aku juga bukan penyimpan gambar sebenarnya
dah ternampak bersepah, aku songlap ler..

gambar lama
ditenung lama rasa nak nangis
dipandang sekejap rasa nak pandang lagi
simpanlah gambar simpanlah dikau
kalau aku rindu
aku tengok lagi...


Ahad, 25 November 2012

dah cuBa baRu tAu



Salam petang minggu
ni dah kira tiga minggu MR telan benda alah tuh, kapsul minyak zaitun (waktu malam) dan kapsul minyak habbatus sauda' (waktu siang)..minyak atau olive lotion tuh lak MR sapukan kat muka..pengganti masker..setakat ni dah guna alhamdulillah, rasa juga perubahannya..nih semua cadangan power daripada kak Asmawati dari jabatan Maxillo..sis ni jual 3 barang nih semuanya RM40..try ajelah..nak gi spa bila ke zaman aku nih..buat sendiri dululah kat rumah..
yang penting, badan ringan..kurang la letih muka pun tak kusam lagi..terbukti..hihi..
Alhamdulillah..

Kami dan Astro



Alkisah petang semalam kami sefamili ronda-ronda dengan motor..MR dengan takder helmetnyer..bebudak apatah lagi..free hair jew..muehihi..tak jauh melangkah tapi tersinggah jap ke leisurre mall..suasana santai tapi group famili keturunan cina yang ramai..tetiba mata cik hasben nampak kiosk astro..emm upgrade super pack nampaknyer..just add recording service..kira rugi ar sebelum ni bayar rm130 tapi tak on service rekod..cuma tambah rm50 sekali seumur hidup, pay on the dot ms staf dia orang datang..

kelebihan rekod ni bagus pada mr ni yang kadangkala dah terlelap awal dan ada masa sibuk dengan kerja rumah!siap berurusan, kami posing bergambau..free lagi untuk pengunjung kiosk astro!
So Sweet..





Sabtu, 24 November 2012

jom jamu bekfes..



salam sejahtera semua!
korang-korang semua dah bekfes ke pagi nih? wau..cuaca kat cheras la ni sejuk sebab masih lagi dalam gerimis..nak-nak kat sini viewnya menghadap bukit..kabus masih tebal lagi walau nak hampir jam 10 pagi..
okeh..pagi ni mr dan bebudak ni bekfes kopok,wejes dan mini muffin..nyummi..sempat lagi mr berkecah kat dapur untuk siapkan muffin..emm guna cup kecil dapatlah 30 biji..
oklah meh kita sental..bismillah..

Jumaat, 23 November 2012

Gurindam Tengahari


Daun teh dipetik-petik
Dipetik-petik si anak kampung
Hati siapa tidak terjentik
kita senyum dikata sombong

Petang-petang minum teh
minum teh di kedai mamak
hati siapa tidak letih
dikata sombong sungguh tergamak

Pagi-pagi bancuh teh
bancuh teh dengan gula
jangan pilu jangan sedih
hilang duka entah bila

Nota Diari : Selamat Menjamu Minuman Petang..

Rabu, 21 November 2012

Rindu Zaman Student


Terima kasihlah kepada insan yang mencampakkan gambo ni kat internet..buat pengubat rindu kat MR..inilah pemandangan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) tempat MR studi dolu-dolu, kira-kira 8 tahun yang lepas..


Ini laluan ke bilik pensyarah-pensyarah PPSK..kalau petang dan malam memang sonyi gilers..jangan berdua lalu, harus bertiga atau lebeh yer!! Hengat lagi MR, ada satu ketika, pepohon yang menghijau ni kadangkala mengeluarkan bunga-bunga kekuningan..sweet sesangat..nak-nak lagi lepas hujan..bertaburan atas jalan bunga-bunga tuh..sayang MR masa tuh tak ada gajet yang boleh zoom gambo..sedehhh


Yang nih pulak Rumah Tamu USM..betul-betul kat atas bukit..hehe Bukit Minden student-student ni panggil..pon sonyi kalau lalu pepetang..lupakan pasal sunyi sepi, Rumah  Tamu nih yang pastinya mengadap jambatan Pulau Pinang..kalau malam lip lap lip lap la lampu neon kat jambatan tuh..so romantik la kaw..


Pintu masuk ke USM ni bukan dari arah Sungai Dua atau Gambir tapi dari arah Gelugor..


Pemandangan ni kalau tak silap boleh tengok dari arah HBP (School Housing, Building and Planning)..

Ntahlah..sewaktu MR lakukan entri-entri ini semua, rasa jiwa dan hati ni ada dah kat sana..rindu menggigit jantung ni wehhh..insyaAllah, MR kalau boleh dan sesangat berharap andai kata dapat sambung belajar satu masa nanti memang USM pilihan hati yang pertama..kalau tak dapat, cukup-cukup sudah..ada duit lebih, baik aku rezain dari worklah!!!

Selasa, 20 November 2012

Emosi Si Biru


Fuhhh..selamat sudah tugasanku untuk pra penghujung malam hari..hero dan heroinku memasing mamai dengan gentelan penghujung bucu-bucu kain yang mR berikan..ini tabiat sejak kecik bebudak nih..tak dibagi diselongkaunya sendiri kat gobok..wooo

Sebelum MR menutup tablet comel nih..sukew sesangat MR nak abadikan karya ciptaan iaitu puisi yang tetiba terlintas untuk diluahkan semasa MR transit jap kat masjid Saidina Osman, Bdr Tun Razak petang tadi..mungkin puisi nih MR nak selitkan dalam projek sayembara kelak (insyaAllah dah lengkap dan bereh projek baru MR cetuskan rasa di ruangan pojok nih kalau tak nanti,hampeh!)

Isnin, 19 November 2012

Amarah Si Merah



merah itu berani
merah itu tandanya berhenti
biji saga pun warnanya merah!

merah juga ada pada pelangi
merah selalu menang dalam sukan sekolah
darah kita semuanya patut warna merah!

merah ada pada alam
merah kadangkala panas
merah-merah semarak api!

merah jambu, merah hati
apapun merah
merah lambang kasih sayang berbentuk hati

-aku juga suka merah-

")



Ahad, 18 November 2012

Kina Dapat Gitar Yuna!




Hujung minggu yang sungguh indah walau hampir lelah
layan aksi anak-anak yang buat konsert unplak
macam tak caya dak kakak dapat gitar Yuna!
Yuhuuuu bintang kecil buat hiburan di rumah sahaja yerrrr
berhantu gitar Yuna bila dak Cerap yang pegang
mau dipelangkung kepala kaw kat lantai..
Dan sebenarnya...yang lain kaw sambung ekkk

sekian ;)


Jumaat, 16 November 2012

Jualan habis-habisan!!



Korang semuer..
Selamat hari Jumaat yer..hari ni MR nak beriklan kat sini..
sapa-sapa berminat nak beli beg sandang polkadot, jangan lepaskan peluang nih..
harga berpatutan dan murah!
cuma RM25 sahaja!!!
Info lanjut dalam blog MR yang lain, Sakinahshoppers ok..

* ___ *
 < >

Rabu, 14 November 2012

Salam Awal Muharam


DOA AKHIR TAHUN


Doa ini hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar di akhir Bulan Zulhijjah

DOA AWAL TAHUN



Doa ini hendaklah dibaca 3 kali selepas waktu Maghrib pada 1 Muharam

Kebaikan di dunia dan untuk di akhirat, sama-sama dicari dan terus mencari..insyaAllah.
Selamat menyambut awal Muharam kepada rakan yang sudi menjengah ke Blog Mama Rocky..

Panjangkah Jodohku?



Dalam kehidupan, kalau tak der hobi memang kusam kulit kau dibuatnya..jangan fikir orang laki jew yang bermatian nak makeup kereta..orang pompuan pun boleh tahan kuat semangatnya nak mencantikkan kereta yang telah banyak berkorban tenaga menghantar puannya ke kaki tempat kerja! muehhihi

saja aku letakkan gambau kereta alza dan preve sebab benda alah ni lah menyebabkan otak aku bergerak-gerak 2-3 minggu ni..last-last aku pejemkan mata kepada preve demi memberi kesetiaan kepada alza..

alza kereta ketiga aku guna selepas vios dan myvi..hi hi..myvi 6 tahun aku guna..dah bayar lum sum hutang, batin aku menjerit soh mendrive vios lak..dream come true..algamaknya..akhirnya, hubungan aku bertahan selama 1 tahun sahaja..aku pasrah! Viosku lepaskan, tanpa beribu sesalan..

Kini aku meniti bahagia bersama alza..tapi itulah, kehadiran preve membuatkan aku lelah dan mujur tak diserang asma..aku cuba tahan ujian dan godaan yang hadir tanpa dipinta..siapa yang memulakan kurang pasti aku dibuatnya..

Demi menyelamatkan hubungan aku dengan alza, aku buat apa sahaja asalkan semaian yang aku baja mampu memadamkan ingatanku kepada preve..semalam aku bawa ke kedai aksesori, aku pesan pada budak cina tuh makeup cantik-cantik jantung hatiku (selain anak-anak)..aku pasang slide door..dan langsung aku tempah bodykit untuk alzaku..insyaAllah..alzaku akan gaya menawan menjelang akhir tahun..

Ya Allah, tetapkanlah imanku dari godaan harta benda dunia, amin!

Hati tetap bertanya..masih panjang lagi jodohku dengan alza..




Hari Sama, Kisah Berbeza


Malam sebelum keesokannya cuti umum pada 12 November lepas, MR bawa mak dan adik gi jalan-jalan sekitar Key eL..borring dok dalam rumah, mohlah kita melihat sinar lampu neon yang bersepuh di bumbung langit kota yang serba berlumpur..ha ha

Bebudak ni pun turut tumpang gumbira..mana taknya..angin malam kan sejuk..kereta pulak walaupun banyak kat atas jalan tar raya tapi line clear, smooth jew..

Puas dah ronda-ronda malam, perut pulak minta diisi..gatal lak menyinggah ke Kampung Baru yang juga masih di kolumpo..lama gak MR tak ke sana..emm last seingat tahun ni jugak ler..haiyaa

Ikutkan boleh jew makan kat rumah tapi tak sedap ar pulak sebab alang-alang dah terniat nak makan jugak kat luau, maka di situ bermulalah kisah perang saraf MR!! ahahhhha..meh aku nak kabaukan kat belog ni siket..bukan nak mengajau yer tapi amek pengajaran sebab aku dah diajar (ajau..guna ayat orang MELAKA baru panas bila baca!!)  terlebih dahulu, kendiannya aku yang jadi kurang ajauuuuu..(melampau sikatlah....)..wo woooo

Ada pekerja indon ni..aku taulah kau pun carik rezeki kat tanah air aku, off course ar MALAYSIA..habis part ambik order, masih tak kisah ar..dia orang ni kan terkenal dengan kelembutan (konon...mata naik atas wehhhh)..sungguh aku ganas, tapi masih ada budi bahasa..yang jadik aku tak jadik berbudi bahasa bilamana berlaku kegampangan minah indon tu bila nak pulangkan baki duit kerang rebus yang diorder en.hasben! Adus sehhhh..mana aku tau laki aku dah bayau duit sebab aku ni kalau dah layan anak tak sempat mata ni nak jeling kat laki sendiri..yang aku terkulat dan masih terpinga-pinga baki duit yang ada kat sebelah tangan aku masa malam tuh..dengan merendah diri aku ni tanyalah minah indon tu, maaf mbak..baki duit ini milik siapa ya? Korang tahu tak apa jawapan gampang pompuan bangang tu..eh ambik sajalah banyak tanya..kalau tak mahu, aku ambik nanti baru tau (sambil menjerit)..perghhhh...memang kurang ajau betul bahasa minah indon tu..dasar merempat kat negara orang, bahasa kau pun puki berdaki! 

Wah..ini memang menyuntik semangat kenegaraan aku jugak pada masa tuh..berdesing aku balas, aku cakap wah dengan laki aku bukan main lagi berlembut lagi kau bercakap..tapi nasib aku memang kurang baik ar sebab aku lak kena marah dengan bapak anak-anak aku..tetiba lak dia menyinga dengan aku, weh depan mak aku lak tu...merah padam muka masa tuh..Allah Akhbar..bukan nak memerli suami sendiri masa tuh tapi bayangkanlah terang-terangan depan aku boleh lak minah indon tu layan bercakap santun..ni lah dia..memang 100% aku pangkah orang-orang indon  ni..macam-macamlah aku dengau, perampas laki oranglah, peruntuh rumahtangga oranglah..biasalah nak dapat taraf kewarganegaraan MALAYSIA katakan..tapi situasi ni baru takat kat kedai makan..last-last cawan milo panas yang tengah panas menggelegak kat atas meja aku baling kat bawah..tak dapat kepala dia, kat atas lantai pun jadilah!!!! Ha ha puas hati aku..orang ramai pandang aku weh..ada aku kisah???? Mencicit majikan dia minta maaf kat aku..last word aku cakap, staff kau memang pompuan mulut gampang..balik indonlah!!!

Ironinya, en.hasben lak yang beremosi patutnya dia backup aku..mungkin takdir aku macam tu kot untuk ke sekian waktu..hahaha..aku tak kisah..tak melalak atau berendam air mata aku nih kalau laki tak tolong bini..ada otak guna sendiri..bukan nak egois, hidup kalau nak berantakan jew takder pekdahnya..aku layan anak-anak ada lagi bagus..selagi mak aku ada pun, insyaAllah aku buat sedaya upaya nak bahagiakan hatinya..

So..ada pengajaran kan? 


Nota Diari:

Mohon maaf kuhulurkan..
bukan semua pompuan indonesia begitu, hanya segelintir sahaja maksudku dalam entri kali nih..
MR percaya, ni mungkin naseb MR bertemu dengan dugaan dan rintangan dan MR tak berniat nak mengecilkan hati para blogger dari Indonesia yang berkesudian untuk bersinggahan di blog MR!

Isnin, 12 November 2012

Bapak Sakinah dan Asyraf GLamER jap..

Sumber : Akhbar Kosmo! 10 November 2012

Selamat Hari Isnin semuer..
Kisah ni MR kutip semula hari minggu yang lepas..biasalah..rejim kerja di rumah menyebabkan MR kekeringan tangan untuk melancarkan jari jemari bagi menghaplodkan citer-citer sewelku..haha..ada aku kisah? Pic ni MR celop kat akhbar KOSMO online..mana bapak budak-budak ni eh? Urghhh glamer u masa tu..masa kat Pahang pun, kalau tak kerana banjir terpacul jugak muka en. hasben MR nih..nak buat macam mana, dah work la katakan..bagi yang tak tahu, pusat KEWAJA ni terpaksa ditutup sebab tak memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki dalam akta terpakai untuk pusat jagaan/perlindungan..kau..bukan 1-2 tahun beroperasi, tapi dah 24 tahun..Sheila Rusly pun pernah berkerjasama buat scene drama sikit hari tu you..tapi nak buat macam mana, kau nak tolong orang tapi kau daftar under SSM bukan ROS..bijak-bijak..kan dah terperangkap..baik niat nak menolong dah jadi matlamat terpesong..jawablah kalau ada alasan berasas..


Macam nilah..kalau ada operasi, anak-anak dan bini kena tunggu bapaknya sampai ke malam..Sabtu dan Ahad memanjang menyiapkan laporan..tension..sabar aje MR tengok en.hasben merepot tugasannyer..biasalah yer wak..dah masuk KL mau sewel jadinya kalau tak betul-betul..yang penting pengalaman..dulu dah cukup selesa di daerah sekarang satu KL nak pegang bahagian..kami ni jew yang kena memahami..ha ha..

Nota Dari Hati :

Aku Nak GlameR tak ada 'line'

Jumaat, 9 November 2012

Jelita selamanya..


Tu dia..cik Misha Omar kita dah kuau dah...punyer siket lama MR perap beli 2 minggu lepas baru sekarang MR berkesempatan untuk haplot dalam belog kesayangan jiwa raga MR nih..uppss letih..letih..tapi hati gumbira!! Belek-belek punyer belek, misha omar ni makin terjelita setelah guna produk kecantikan shiseido..MR pernah belilah CD dia dulu, alahai masa tuh tengah femes lagu Bunga-Bunga Cinta ler..dalamnya memang best-best ar lagu-lagunya..ha ha yang minat jew dengau, korang yang tak minat toksah dengau..kuang kuang

Jelita keluaran November ni sebenarnya ada beberapa topik yang menarik antaranya berkenaan tip bercuti..itu jew yang MR rasa menarik, poyo kan? hahaha...sebenarnya MR daripada zaman kanak-kanak dah terbiasa dengan majalah JELITA selain daripada majalah kartun Bambino dan Gila-Gila..ha ambik kau..bukan MR suka-suka nak baca sebabnya arwah bapak dulu, sungguh dia garang dia ada jugak belikan untuk mak aku tu majalah JELITA tau..romantiknya bapak MR dulu..yelah sewel ler mak aku kalau tak buat apa-apa kat rumah kalau dunia 24 jamnya asyik buat yang sama jewwwwwwww..mati kutu, dunia pun tang ceruk dalam rumah!! So ada baiknya dalam kegarangan bapak, dihadiahkan kepada isterinya JELITA saban bulan..jadiknya MR pun tompang membelek ler majalah tersebut..

Waima MR yang kecik masa tuh pun merasakan isi kandungan JELITA masa tuh lebih padat dan sendat dengan info..resepi pun jangan cakap..yang paling mudah giler ialah goreng ikan bilis sambal pun ada taw..punyerlah nak memberikan pengetahuan kepada pembaca pada era tahun 80-an, JELITA menganggap pembacanya zero pengetahuan (kot..)

Tapi la ni..cover depan pancing artis yang jelita gelita..iklan lak bersepah-sepah..isi lak kurang..MR pun bukan selalu beli dan habit abah tidak pula keturun pada MR sekarang..busy..busy..kalau hari ini MR beli, kang 2 minggu lagi baru MR baru sempat baca..ni hah pun bawak sampai ke opis!!!

Nota Diari : Membaca Itu Perlu..cehhh

Khamis, 8 November 2012

Aku dan Movie


Warghhhh petang yang serba menyejukkan..bestnya kalau taim-taim macam ni dapat pekena weyjes dan kopi 'o' panas (terima kasih cik krul yang membukakan mata MR makna sebuah kopi "/)

nAMpAK tak pic kat atas, yuhuuuuu..MR suka..MR suka..
ISTANBUL AKU DATANG!
Selalu MR tengok gazet jew kat astro..macam best jalan storinyer..harus ditonton..tapi boleh ker MR bawak anak-anak nih nanti? bukannya ape..kisah Dian (Lisa Surihani) ni agak dipenuhi pancaroba walaupun berbaur komedi..mama suker sangat-sangat tengok lakonanannya sejak telemovie Adamaya lagi ..semestinya pengarah selektif MR pastinya juga dari filem/telemovie Gol & Gincu..eiii cute stori-morinya..nyehnyehnyeh..

Meh baca garapan dalam ohbulan.com

")

Diarahkan oleh Bernard Chauly, filem ini menjalani penggambaran di Istanbul, sebuah bandar di Turki yang sangat cantik dengan budaya dan rekaan bangunan klasik dari zaman dahulu. Filem ini mempunyai segala ciri-ciri romantik dan komedi yang mampu menarik dan mengusik hati penonton.
Jika dibandingkan dengan filem “Ombak Rindu” dan “Lagenda Budak Setan”, keduanya mempunyai jalan cerita cinta yang kompak namun hanya sarat dengan kisah sedih dan romantik sesebuah percintaan.
Lain daripada keduanya, “Istanbul Aku Datang” menceritakan tentang seorang gadis bernama Dian (Lisa Surihani) yang sanggup ke Istanbul demi mengejar cintanya yang dilakonkan oleh Tomok (Azad). Kedua mereka telah menjalin hubungan lebih 5 tahun tetapi terpaksa berpisah kerana Azad melanjutkan pengajian. Namun, kedatangannya ke Istanbul hanya menyebabkan diri lebih merana apabila rahsia Azad telah terbongkar. Ouh ya, kami tidak mahu beritahu apakah rahsianya.
Disebalik kedatangannya ke Istanbul, perkenalan Dian bersama seorang pemuda bernama Harris (Beto Kusyairy) telah menyentuh hatinya. ‘Mimpi ngeri’ Dian bermula apabila dia ditipu ketika mencari rumah sewa dan tanpa diketahui, rumah yang sudah pun dibayar deposit selama 3 bulan itu sebenarnya sudah pun mempunyai seorang lagi penyewa iaitu Harris. Perkara ini menyebabkan dia terpaksa duduk serumah dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Berbeza disini, watak yang dibawakan oleh Beto sangatlah berlainan dari filem-filemnya yang lain serta membuka mata peminat bahawa Beto mempunyai sisinya yang lebih lucu. Lakonan Beto juga menimbulkan persoalan, adakah dia mempunyai perasaan terhadap wanita atau pun tidak didalam watak yang dibawanya.
Selain itu, anda pasti tidak akan percaya bahawa Tomok yang merupakan seorang penyanyi boleh membawa watak dengan bagus dan langsung tak terfikir di hati kami bahawa dia adalah seorang penyanyi ketika membawakan watak Azad.


Nota Diari : Filem Kita, Wajah Kita..eh..eh..

Rabu, 7 November 2012

Nilai dan Maruah Wanita


Aku suka sangat dengan gubahan ringkas mawar plastik biru dan putih ni kat Sukmaria..walaupun ianya plastik, tapi masih mampu memberikan keceriaan hati kepada mata-mata yang memandang..

Alkisahnya, kehidupan ini seringkali disalahtafsirkan dan enggak dimengertikan oleh hati-hati bernafsu nafsi batu! Sebetulnya, kalam ini bukan menyebelahi gender bertitle nama HAWA namun kerap persis kaum ini dihancurkan oleh kaumnya sendiri!

Wanita mudah mencemburui, wanita juga bisa melempiaskan kata-kata nista asalkan puas dari dalam lubuk hatinya. Wanita bisa merapati satu-satu hubungan, namun akhirnya pernah jua terkesampaian untuk menghancurkan saudaranya!

Walaupun kadangkala antara wanita berbeda ideologi, namun wanita yang rebah itu bisakah diselamatkan maruahnya? 

Pancaroba ini kian berlaku di sekeliling kita..kenali kawan bererti kita juga mengenali lawan..

Nilai dan maruah wanita, kita yang menghargai..jika mahu!

Selasa, 6 November 2012

KL dah panggil


Selamat tinggal Teluk Cempedak, goodbye Kuantan!! Tepat 6.30 petang kami semua membuang masa kejap bersiaran di PTC..walaupun weekday, masih ada orang yang bersiaran di gigi-gigi pantai..lepaskah lelah setelah penat bekerja gamaknya..untunglah ada tempat yang boleh lihat panorama alam..kalau di KL nun di sana tuh,panobatu la den boleh cakap weh..insya Allah,ada rezeki bercuti lagi..eh..eh..aku yang bercuti..encik hasben, bekejo sambil bercuti..wooo



Gaya budak yang nak masuk umur 3 tahun..susah nak bergambau sekarang!!



Gaya 3 beranak..Sakinah hanya mampu termenung jauh..masamnya tak lepas wehhh..


Dak Asyraf memandang mamanya macam terpegun dengan keayuan mamanya..cehhhh..


Aksi kami bertiga di Pantai Teluk Cempedak!!

Kau Ada, Aku Pun Ada..




MR suker bercakap pasal kewangan..
bukan nak sangat jadi jutawan atau kayawan..idoklah yer..cuma MR suka amalkan tabiat berjimat cermat, simple je dengan kumpul duit seleng..mujur sikap kumpul ni ada juga pada diri en. hasben ku itu..syukur-syukur..hope sesangat anak dara dan teruna dapat ikut habit kami..MR tak naklah tunjuk note RM dalam tiga-tiga pic kat atas tuh sebab kang ada yang tumbuk meja lak tak pasal-pasal..ha ha..korang lagi banyak kan..aku tau punyer..baguskan menabung? Pic yang atas sekali tuh account book dak akak dengan adik..MR open masa diaorang setat umor 1 bulan..kadang-kadang RM50 kadang-kadang RM100 tapi kalau ada extra lagi MR tokok lagi..tengok keadaan..kang tak bergerak lak ASB aku wehhhh
So far, duit syiling yang terkumpul MR dah split jadi duit kertas untuk tujuan lain..seperti beli barang dapur yang kuantitinya banyak..kalo siket jer nak beli,idakler MR tukau..guna jer duit seleng tuh..sampul duit raya yang lepas jangan dibuang gituw jer..ada pekdahnyer taw..boleh asing duit untuk bayau bil bagai..dah simpan jangan lupa lak, kang toyol lak datang ambek..ha ha ha..jangan terkena sudah..
SELAMAT MENABUNG..

Apa nak gado-gado..


Alkisahnya semalam..akhirnya kami anak beranak check in juga di Hotel Cityview kat Kuantan..planning konon hotel 5 bintang..ha ha toksah berangan la..habis puas berdiskus, kami sepakat menghenap di sini..apa guna berhabisan, apa guna berbelanja lebih jika akhir nanti menjerat duit poket hujung bulan..kah kah..toksah gado-gado ek..





MR berada di sini sebab ikut en.hasben ada tugasn di sini..katanya kena jadi fasi untuk bengkel I.T bagi program pendaftaran taska dalam e-maya..kebanyakan PKmd kat sini tak banyak laksanakan sebab mungkin kes tak banyak ke, coverage susah nak capai ke..idaklaer makcik tahu nak oi..so MR kenalah menghabiskan masa dengan anak-anak sehingga 5 petang ni sebab masa tuh bapaknyer dah balik..

Kami last gi Kuantan tahun lepas kot..ada kursus KIK masa tuh..cepatnyer masa berlalu..
kat sini cuaca pun dah mula mendung..tadi panas cerlang..ok..kita layan gambau lagi ek..





Ahad, 4 November 2012

cAtaTan HujUng MiNggu


Selamat menempuh hari minggu yer..
alhamdulillah habis sudah tugas mama rocky di dapur tadi..kakak dan adik pun siap tertidur di dapur tu pun MR yang paksa lepas bebudak ni main pondok-pondok..ha ha..
Teringat MR masa kecik dolu, pun gitew gak..mak masak, MR lak main pondok-pondok..alah, main masak-masak lerrr..indahnya mengenang msa silam dulu..zaman silam kanak-kanak MR hanya ada abang kandung sahaja..dah nama pun budak lelaki, mana suka nak main msak-masak..dia sibuk nak main gulilah,bolalah,gasinglah..nasiblah MR lagipun MR masa tuh dunia MR kecik sesangat sebabnya takder adik lagi masa tuh..kawan-kawan sepermainan pun tak ramai..adalah kawan dengan sorang anak makcik kantin kat sekolah abah dulu..tah apa dibuatnya sekarang..hushhhh..dahlah hingus dia meleleh tiap masa,rambut lak perang..aliyah namanya..tapi dia bawah umur MR ar..tapi MR tak rapat pun dengan dia sebab dia asyik nak main jew..kita main masak-masak gak tapi buku jawi selalu pegang or..wooo dasat aku masa tuh..
apapun, memang indah jika kita kenangkan semula zaman kanak-kanak suatu ketika dulu..mungkin kita tak boleh kembalikan masa yang dah berlalu..hingga kini MR masih rindukan zaman itu!